Fahami cara Tiktok alghorithm berkerja..| Tiktok mempunyai lebih daripada 1 Billion pengguna diseluruh dunia. Jadi, jika anda mempunyai brand tersendiri, anda perlu manfaatkan applikasi Tiktok untuk membuat marketing branding anda.
Tanpa membuang masa, jom tengok pecahan bagaimana Tiktok Algorithm berkerja yang membolehkan video tiktok anda sampai kepada ramai orang.
1. Pecahan penonton untuk melihat tindak balas yang positif
Apabila anda memuat naik video kedalam Tiktok, Tiktok algorithma akan berkerja dengan memperlihatkan video anda kepada pecahan kumpulan penonton.
- Followers anda
- Bukan follower tetapi mempunyai history video yang berkaitan
Permulaan pecahan penonton ini ibarat ujian untuk menentukan samaada video anda menarik atau tidak.
Tindak balas yang positif seperti like follow, share dan copylink dengan kadar yang lebih banyak membuatkan algorithm menambahkan lagi kumpulan penonton yang dijangka akan mempunyai minat yang sama.
“Dari sinilah terhasilnya video yang menjadi tular atau viral.
2. For You Page (FYP)
Ada yang tidak faham apa yang dimaksudkan dengan FYP ni?
Video yang masuk FYP biasanya video yang melepai Algorithm yang pertama dengan tindak balas positif yang lebih banyak.
Kebiasaannya, video FYP merupakan daripada akaun yang mempunyai lebih banyak followers dan tanda like.
Tetapi anda jangan risau, akaun kecil juga sebenarnya mampu masuk kedalam FYP untuk mendapatkan view yang lebih tinggi.
3. Durasi tontonan dan Share
TikTok bergantung pada pelbagai tindak balas daripada penonton.
Tindak balas positif :
- Menonton video sehingga tamat
- Menekan butang share
- Follow owner akaun
Tindak balas negatif :
- Klik pada “tidak berminat”
- Menonton hanya 1-2 saat sahaja
- Menyembunyikan video daripada dilihat
Untuk mencapai algorithm diatas, adalah sangat penting untuk anda menarik minat penonton pada beberapa saat permulaan.
4. Tarikh/masa mengupload video
Kebiasaannya, video yang masuk kedalam FYP adalah video yang baru sahaja diupload, tetapi tahukah anda, terdapat juga video yang berumur sehingga 3 bulan mampu untuk masuk FYP .
5. Hashtag dan lagu
Tiktok telah mengkategorikan video anda mengikut ketetapan yang anda buat sendiri. Ini termasuklah :
- Lagu
- Hashtag
- Caption
Sebab itulah jika anda perasan, selepas mengupload video dengan lagu tertentu, FYP anda akan mengesyorkan video yang mempunyai kategori yang sama.
Jadi, jika contoh anda membuat video dengan caption #FYP dengan harapan untuk masuk ke FYP, berkemungkinan memang berkesan untuk video anda masuk ke FYP!
6. Tapisan video yang melanggar peraturan
Tiktok tidak akan ambil lewa dengan video yang telah melanggar peraturan video mereka.
“TikTok mengatakan ia mengimbas kandungan secara visual untuk mencari perkara yang melanggar peraturannya seperti keboogelan atau kegannasan.
Tiktok juga sangat mengambil berat akan keselamatan pengguna. Jadi pastikan anda tidak membuat video yang melanggar pertaruran-peraturan mereka
Baca juga : Review Nurfella Beauty Bebuih Love Soap : merawat muka berjerawat
Baca juga : Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai
Baca juga : Berapa nilai coin Tiktok jika ditukar kepada Ringgit Malaysia?
Baca juga : 4 cara dapat duit dengan aplikasi tiktok
Fahami cara Tiktok alghorithm berkerja, trends.google.com
[…] Baca juga : Fahami cara Tiktok alghorithm berkerja […]