Makhluk Laut Dalam | Ekosistem terbesar dan paling misteri di dunia, apakah ia? Ia adalah Laut Dalam. Laut Dalam merupakan rumah kepada beberapa makhluk paling unik dan pelik di bumi ini. Haiwan ini mampu menyesuaikan diri untuk bertahan dalam kegelapan, suhu beku, dan tekanan yang mampu menghancurkan.
Istilah makhluk laut dalam merujuk kepada organisma yang hidup di bawah zon laut dalam. Makhluk-makhluk ini mesti bertahan dalam keadaan yang kuat dan tertekan seperti tahap tekanan air dalam yang sangat tinggi, kuantiti oksigen yang rendah, makanan yang sangat sedikit, tidak ditembusi cahaya matahari, berterusan dalam gelap dan suhu sejuk yang melampau.
Namun,masih terdapat banyak makhluk laut wujud di lautan dalam. Mereka mempunyai penyesuaian khas yang membolehkan mereka bertahan di habitat terlampau tersebut. Beberapa makhluk laut dalam yang misteri ini akan dirungkaikan di bawah. Malah, sebenarnya banyak hidupan laut dalam ini yang masih boleh ditemui oleh manusia.
9 makhluk laut dalam paling unik
9. Ikan mata barel
Ikan mata barel dengan kepala lutsinar
Keajaiban Makhluk Laut Dalam : Ikan mata barel (nama saintifiknya Macrourida atau Opisthoproctidae) adalah salah satu makhluk laut yang paling unik dan misterius. Terkenal dengan bentuk fizikalnhe yang aneh dan sifatbya yang menarik, ikan ini telah hidup di kedalaman laut Samudra Atlantik dan Pasifik, serta menjadi subjek pemerhatian yang menarik bagi para pengkaji dan ilmuwan.
Anatomi tubuh : Ciri istimewa ikan mata barel adalah kepalanya yang lutsinar dan terkandung cairan, sehingga membolehkan kita untuk melihat sebahagian isi di dalam kepalanya. Namun, yang paling istimewa daripada ikan ini adalah bentuk matanya terlihat seperti barel (barrel-shaped). Tambahan lagi, mata ikan ini dapat bergerak ke atas dan ke depan serentak. Ciri adaptasi ini sangat membantu untuk mengesan dan melihat musuh atau mangsa di kawasan yang tidak ada cahaya langsung.
Mata ikan ini turut terletak di dalam kepala lutsinar yang melindungi dan membolehkan mereka untuk melihat secara lebih baik walaupon berada di kedalaman laut yang sangat gelap.
Habitat : Ikan mata barel mampu hidup pada kedalaman antara 230 hingga 750 meter, di mana cahaya matahari tidak langsung dapat ditembusi. Pada kedalaman tersebut, ikan ini hidup bersama dengan berbagai makhluk laut yang memiliki adaptasi luar biasa untuk bertahan hidup dalam kondisi minim cahaya.
8. Cacing Zombie
cacing zombie makhluk laut dalam
Osedax atau Cacing zombie : terkenal dengan tabiat makan yang melampau. Mereka memakan tulang termasuk makhluk laut terbesar di dunia iaitu ikan paus. Cacing zombie betina mempunyai kepanjangan sekitar 2 inci, manakala cacing jantan mempunyai saiz mikroskopik dan hidup sebagai parasit dalam tubuh cacing betina. Cacing ini mengeluarkan bahan kimia dan membawa bakteria simbiotik yang membantu mereka mencerna tulang dan memakannya pada masa yang sama. Makhluk ini sangat penting bagi habitat laut dalam kerana membantu dalam membersihkan dasar laut.
Bersifat parasitisme : salahsatu aspek yang paling menarik dan menakutkan dari cacing zombie adalah kemampuannya untuk mengawal badan perumah yang dijajah. Fenomena ini adalah salah satu contoh paling dramatis dari bagaimana parasit dapat memanipulasi jajahannya untuk meningkatkan peluang kelangsungan hidupnya sendiri.
Para ilmuwan tidak sepenuhnya memahami bagaimana cacing zombie ini dapat mengubah perilaku ikan. Namun, mereka percaya bahwa parasit ini mungkin mengeluarkan zat kimia atau menggunakan mekanisme neurologis untuk mempengaruhi sistem saraf ikan. Ini mengarah pada perilaku yang tidak biasa dan bahkan sangat berisiko bagi ikan tersebut, yang tampaknya tidak dapat mengendalikan dirinya sendiri.
7. Ikan Naga Laut Dalam
Makhluk laut dalam dengan gigi yang mengerupai taring
Ikan naga laut dalam (Bathysaurus atau Dactylopterus) merupakan salah satu makhluk laut yang paling memukau dan menakjubkan kerana tubuhnya yang seakan naga daripada cerita rakyat. Meskipun mereka hidup di kedalaman laut yang gelap dan sukar untuk diterokai, ikan ini telah menarik perhatian para ilmuwan dan pengkaji kerana sifat dan fizikalnya yang unik.
Sifat fizikal : Ikan naga laut dalam terkenal dengan bentuk tubuhnya yang panjang dan nipis, menyerupai dengan ciri naga dalam mitologi. Mereka memiliki sirip yang besar dan lebar, membolehkan mereka berkemampuan untuk meluncur di kedalaman laut. Mereka mempunyai warna kulit samaada lutsinar atau sedikit keperakan, membantu mereka beradaptasi dengan persekitaran yang gelap dab terhindar dari pemangsa. Selain itu, terdapat juga spesies ikan naga laut dalam yang memiliki organ bioluminescent, dimana ia boleh memancarkan cahaya untuk menarik mangsa atau berkomunikasi sesama ikan.
