Makhluk Laut Dalam: 9 Spesies Paling Pelik, Misteri & Mengagumkan

Makhluk Laut Dalam: 9 Spesies Paling Pelik, Misteri & Mengagumkan

Makhluk Laut Dalam | 13 Disember 2025

Laut dalam merupakan antara kawasan paling misteri di planet bumi. Lebih 80% lautan dunia masih belum diterokai sepenuhnya, menjadikannya habitat kepada pelbagai makhluk laut dalam unik, pelik dan menakjubkan. Kawasan ini sangat ekstrem — tekanan air yang tinggi, suhu rendah, dan kegelapan hampir mutlak.

Namun, walaupun dalam keadaan sebegitu, kehidupan tetap wujud. Malah, evolusi telah melahirkan hidupan dengan adaptasi luar biasa yang tidak dapat kita bayangkan. Artikel ini akan membawa anda meneroka 9 makhluk laut dalam paling unik di dunia serta fakta sains yang mengagumkan tentang mereka.

9 makhluk laut dalam paling unik

9. Barreleye Fish (Ikan Mata Barel)

Ikan mata barel dengan kepala lutsinar

Barreleye fish terkenal kerana kepalanya yang lutsinar sepenuhnya, membolehkan kita melihat organ dalam dan mata berbentuk tiub. Mata ini boleh berpusing ke hadapan atau ke atas untuk mengesan mangsa dalam cahaya minimum.

Fakta menarik:
✔ Hidup pada kedalaman 600–800 meter
✔ Mata sangat sensitif kepada cahaya
✔ Antara ikan laut dalam paling pelik pernah ditemui


8. Osedax (Cacing Zombie)

Cacing zombie Osedax memakan tulang paus di dasar laut

Cacing zombie hidup dengan cara yang unik — mereka memakan tulang haiwan mati, terutamanya tulang ikan paus. Mereka tidak mempunyai mulut atau perut, sebaliknya bergantung kepada bakteria simbiotik.

Adaptasi luar biasa:
✔ Hidup tanpa sistem pencernaan
✔ Penting dalam kitaran ekosistem laut dalam

Osedax atau Cacing zombie : terkenal dengan tabiat makan yang melampau. Mereka memakan tulang termasuk makhluk laut terbesar di dunia iaitu ikan paus. Cacing zombie betina mempunyai kepanjangan sekitar 2 inci, manakala cacing jantan mempunyai saiz mikroskopik dan hidup sebagai parasit dalam tubuh cacing betina. Cacing ini mengeluarkan bahan kimia dan membawa bakteria simbiotik yang membantu mereka mencerna tulang dan memakannya pada masa yang sama. Makhluk ini sangat penting bagi habitat laut dalam kerana membantu dalam membersihkan dasar laut.

Bersifat parasitisme : salahsatu aspek yang paling menarik dan menakutkan dari cacing zombie adalah kemampuannya untuk mengawal badan perumah yang dijajah. Fenomena ini adalah salah satu contoh paling dramatis dari bagaimana parasit dapat memanipulasi jajahannya untuk meningkatkan peluang kelangsungan hidupnya sendiri.


7. Ikan Naga Laut Dalam

Ikan naga laut dalam dengan bioluminescence semula jadi

Ikan naga laut dalam (Bathysaurus atau Dactylopterus) merupakan salah satu makhluk laut yang paling memukau dan menakjubkan kerana tubuhnya yang seakan naga daripada cerita rakyat. Meskipun mereka hidup di kedalaman laut yang gelap dan sukar untuk diterokai, ikan ini telah menarik perhatian para ilmuwan dan pengkaji kerana sifat dan fizikalnya yang unik.

