Kesan jika tidak mengambil gula sebulan..| “Gula menyebabkan anda ge***, hu*** dan membahayakan kesihatan”. Kata seorang pakar kesihatan.

Mahupun begitu, gula juga penting untuk memberi tenaga kepada tubuh kita. Jadi, perlu sentiasa dipastikan badan kita tidak mengambil gula dengan berlebihan.

30 hari tanpa gula : cabaran baru untuk anda

Semakin tular dilaman sosial dan laman-laman web mengenai cabaran terbaru iaitu 30 hari tanpa gula.

Bagaimana ia dilakukan?

Cabaran 30 hari tanpa gula boleh dilakukan sendiri dimana sahaja anda berada dengan mudah sekali.

Apa yang perlu anda lakukan hanyalah meminimumkan penggunaan gula, sekaligus menghentikan gula pada diet harian anda. Malah diet makanan ditambah pula dengan nutrient padat yang sihat dan bersesuaian.

Makanan yang perlu diambil dan dielakkan ketika melakukan cabaran 30 hari tanpa gula

Cabaran 30 hari tanpa gula sebenarnya terdapat banyak variasi lain. Meskipun pemilihan makanan itu itu berbeza mengikut individu, yang utama ialag mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian.

#1 Makanan yang perlu dielakkan
Pelbagai jenis gula tambahan. Sumber : google image

Semasa mengikuti cabaran tanpa gula selama 30 hari, anda digalakkan untuk menghadkan makanan dan minuman yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, termasuk:

  • Pemanis minuman : Gula pasir, sintetik madu, gula sirap.
  • Minuman manis : Soda, smoothie dan dan jus manis, minuman kopi manis, minuman tenaga yang mengandungi gula yang sangat tinggi.
  • Perasa dengan gula tambahan : Sos tomato, sos BBQ, mustard madu, krimer kopi.
  • Produk tenusu manis: Yogurt berperisa, ais krim, susu coklat.
  • Makanan yang dibakar dengan gula : biskut, kek, donat, roti dengan gula tambahan.
  • Makanan sarapan bergula : bijirin bergula, bar, oat berperisa
  • Gula-gula : coklat, gula-gula bergetah, karamel.

Didalam cabaran ini, anda boleh mengekalkan pengambilan nasi dan pasta dan lebih baik jika dikurangkan kuantitinya.

#2 Makanan yang perlu diambil
Pilihan makanan hijau untuk nutrisi anda. Sumber gambar : google image

Selama 30 hari cabaran tanpa gula, anda digalakkan untuk mengisi keseluruhan makanan padat nutrien, termasuk :

  • Sayur-sayuran : brokoli, kembang kol, bayam, lobak merah, asparagus, zucchini, ubi keledek, dll.
  • Buah-buahan : epal, oren, beri, anggur, ceri, limau gedang, dll.
  • Protein : ayam, ikan, daging lembu, tauhu, telur, dll.
  • Sumber lemak yang sihat: kuning telur, alpukat, kacang, biji, minyak zaitun, yogurt tanpa gula, dsb.
  • Sumber karbohidrat kompleks : kekacang, ubi keledek, labu butternut, beras perang, dsb.
  • Minuman tanpa gula : air masak, kopi tanpa gula dan teh tanpa gula.

Secara keseluruhan, cabaran tanpa gula ini menggalakkan makanan padat nutrien yang lengkap seperti yang disenaraikan di atas.

Baca juga :

6 Kesan melakukan cabaran 30 hari tanpa gula

Mengikut laporan daripada cnn.com, yang melakukan cabaran ini kepada 80 peserta yang mengikuti. Berikut ialah hasil daripada pengalaman mereka sendiri.

  1. Hilang berat antara 5-20 paun bergantung kepada berat badan dan keetagiihan gula mereka.
  2. Berat badan pada bahagian tengah perut juga menampakkan kesan. “Tali pinggang mereka menjadi longgar!”
  3. Mata menjadi lebih cerah, mengurangkan lingkaran gelap mata dan mencerahkan kulit.
  4. Memberi lebih tenaga.
  5. Mengurangkan perubahan mood yang mendadak.
  6. Sedikit demi sedikit mengurangkan ketagiihan pada gula dalam badan.

Nota : Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa cabaran ini mungkin tidak sesuai untuk pesakit kencing manis, atlet ekstrem atau sesiapa sahaja yang mengambil ubat untuk mengawal gula dalam darah. Ia juga tidak digalakkan untuk wanita hamil.

Kredit info : www.healthline.com, www.maskulin.com.my, Kesan jika tidak mengambil gula sebulan

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like