6. Sotong Gurita Laut Dalam
Spesis sotong laut dalam
Gurita Dumbo dan gurita teleskop adalah dua sotong yang pernah dijumpai di kedalaman laut yang gelap. Makhluk ini hidup di kedalaman sekurang-kurangnya 4000m kedalaman laut.
Pada kedalaman yang begitu besar, menyebabkan hampir tidak ada sumber makanan bagi sotong gurita ini, oleh itu sotong gurita akan kekurangan kantung dakwat. Dinamakan sempena watak Disney gajah Dumbo, gurita ini sebenarnya kelihatan seperti watak filem animasi yang menarik.
Habitat : mereka biasanya bergerak bebas di atas dasar laut tetapi mencari makanan dan berehat di dasar laut. Gurita teleskop adalah haiwan unik lain dari laut dalam. Ia melayang melalui lautan pada kedalaman lebih dari 2000m dan sering kali tergantung secara menegak di atas dasar laut.
Ciri Fizikal : badan gurita ini hampir lutsinar sepenuhnya. Yang membezakannya Gurita ini dari spesisnya yang lain adalah dua bola mata yang menonjol yang memberikan penglihatan yang luas kepada mangsanya.
5. Jerung Goblin
Rupa sebenarnya jerung laut dalam
Tambahan lain untuk makhluk luar biasa yang hidup di kedalaman misteri lautan ialah jerung goblin, benar-benar sesuai dengan namanya.
Ciri Fizikal : haiwan ini mempunyai berkulit berwarna merah jambu, berbadan gempal, dan insang yang kecil ini terkenal dengan muncungnya yang memanjang dan rata. Rahang makhluk ini yang sangat menonjol dengan gigi yang tajam cukup menjadikannya pemangsa yang sangat kompetitif di perairan gelap dan dalam.
Pola Makanan : ketam, lobster, udang kecil, sotong, dan ikan kecil adalah antara makanan bagi pemangsa ini.
4. Obor-obor Laut Dalam
alien dasar laut?
Benthocodon hyalinus atau obor-obor laut dalam adalah makhluk yang unik dari lautan dalam dan dijumpai pada kedalaman di bawah paras laut 750m.
Ciri fizikal : makhluk Ini mempunyai bahagian atas bulat yang berbentuk loceng dan hanya berdiameter 2 hingga 3cm sahaja. Mereka mempunyai sebanyak 1,500 tentakel merah di sekeliling loceng yang digunakan untuk membantu obor-obor bergerak di dalam air.
Pola Makanan : makanan obor-obor ini terdiri daripada haiwan kelas krustasea iaitu ketam, udang, sotong dan organisma uniselular kecil. Warna locengnya yang pekat kemerahan dipercayai melindunginya daripada dikenali oleh pemangsa.
3. Belut Pelican
Makhluk laut dalam dengan mulut yang lebih besar dari tubuhnya
Belut pelican (Eurypharynx pelecanoides) adalah salah satu makhluk laut yang paling aneh dan menarik, dikenali juga dengan mulutnya yang sangat besar dan bentuk tubuh yang tidak terbiasa.
Meskipun jarang dijumpai oleh manusia, belut ini ditemukan pada kedalaman laut yang sangat gelap dan merupakan salah satu contoh keanekaragaman hayati yang mengagumkan di ekosistem laut dalam. Dengan ciri-ciri fizik yang unik dan perilaku berburu yang luar biasa, belut pelican menjadi salah satu misteri di kedalaman lautan.
2. Ikan Pancing/Anglerfish Seadevil
Anglefish laut dalam
Anglefish/Ikan pancing lautan dalam yang pelik dan misteri. Ikan ini adalah ikan bertulang yang tergolong dalam kelas teleost yang dinamai sempena ketumbuhan daging di kepalanya yang bertindak untuk memancing mangsanya.
Ciri fizikal : terdapat pelbagai spesies ikan pancing, antaranya ada yang terkenal dengan ciri-ciri dimorfisme (perbezaan antara saiz) jantina yang melampau di mana jantan jauh lebih kecil daripada betina. Walaupun betina mempunyai panjang sekitar 20cm, jantan hanya sekitar 2.5cm sahaja. Jantan dari spesies ini berhubungan dengan betina untuk membiak dan menghasilkan anak-anak dari kumpulan parasite.
1. Hatchetfish Laut Dalam
Makhluk lautan dalam dengan tubuh yang bercahaya
Ikan hatchetfish adalah bentuk kehidupan lain di kedalaman samudera laut dalam. Mereka memiliki fotofores iaitu bioluminescent (badan yang memantulkan cahaya) dan dapat mengatur kecerahan cahaya mereka sesuai dengan ketebalan cahaya yang tersuluh dari permukaan lauy.
Bioluminescent : penyesuaian adaptasi yang digunakan untuk menyelamatkan diri daripada menjadi makanan pemangsa lain. Penyesuaian ini dipanggil counter-illumination(kaedah penyamaran). Pemangsa ikan ini sukar untuk mengesan bayangannya kerana teknik penyamaran berasaskan cahaya.
Habitat : Makhluk ini boleh dijumpai pada kedalaman antara 50 hingga 1500m daripada permukaan air.
Rujukan: wikipedia
Baca juga :