Idea membuat content Tiktok bagi introvert..| Tidak dinafikan, Min tidak lari daripada seorang introvert. Introvert biasanya seorang yang sangat pemalu dan agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang ramai.
Baca juga : Cara nak kenal personaliti diri orang introvert, extrovert, ambievert
Tiktok merupakan sebuah aplikasi untuk membuat video pendek dan ringkas. Jika anda seorang yang segan untuk membuat content yang perlu untuk menunjukkan muka, jom lihat 10 idea untuk membuat content di Tiktok tanpa perlu menunjukkan muka pun.
1. hashtag challenge
Apakah yang dimaksudkan dengan hashtag challange??
Hashtag Challange(HTC), tidak dinafikan merupakan aktiviti yang semakin digilai dalam sosial media.
Terutama sekali bagi brand2 yang tersendiri akan menghasilkan HTC mereka tersendiri untuk identiti brand mereka.
HTC biasanya merupakan sesuatu yang simple seperti #Icebucketchallenge, #shareurdailyrutin, #onedaymakeup dan sebagainya.
Baca juga : 30 top hashtag tiktok yang digunakan 2022
2. Education
Content idea tentang pembelajaran/edukasi ini sangat universal.
Ibaratnya, content seumpama ini adalah jenis content yang evergreen dimana ia akan sentiasa digunakan oleh orang ramai dan tidak akan lapuk dek masa.
Edukasi daripada tentang sebutir pasir sehinggalah tentang alam semestar semuanya pasti akan menarik minat para penggemarnya.
Baca juga : 10 edukasi idea untuk memuat content video tiktok
3. Tutorial
Content idea untuk tutorial juga merupakan sejenis content yang evergreen.
Jika anda seorang pelajar, why not anda hasilkan content tentang tutorial membuat subjek matematik tingkatan 5 atau yang lain-lain.
Jadi, pasti video anda akan sentiasa dipenuhi dengan penonton baru yang sentiasa mencari sumber yang mudah untuk mereka mencari jawapan.
4. Life hack
Life hack adalah idea seseorang untuk memudahkan sesuatu kerja.
Contohnya seperti hack untuk membuang kulit ikan dengan lebih senang, hack memakai eyeliner dengan mudah dan hack untuk memasukkan benang kedalam jarum dengan mudah.
Semua orang menyukai life hack ini, jika anda mempunyai idea baru untuk sebarang life hack, mungkin video anda pula akan menjadi viral?
5. DIY
DIY atau Do It Yourself adalah video tentang sesuatu perkara yang anda hanya membuat sendiri tanpa meminta bantuan orang lain atau tanpa perlu mengeluarkan sesen pun.
Jika anda seorang yang berkemahiran tentang sesuatu bidang, anda boleh hasilkan video DIY dan menyuruh followers anda untuk menghasilkan perkara yang sama.
6. Unboxing/review product
Racun tiktok, racun shopee, racun lazada, racun, racun, racun…
Racun ini bukan bermaksud racun yang boleh membahayakan, tetapi ia berkaitan tentang barangan yang viral, lalu mengajak orang lain untuk menggunakan yang sama.
Video unboxing/ riview produk merupada content idea yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai.
Kebiasaanya, mereka akan melihat video review dahulu baru mereka akan berminat untuk membeli barangan tersebut.
7. Video masakan
“Sapa tak kenal dengan influencer terkenal Khairul Aming kan? Katanya sekarang dah buka kilang sambal sendiri di Kelantan.
Video masakan tidak pernah membusankan walaupun idea ini sudah banyak yang orang buat.
Tetapi, untuk bersaing dengan content creator yang lain, anda perlulah menghasilkan video yang berkualiti dan tidak cincai.
8. Tips harian
Penonton sentiasa tercari-cari tips harian bagi memudahkakn kerja harian mereka.
Kongsikan pelbagai tips atas kemahiran anda supaya mudah untuk penonton belajar.
Lagi satu, idea tentang tips harian ini senang untuk anda mendapat engagement, sebabnya penonton cenderong untuk menekan butang share supaya dapat berkongsi tips ini kepada keluarga dan sahabat mereka.
Baca juga : Tips dapur
9. Story Telling
Tiada kawan nak bercerita? Why not anda hasilkan content tentang cerita seharian anda.
Tidak perlu pun untuk menunjukkan muka, anda hanya perlu menghasilkan video yang mempunyai cerita yang ingin anda sampaikan.
Admin lebih prefer jika anda menghasilkan video tentang story telling dengan sesuatu yang ceria dan positif.
10. Pets
Admin sangat suka video yang berkaitan dengan pets atau binatang-binatang yang comel. Ia pasti akan lebih menceriakan hari penonton anda.
Jika anda mempunyai haiwan peliharan, anda boleh kongsikan video tentang haiwan kesayangan anda dan aktiviti harian mereka.
Baca juga :
- 14 Tips untuk menaikkan view Tiktok yang perlu anda cuba
- Berapa nilai coin Tiktok jika ditukar kepada Ringgit Malaysia?
- Review racun Tiktok apa hari ini?
- 4 cara dapat duit dengan aplikasi tiktok
Idea membuat content Tiktok bagi introvert, trends.google.com
[…] 10 idea membuat content Tiktok bagi introvert atau pemula […]