Sifat fizikal : Ikan naga laut dalam terkenal dengan bentuk tubuhnya yang panjang dan nipis, menyerupai dengan ciri naga dalam mitologi. Mereka memiliki sirip yang besar dan lebar, membolehkan mereka berkemampuan untuk meluncur di kedalaman laut. Mereka mempunyai warna kulit samaada lutsinar atau sedikit keperakan, membantu mereka beradaptasi dengan persekitaran yang gelap dab terhindar dari pemangsa. Selain itu, terdapat juga spesies ikan naga laut dalam yang memiliki organ bioluminescent, dimana ia boleh memancarkan cahaya untuk menarik mangsa atau berkomunikasi sesama ikan.


6. Dumbo Octopus (Gurita Dumbo)

Dumbo octopus – sotong laut dalam paling comel dan unik

Pada kedalaman yang begitu besar, menyebabkan hampir tidak ada sumber makanan bagi sotong gurita ini, oleh itu sotong gurita akan kekurangan kantung dakwat. Dinamakan sempena watak Disney gajah Dumbo, gurita ini sebenarnya kelihatan seperti watak filem animasi yang menarik.

Habitat : mereka biasanya bergerak bebas di atas dasar laut tetapi mencari makanan dan berehat di dasar laut. Gurita teleskop adalah haiwan unik lain dari laut dalam. Ia melayang melalui lautan pada kedalaman lebih dari 2000m dan sering kali tergantung secara menegak di atas dasar laut.

Ciri Fizikal : badan gurita ini hampir lutsinar sepenuhnya. Yang membezakannya Gurita ini dari spesisnya yang lain adalah dua bola mata yang menonjol yang memberikan penglihatan yang luas kepada mangsanya.


5. Goblin Shark (Jerung Goblin)

Haiwan laut dalam pelik iaitu jerung goblin dengan rahang boleh terkeluar

Jerung goblin dengan rahang boleh terkeluar – pemangsa laut dalam

Tambahan lain untuk makhluk luar biasa yang hidup di kedalaman misteri lautan ialah jerung goblin, benar-benar sesuai dengan namanya.

Ciri Fizikal : haiwan ini mempunyai berkulit berwarna merah jambu, berbadan gempal, dan insang yang kecil ini terkenal dengan muncungnya yang memanjang dan rata. Rahang makhluk ini yang sangat menonjol dengan gigi yang tajam cukup menjadikannya pemangsa yang sangat kompetitif di perairan gelap dan dalam.

Pola Makanan : ketam, lobster, udang kecil, sotong, dan ikan kecil adalah antara makanan bagi pemangsa ini.


4. Obor-obor Laut Dalam

Obor-obor laut dalam bercahaya di persekitaran gelap

Hidupan laut dalam unik obor-obor bercahaya di perairan gelap

Obor-obor laut dalam bercahaya di persekitaran gelap

Benthocodon hyalinus atau obor-obor laut dalam adalah makhluk yang unik dari lautan dalam dan dijumpai pada kedalaman di bawah paras laut 750m.

Ciri fizikal : makhluk Ini mempunyai bahagian atas bulat yang berbentuk loceng dan hanya berdiameter 2 hingga 3cm sahaja. Mereka mempunyai sebanyak 1,500 tentakel merah di sekeliling loceng yang digunakan untuk membantu obor-obor bergerak di dalam air.

Pola Makanan : makanan obor-obor ini terdiri daripada haiwan kelas krustasea iaitu ketam, udang, sotong dan organisma uniselular kecil. Warna locengnya yang pekat kemerahan dipercayai melindunginya daripada dikenali oleh pemangsa.


3. Gulper Eel (Belut Pelikan)

Makhluk laut dalam aneh belut pelican bermulut besar di dasar laut

Makhluk laut dalam dengan mulut yang lebih besar dari tubuhnya

Belut pelican (Eurypharynx pelecanoides) adalah salah satu makhluk laut yang paling aneh dan menarik, dikenali juga dengan mulutnya yang sangat besar dan bentuk tubuh yang tidak terbiasa.

