Redha dengan ujian Allah : motivasi diri | Perkongsian ini diambil daripada laman muka buku nawar nahar.
Post ini berkaitan tentang hidup seorang mukmin yang perlu redha dengan ketetapan dan ujian yang Allah beri. Perkongsian ini telah memberi sedikit sebanyak motivasi kepada diri kita yang hidupnya penuh dengan liku ujian. Setiap kehidupan mukmin itu pasti ada ujian yang Allah beri.

sumber : google image | Redha dengan Ujian Allah: Motivasi Diri untuk Lebih Tabah
Baca juga : Ujian tanda Allah cintakan hambanya
Motivasi Diri
“Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?.”
Jawapan:”Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah ..
“Jika kita tak redha, tak memaafkan orang lain.. kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.Nak ke? ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..NAK KE ? SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu.
DAN sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf ..NAK KE ?
Sedangkan semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita duk fikir-fikir lagi pasal nak meredhai ke tak, nak mengampunkan ke tak ..
“Berbangga ke kita dengan prinsip, “Merangkaklah korang cari aku kat padang mahsyar nanti!
“Sebab bukan dia jer tertangguh masuk ke syurga, malahan kita juga.
Yakinkah kita yang kita tak perlu merangkak cari orang lain?Lagi terseksa bila kita yang kena merangkak cari orang yang kita buat salah kat dunia.
Urusan kesalahan dia tu ..Biar Allah selayaknya membalasnya.
Biar Allah menghakimi.
Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.
Memaafkan orang tak boleh baiki masa silam, Tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang,In shaa Allah.Hidup ini terlalu singkat untuk saya membenci.
Dengan memaafkan, hidup kita akan jadi tenang setenangnya.Hidup ni kan nama nya persinggahan,Tak payah nak kalut nak hakim semua orang. Allah kan ada ..
Kepada yang telah buat pelbagai kesalahan mahupun kesilapan dengan seseorang yang tertentu, cukuplah tu, hentikanlah, berubahlah, bertaubatlah.
Mintalah maaf dengan sekesal-kesalnya atas perbuatan lampau.
Bebaskan lah jiwa-jiwa yang sakit dan yang terluka itu dari tenang ..
Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan memilihnya kita penghuni Syurga-Nya Aamiin
Sumber islamik : akuislam.com
- Hukum mewarna dan mencabut uban
- Cara sabarkan diri : sabar dalam islam
- Rahsia untuk berjaya dan tenang -U. Wadi Annuar
- Cara membersihkan hati yang sudah berkarat – Habib Ali Zainal Abidin
- Covid 19 sebagai ujian kepada manusia – ujian tanda Allah sayang
- Kenapa ujian Allah kepada manusia itu berbeza-beza – U. Ebit Liew
- Cara beza musibah itu ujian atau hukuman dari Allah
- Ujian adalah tanda ingatan Allah kepada manusia – U. Wadi Annuar
- 5 mindset ini untuk berjaya dan membangkitkan semangat
- 3 cara bersyukur kepada Allah melalui hati, lidah dan perbuatan