Fakta Air Mata : Air mata sering kali dianggap sebagai ekspresi tentang emosi semata-mata, namun tahukah anda bahawa air mata juga mempunyai banyak aspek yang lebih menakjubkan dan memberi kesan kepada tubuh serta minda kita?
Dari fungsi biologi sehingga kaitannya dengan kesihatan mental, berikut adalah 16 fakta ajaib tentang air mata yang mungkin akan mengejutkan anda.
Anda mungkin pernah rasa air mata anda sendiri dan menganggap ada kandungan garam di dalamnya. Apa yang mungkin anda tidak sedar adalah bahawa air mata terkandung dengan bahan lebih daripada garam – dan bahkan setiap air mata itu keluar dengan sebab yang berbeza-beza.
sumber : google image | Fakta tentang air mata
#1 : Komposisi terbanyak dalam air mata anda adalah air
Air mata dan air liur anda mempunyai komposisi yang sama. Dimana kandungan terbanyak adalah air. Kandungan lain didalam air mata ialah garam, minyak, lemak dan lebih dari 1,500 protein yang berbeza.
Elektrolasi yang terkandung dalam airmata:
Elektrolit ini termasuklah :
Natrium, (menyebabkan airmata terasa masin), bikarbonat, klorida, potassium, dan kadar magnesium dan kalsium yang rendah
Gabungan bahan-bahan diatas akan membentuk 3 lapisan airmata dan menyebabkan :
- Lapisan lendir membuatkan airmata yang tidak jatuh dari mata.
- Lapisan berair – lapisan paling tebal – menghidrat mata anda, membasmi bakteria, dan melindungi kornea.
- Lapisan berminyak menghalang lapisan lain ‘terevaporate’ dan membuatkan permukaan airmata menjadi halus sehingga ia kelihatan transparent.
#2 : Tidak semua air mata sama
3 jenis air mata adalah :
- Airmata ‘Basal‘. Airmata ini akan sentia keluar di permukaan mata untuk melindungi mata dari debu dan bendasing, selain untuk memastikan mata anda sentiasa lembab dan basah.
- Airmata ‘Refleks‘. Airmata ini terbentuk apabila mata terkena perangsang luar seperti asap dan air bawang.
- Airmata ‘Emosi‘. Ini dihasilkan semasa anda berasa sedih, gembira, atau merasakan emosi yang kuat.
#3 : Mata yang sentiasa berair menjadi petanda kepada sindrom mata kering
Sindrom mata kering adalah keadaan biasa yang berlaku apabila kuantiti atau kualiti air mata yang tidak mencukupi gagal melincirkan mata anda dengan baik. Sindrom mata kering boleh menyebabkan mata anda rasa terbakar, mencucuk, atau terasa gatal.
Antara penyebab mata kering adalah kerana kesan perubatan tertentu, udara atau angin yang kering, dan menatap skrin komputer untuk jangka masa yang lama.
#4 : Anda tidak akan kehabisan air mata
Kajian yang dibuat di Amerika, manusia akan menghasilkan 15 – 30 gelen air mata setiap tahun. Air mata dihasilkan oleh kelenjar lakrimal yang terletak di atas mata anda. Kemudian ia akan tersebar di permukaan biji mata ketika berkelip. Airmata ini kemudian akan melalui sudut-sudut kecil pada bulu mata penutup atas dan bawah seterusnya mengalir pada saluran kecil di sudut tepi mata sehingga jatuh ke hidung anda.
sumber : google image | Fakta tentang air mata
Penghasilan air mata boleh jadi lambat atas faktor-faktor tertentu, seperti kesihatan dan penuaan, ketahuilah yang sebenarnya airmata tidak akan habis!
#5 : Semakin anda meningkat usia penghasilan air mata akan berkurang
Ketika anda semakin menua, penghasilan airmata jenis ‘Basal’ akan semakin berkurang. Sebab itulah mata kering lebih kerap berlaku pada orang dewasa yang lebih tua. Perkara ini berlaku terutamanya bagi wanita selepas menopaus kerana perubahan hormon.
#6 : Rembesan gas dari bawang yang menyebabkan mata anda pedih dan berair
Syn-propanethial-S-oxide adalah gas yang menyebabkan anda menagis semasa anda memotong bawang. Proses penghasilan kimia ini agak rumit. Baca di bawah :
- Sulfur di bawah tanah di mana bawang tumbuh bercampur dengan bawang untuk menghasilkan amino sulfida, yang berubah menjadi gas yang melindungi bawang daripada serangga perosak.
- Gas ini kemudian bercampur dengan enzim bawang yang dilepaskan ketika bawang dipotong, seterusnya terhasillah asid sulfenik.
- Asid sulfenik bersama dengan enzim bawang akan menghasilkan syn-propanethial-S-oxide, yang akan dirembeskan pada mata anda.
- Mata anda menghasilkan air mata sebagai perlindungan terhadap perangsang.
#7 : Bawang bukan satu-satunya bahan yang membuatkan airmata anda keluar
Antara punca lani mata anda berair adalah gas yanh dorembeskan ketika anda cuba untuk memotong bawang.
