Kandungan emas didalam Hp lama? Jangan buang Hp lama anda kerana ia mungkin mengandungi emas. Kajian penulis kali ini tentang kandungan emas di dalam Telefon lama anda. Penulis tidak pernah mencuba experiment ini. Tetapi penulis kongsikan dengan korang bagaimana orang mengekstrak emas daripada cip Hp lama.

Lambakan telefon mudah alih
Di Malaysia, lambakan telefon mudah alih adalah lebih banyak daripada masyarakatnya sendiri. Malah, Sebilangan besar rakyat negara ini menaik taraf atau menukar telefon bimbit mereka setiap 18 hingga 24 bulan, sementara jumlah yang semakin meningkat ini telah memiliki telefon bimbit mereka selama lebih dari dua tahun. Hasilnya ialah terdapat sekitar 22.5 juta telefon bimbit yang tidak dipakai boleh memenuhi beberapa kediaman di Malaysia.
Kebanyakan telefon bimbit ini menggabungkan komponen menggunakan elemen dari sebarang jadual berkala, termasuk bahan berharga, seperti emas. Kira-kira, terdapat sejumlah satu gram emas di dalam 41 buah telefon bimbit. Dengan erti kata lain, kira-kira 1 metrik tan telefon bimbit boleh menghasilkan 340g emas, yang pada harga emas semasa lebih daripada RM 300.
Kitar semula Hp lama di Malaysia
Terdapat beberapa perkhidmatan di Malaysia yang boleh mengitar semula telefon bimbit anda dan mencegahnya ke tempat pembuangan sampah. Rujuk website dibawah untuk mengetahui tempat-tempat di Malaysia yang membuat kitar semula hp lama.
http://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/where-do-we-recycle
e-Waste adalah salah satu aliran sisa yang paling cepat berkembang di negara maju dan juga di negara-negara membangun. Jumlah e-Waste di Asia telah meningkat hampir 63% dalam lima tahun. Manakala Malaysia menghasilkan 243 kilo tan e-Waste pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Waste yang hasilkan telah meningkat sebanyak 39.7% dari tahun 2010 hingga 2015
Berikut bagaimana proses mengekstrak emas dari kepingan bahan di dalam telefon bimbit
Dilihat kepada video dibawah, cara-cara untuk mengekstrak emas di dalam hp lama anda. Komponen di dalam telefon perlu di leraikan sehingga hanya mengambil kepingan motherboard. Solution yang digunakan adalah 12% vinegar putih, 3% hydrogen peroxide, dan 100g garam laut.
Untuk pengetahuan pembaca, penulis hanya berkongsi, tetapi jika pembaca ingin mencuba proses ini, semua risiko adalah tanggungan sendiri. Barang dan keperluan keselamatan seperti sarung tangan, googled mata dan penutup muka hendaklah dijaga.
lihat video dibawah :
Berminat untuk membaca :
- 10 Fakta tentang coklat. ‘Kelazatan membunuh?’
- Begini cara saya memulakan Blog tahun 2020
- Berjaya permohonan dengan Google Adsense
Secara puratanya, sebuah peranti telefon akan memiliki kira-kira 0.034 gram emas tulen. Bukanlah jumlah yang boleh mengejutkan anda bukan? Tetapi, bagaimana pula dengan pengeluaran “smartphone” yang mencapai jutaan setiap tahun? Anda pastu terkejut dengan penambahan kadungan emas didalam telefon lama ini.
Dimana komponen keberadaan emas didalam hp?
Jika anda pernah membuka peranti anda, anda boleh lihat satu komponen yang dipanggil “motherboard”.
“”Motherboard” papan induk merupakan pusat otak kepada sesebuah telefon pintar. Disini, semua komponen yang menjalankan fungsi berbeza akan saling berhubung untuk menjalankan tugas mereka.
JJadi dimana letakknya emas yang dikatakan ini? Didalam papan litar ini, emas digunakan sebagai penyambung litar dan bahan yang dihasilkan untuk cip memori yang ada didalam papan ini. Ini kerana, buktu telah menunjukkan bahawa emas yang tidak mudah terhakis dan luntur dari masa ke semasa.
Emas didalam kompomen hp ini bukan dalam bentuk yang asli, tetapi emas ini sudah dicampur dengan bahan lain seperti nikel dan logam untuk menguatkan lagi ciri fizikalnya
Peranti manakah yang mempunyai kandungan emas paling tinggi?
Bukan peranti smartphone anda sahaja yang mempunyai kandungan emas didalam komponennya, setiap peralatan elektronik yang menggunakan papan litar pasti akan mempunyai emas didalamnya.
Sebagai contoh laptop atau komputer yang anda gunakan dalam seharian. Semakin besar sesuatu elektronik yang perlu menggukan motherboard semakin banyaklah kandungan emas yang digunakan didalam peranti tersebut.
Lihat jadual dibawah perbandingan peranti yang berbeza dengan kandungan emasnya :
Peranti | Berat emas |
---|---|
Smartphone | 0.034 gram |
Komputer | 0.15 gram |
Server | 1 gram |
Dalam simcard pon ada kandungan emas?
Simcard merupakan sebuah cip kecil yang berfungsi sebagai penghubung antara satu peranti kepada peranti lain melalui sesebuah network. Tahukah anda kad sekecil ini juga ada menggunakan emas sebagai salah satu komponen pembuatannya?
Didalam sebuah simcard akan mempunyai 0.03g emas. Walaupon nilainya sangat kecil berbanding nilai emas didalam sebuah hp, tetapi anda bayangkan setahun berapa juta simcard telah dikeluarkan untuk pengguna.