Tips supaya video Tiktok masuk FYP..| Dah tahu belum maksud “FYP”? FYP kata penuh dia ialah For You Page. Dengan erti kata lain, ia platform yang digunakan Tiktok untuk merekomendasikan keada anda video yang paling banyak disukai ramai dan video yang mungkin anda minat untuk lihat.

Kebiasannya, video yang masuk FYP adalah video yang viral dan akan mendapat view yang sangat banyak.

Sebab itulah pentingnya untuk videa anda dapat masuk kedalam FYP jika anda mahu cepatkan tumbesaran video Tiktok anda.

Tips supaya video Tiktok masuk FYP
Gambar sekadar hiasan

6 Tips penting supaya video Tiktok masuk FYP

“Bagi memastikan video anda sampai masuk ke FYP, pastikan anda mengikuti 6 tips berikut yang sangat mudah.

1. Buat video yang pendek 15-20 saat

Lagi pendek durasi video tersebut adalah lagi banyak peluang untuk video anda masuk ke FYP.

Hal ini kerana, peratus tontonan durasi video yang lebih tinggi menyebabkan engagement video akan lebih tinggi, sekaligus meningkat peluang untuk terus masuk ke FYP.

2. Video yang berkualiti

2 element penting untuk mendapatkan kualiti video yang tinggi :

  • Lighting video yang jelas, terang dan baik
  • Audio video yang jelas
Tips supaya video Tiktok masuk FYP
sumber freepik.com
3. Sound dan muzik yang trending

Menggunakan muzik yang sedang trending adalah sangat penting supaya video anda masuk ke FYP.

Anda juga boleh menggunakan terus daripada sound yang digunakan dari video yang sudah mendapat banyak view.

Ini membantu Tiktok meluaskan lagi tontonan video anda kepada penonton luar dari akaun anda.

4. Gunakan hashtag yang relevent

Baca sini : 30 top hashtag Tiktok yang digunakan 2022

Menggunakan hashtag yang trending adalah sangat penting untuk menaikkan view video anda.

Tetapi, perlu dipastikan juga supaya video anda menggunakkan hashtag yang relevant dengan content video anda.

Hashtag adalah salah satu bentuk carian yang digunakan oleh algorithm Tiktok. Jadi, jika video anda menggunakan hashtag yang salah, maka ia akan pergi pada penonton yang salah.

Akhirnya, menyebabkan watchtime video menjadi sikit dan menjatuhkan engagement.

Baca juga : Fahami cara Tiktok alghorithm berkerja

Tips supaya video Tiktok masuk FYP
sumber : freepik.com
5. Selitkan caption didalam video

Pastikan anda meletakkan caption didalam video yang mengajak penonton anda untuk berinteraksi dengan anda.

Contohnya, caption yang mengajak penonton anda untuk tekan butang like, memberi komen pertanyaan atau mengajak supaya berkongsi video bersama rakan-rakan.

6. Postkan ketika pengguna sedang aktif

Ada pendapat yang mengatakan waktu yang paling sesuai untuk mengepost video ialah :

  1. waktu pagi 8.00 – 9.00 pagi
  2. Waktu tengah hari 12.00 – 2.00 petang
  3. waktu malam 8.00 – 11.00 malam

Anda boleh mencuba untuk bereksperiment dengan waktu pengguna aktif seperti diatas.

Baca lagi : newsroom.tiktok.com, Racun tiktok : confirm putih dengan safi lotion + scrub sumber ayu + safi zaitun

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like