Taubat Seorang Pendosa – ampunkan aku Ya Allah | Setiap insan, tidak kira siapa atau apa status mereka, pasti pernah melakukan kesilapan.
Sebagai hamba Allah yang lemah, kita sering terjerumus dalam dosa dan kesalahan, sama ada yang besar atau kecil. Namun, dalam Islam, Allah yang Maha Pengampun sentiasa memberi peluang kepada umat-Nya untuk bertaubat dan kembali kepada-Nya.
Taubat adalah satu tindakan yang penuh makna dan memiliki kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah. Ia bukan sekadar permintaan keampunan, tetapi juga lambang pengharapan dan penyesalan yang mendalam atas dosa yang telah dilakukan
Sumber : google image
nukilan kata-kata taubat dan penyesalan
Ya Allah Ya Rahman.
Hari ini, aku memungkiri lagi janji taubatku..
Aku kembali mengulangi kesilapan lalu
Aku merelakan diriku dibuai godaan Nafsu
Aku biarkan diriku ditipu pujukan Syaitan
Sudah berkali-kali aku menzalimi diriku sendiri
Sudah berkali-kali aku merosakkan imanku sendiri
Walaupun aku sedar Engkau Maha Melihat
Walaupun aku sedar adanya Malaikat pencatat
Walaupun aku sedar dosa mengundang azab
Entah apa sudah jadi dengan diriku ini
Terasa Iman dijiwa semakin parah
Semakin lemah dan semakin rosak
Ketakutanku terhadap azabMu semakin kurang
Semakin pudar seakan lenyap
Aduh..teruknya diriku..
Ya Allah
Berilah aku kekuatan dan petunjuk
Agar mampu kutewaskan rayuan Nafsu dan Syaitan
Yang sangat hebat membinasakan diriku
Sangat bijak menjauhkan diriku daripadaMu
Sehingga aku lalai dalam urusan kehidupanku
Sehingga aku lupa dan tidak peduli akan kehidupan selepas matiku
Ya Allah
Bagaimanalah kedudukanku disisiMu?
Adakah diriku yang penuh dosa ini akan terselamat di akhirat sana?
Adakah aku antara manusia yang bakal memenuhi Neraka Jahanam?
Lalu aku hidup dalam binasa celaka buat selamanya?
Aku tidak mahu ya Allah
Aku tidak mahu masuk dalam golongan itu!
Aku tidak mahu hidup senang di dunia tapi sengsara di akhirat!
Aku tidak mahu…
Ya Allah..
Maafkanlah diriku
Tolong maafkan diriku
Ampunkanlah segala dosa yang aku kerjakan selama ini
Ampunkanlah segala dosa yang aku anggap remeh selama ini
Terlalu banyak..tidak terhitung..
Ampunkanlah Ya Allah
Ampunkanlah Ya Allah
Bersihkanlah diriku ya Allah
Sesungguhnya aku sangat berkehendak akan SyurgaMu!!
Aku merayu penuh harap
Lindungillah diriku daripada mengulangi kembali dosa lalu
Suburkanlah kekuatan iman dalam tekadku
Agar aku mampu mengusahakan yang terbaik dalam hidupk
Semata-mata untuk beroleh Syurga FirdausMu
Redhailah diriku Ya Allah
Redhailah keluargaku Ya Allah
Redhailah sahabat-sahabatku Ya Allah
Rahmatilah kami Ya Allah..
Rahmatilah..
Rahmatilah..
Taubat Seorang Pendosa – ampunkan aku Ya Allah..|Taubat Seorang Pendosa – ampunkan aku Ya Allah..|
Repost daripada : iluvislam
Baca juga : MyLifeMyStory, CeritaSedih