Meskipun jarang dijumpai oleh manusia, belut ini ditemukan pada kedalaman laut yang sangat gelap dan merupakan salah satu contoh keanekaragaman hayati yang mengagumkan di ekosistem laut dalam. Dengan ciri-ciri fizik yang unik dan perilaku berburu yang luar biasa, belut pelican menjadi salah satu misteri di kedalaman lautan.


2. Anglerfish (Ikan Pancing Laut Dalam)

Makhluk laut dalam unik ikan pancing menggunakan cahaya untuk memburu

Anglefish laut dalam

Anglefish/Ikan pancing lautan dalam yang pelik dan misteri. Ikan ini adalah ikan bertulang yang tergolong dalam kelas teleost yang dinamai sempena ketumbuhan daging di kepalanya yang bertindak untuk memancing mangsanya.

Ciri fizikal : terdapat pelbagai spesies ikan pancing, antaranya ada yang terkenal dengan ciri-ciri dimorfisme (perbezaan antara saiz) jantina yang melampau di mana jantan jauh lebih kecil daripada betina. Walaupun betina mempunyai panjang sekitar 20cm, jantan hanya sekitar 2.5cm sahaja. Jantan dari spesies ini berhubungan dengan betina untuk membiak dan menghasilkan anak-anak dari kumpulan parasite.


1. Hatchetfish Laut Dalam

Hidupan laut dalam unik hatchetfish dengan bioluminescence penyamaran

Makhluk lautan dalam dengan tubuh yang bercahaya

Ikan hatchetfish adalah bentuk kehidupan lain di kedalaman samudera laut dalam. Mereka memiliki fotofores iaitu bioluminescent (badan yang memantulkan cahaya) dan dapat mengatur kecerahan cahaya mereka sesuai dengan ketebalan cahaya yang tersuluh dari permukaan lauy.

Bioluminescent : penyesuaian adaptasi yang digunakan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi makanan pemangsa lain. Penyesuaian ini dipanggil counter-illumination(kaedah penyamaran). Pemangsa ikan ini sukar untuk mengesan bayangannya kerana teknik penyamaran berasaskan cahaya.

Habitat : Makhluk ini boleh dijumpai pada kedalaman antara 50 hingga 1500m daripada permukaan air.

Pendapat Peribadi Penulis:
Secara peribadi, makhluk yang paling membuat saya terpegun dalam senarai ini ialah Anglerfish. Bukan kerana rupanya yang menakutkan, tetapi kerana kebijaksanaannya menggunakan cahaya untuk hidup di kegelapan mutlak. Ia benar-benar menunjukkan bagaimana alam semula jadi “mencipta solusi” walaupun dalam keadaan paling ekstrem.

✨ Kesimpulan

Makhluk laut dalam membuktikan bahawa kehidupan mampu wujud walaupun dalam keadaan paling ekstrem. Setiap spesies adalah hasil evolusi yang luar biasa, dan kajian tentang mereka bukan sahaja membuka mata kita tentang alam semula jadi, tetapi juga tentang betapa kecilnya pengetahuan manusia tentang lautan.

Rujukan: wikipedia

Baca juga :

Berjaya

Related Posts

Saya Cuba 15 Barang Murah Shopee Ini Selama 7 Hari… No.7 Buat Saya Menyesal Tak Beli Dari Dulu!

Saya Cuba 15 Barang Murah Shopee Ini Selama 7 Hari… No.7 Buat Saya Menyesal Tak Beli Dari Dulu!

15 Hadiah Unik Dari Shopee Yang Jarang Orang Bagi (Idea Menarik 2026)

15 Hadiah Unik Dari Shopee Yang Jarang Orang Bagi (Idea Menarik 2026)

15 Hadiah Lelaki Bawah RM50 – Idea Praktikal & Murah [2026]

15 Hadiah Lelaki Bawah RM50 – Idea Praktikal & Murah [2026]

Dividen ASB Rendah Atau Cuma Nampak Rendah? Ini Yang Ramai Silap Faham

Dividen ASB Rendah Atau Cuma Nampak Rendah? Ini Yang Ramai Silap Faham

No Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *