Cara topup unifi mobile BEBAS prepaid..| Sama seperti telco-telco yang lain, Unifi juga mempunyai cara yang mudah untuk topup. Walaupun unifi mobile masih belum terkenal seperti telco yang lain, anda juga boleh mendapatkan topup dimana sahaja tidak kira waktu.
Didalam artikel ini, admin akan tunjukkan 4 cara yang anda boleh pilih untuk topup akaun unifi mobile prepaid anda.
Baca juga : Promosi dan plan Unifi mobile terbaru 2022 : postpaid dan prepaid
cara topup unifi mobile BEBAS prepaid
Selepas tekan butang oren reload, halaman pilihan untuk reload akan keluar seperti didalam gambar diatas.
Antara pilihan yang ada ialah :
- Debit/Credit kad
- Online Banking
- Pay4Me (tidak boleh digunakan buat masa sekarang)
- Reload voucher (pin atau voucher location)
Baca juga cara tahu coverage yang ada dirumah anda : Cara nak tahu jika port unifi ada di kawasan rumah dan berapa rumah dah pasang
1. Cara reload Unifi Mobile menggunakan Bigpay Card (Mastercard)
- Tekan pada pilihan Debit/Credit kad
- Tekan pada pilihan amount topup yang anda mahukan
- Tekan butang oren reload now
- Masukkan nombor kad, tarikh dan nombor CV (4 angka yang ada pada kad bahagian belakang)
- Tekan pada buang Proceed
- Anda akan dimasukkan pada halaman pembayaran.
- Masukkan nombor TAC/OTP yang anda terima
- Tekan butang submit
*Mungkin didalam apps akan keluar yang reload anda gagal. Pastikan anda sudah menerima sms yang anda sudah berjaya reload. Refresh apps untuk melihat baki yang anda sudah reload.
Baca juga : Cara aktifkan simkad Unifi mobile BEBAS prepaid di telefon anda
2. Reload secara online banking
- Tekan pada pilihan nombor 2 iaitu online banking
- Tekan pada pilihan amount topup yang anda mahukan
- Tekan butang oren reload now
- Tekan pada FPX online banking seterusnya tekan butang next
- Tekan pada pilihan bank anda dan tekan next
- Masukkan username dan password online banking anda
- Masukkan OTP/TAC yang diberikan
- Tekan butang submit
Baca juga : Apa perlu buat jika permohonan untuk menukar service kepada unifi ditolak?
3. Dapatkan pin reload unifi atau reload vocher location
Dimana anda boleh dapatkan reload voucher location?
Anda boleh dapatkan voucher location ini samaada di convenience store, stesyen point, TM point berhampiran anda atau mana-mana kedai yang mempunyai poster seperti dibawah.
Manakala pin reload unifi anda boleh dapatkan dimana-mana kedai topup atau kedai telefon.
- Tekan pada pilihan nombor 4 iaitu reload voucher
- Pilih samaada anda mahu reload pin atau reload voucher location
- Tekan pada pilihan amount topup yang anda mahukan
- Tekan butang oren reload now
- Masukkan nombor pin yang anda terima. *penghantaran pin tidak boleh melebihi 3 kali gagal. Mungkin selepas 3 reload pin anda akan diblock
- Refresh apps umobile@unifi anda untuk melihat baki terbaru akaun.
4. Dapatkan reload pin unifi mobile di Shopee
Kelebihan yang anda boleh dapat jika topup dishopee ialah :
- Kadang-kadang shopee akan buat diskaun topup sehingga 5%. Kadang-kadang diskaun 3%.
- Tiada cas penghantaran.
- Boleh tolak coin sehingga sehingga 90% (ini yang paling best kan?)
Sangat jimat bukan?? Lihat cara dibawah untuk mendapatkan pin reload di shopee.
- Masuk ke apps shopee anda dan tekan pada bahagian profile anda (me)
- Cari tulisan warna hijau yang tertulis (Tickets, topups & bills.
- Terdapat dua pilihanm direct toupup dan reload pin topup (tekan pada reload pin topup)
- Pilih unifi
- Pilih amount yang anda perlukan
- Redeem coin jika anda mempunyai coin
- Akhir sekali anda boleh bayar macam biasaa.
Mudah bukan? Kalau nak paling jimat topup masa shopee buat sales atau diskaun.
Lihat semua artikel tentang unifi <—- disini.
Baca juga : 6 Kesan kepada badan jika tidak mengambil gula selama sebulan