#8 : Airmata ditetapkan untuk mengalir pada hidung dan tekak anda
Mata dan saluran hidung bersambung. Apabila kelenjar lakrimal mengeluarkan air mata, mereka mengalir ke bawah melalui saluran air mata , yang juga disebut saluran nasolacrimal. Ini menyebabkan air mata anda mengalir melalui tulang hidung dan ke bahagian belakang hidung seterusnya jatuh ke kerongkong anda.
#9 : Airmata emosi sebenarnya boleh membantu anda dalam banyak hal
Seingga kini, tujuan airmata yang keluar kerana emosi masih dikaji. Tetapi saintis percaya bahawa airmata ini dipengaruhi oleh biologi, sosial dan psikologi.
Sebilangan penyelidik percaya bahawa menangis adalah isyarat sosial untuk mendapatkan pertolongan daripada orang lain ketika anda berada dalam kesakitan, sedih, atau merasakan apa-apa jenis tekanan atau emosi yang melampau. Sering kali, ketika menangis, anda mendorong orang lain untuk memberikan sokongan, yang membuatkan anda merasa lebih baik.
Terdapat bukti bahawa air mata emosi mengandungi protein dan hormon tambahan yang tidak terdapat dalam dua jenis air mata yang lain. Ini mungkin mempunyai kesan kesan kepada rasa sakit yang yang anda lalui dan membantu badan kembali ke keadaan normal.
#10 : Orang lain boleh mengetahui sesuatu daripada tangisan anda
Menangis boleh menghantar beberapa isyarat visual. Apabila anda melihat seseorang menangis, itu adalah tanda bahawa mereka merasa sedih atau tertekan.
Menariknya, kajian tahun 2012 dibuat untuk melihat tahap hormon testosteron lelaki sebagai tindak balas terhadap bayi yang mengangis. Lelaki yang mempunyai tindak balas untuk memujuk tangisan bayi tersebut dilihat mengalami penurunan pada kadar testosteron.
#11 : Bayi baru lahir sebenarnya tidak menghasilkan air mata
Kelenjar Lakrima untuk menghasilkan air mata pada bayi baru lahir sebenarnya tidak berkembang sepenuhnya lagi. Bayi ini mungkin hanya menangis sia-sia tanpa air mata pada sebulan pertama hidup meraka.
Sebilangan bayi dilahirkan dengan saluran air mata yang tersumbat. Mungkin terjadi juga kerana salah satu sahaja saluran ini yang tersumbat.
#12 : Tangisan ketika tidur adalah benar
Kebanyakan tangisan waktu tidur hanya berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Tetapi sebenarnya pada semua peringkat umur pun boleh berlaku.
Antara punca berlakunya tangisan waktu tidur :
Mimpi ngeri, ketakutan pada waktu malam, kesedihan, kemurungan, tekanan dan kebimbangan, sakit kronik dan alahan.
#13 : Haiwan juga menangis tetapi mempunyai emosi
Haiwan menghasilkan air mata untuk melincirkan dan melindungi mata mereka. Walaupun mereka mungkin menitiskan air mata sebagai tindak balas terhadap perangsang dan kecederaan, mereka tidak mengeluarkan air mata emosi seperti yang dilakukan manusia.
#14 : Wanita menangis lebih banyak daripada lelaki
Tiada siapa tahu dengan tepat mengapa wanita boleh menangis lebih banyak daripada lelaki. Ia mungkin ada kaitan dengan lelaki yang mempunyai saluran air mata yang lebih kecil dan air mata emosi pada wanita mengandungi prolaktin, yang merupakan hormon yang mendorong pengeluaran susu ibu. Wanita mempunyai 60 peratus lebih banyak prolaktin daripada lelaki.
#15 : Airmata yang tidak dapat dikawal
Pseudobulbar (PBA) adalah keadaan yang boleh menyebabkan air mata tidak dapat dikawal. Ia dicirikan apabila tangisan atau ketawa yang tidak dapat dikawal. Ketawa jenis ini biasanya bertukar menjadi tangisan.
PBA biasanya mempengaruhi individu dengan keadaan neurologi atau kecendrungan tertentu yang mengubah cara otak mengawal emosi. Contohnya adalah strok, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, dan sklerosis berganda (MS).
#16 : Kekurangan airmata boleh menyebabkan kerusakan yang serius kepada mata
Air mata menjaga permukaan mata anda menjadi sentiasa lembab sambil melindungi daripada jangkitan. Tanpa air mata yang cukup, mata anda berisiko untuk :
senang tercedara seperti luka pada kornea, jangkitan mata, ulser kornea, dan gangguan penglihatan.
Kesimpulannya, air mata sangat memainkan peranan penting dalam kehidupan anda. Selain menjadi petanda pada kehidupan yang sihat. Ia juga menunjukkan petanda bahawa manusia adalah sangat unik!
Anda juga berminat :
- Kandungan emas di dalam Hp lama?
- Negara Asia yang rekod penduduknya “tergemuk”?
- 10 Fakta tentang coklat. ‘Kelazatan membunuh?’
Rujukan : https://www.healthline.com/health/what-are-tears-made-of#takeaway, https://www.google.com/search?q=