Jika terlupa password gmail..| Password atau kata laluan memainkan peranan yang sangat penting untuk menjaga keamanan dan keselamatan data peribadi anda? Bagaimana jika anda sering lupa kata laluan tersebut?

Untuk recover email atau Google akaun, anda perlu reset semula kata laluan untuk membuka akaun anda.

Baca juga : 2 Cara delete akaun dari gmail dan Google untuk android

Tukar passwod dengan email kedua atau nombor telefon yang anda beri semasa membuat akaun gmail anda

Google mempunyai cara standard untuk mendapatkan akaun anda tanpa kata laluan. Cara ini mungkin cara lama. Ikuti langkah dibawah :

Jika terlupa password gmail
Gambar 1 : pinterest.com. Jika terlupa password gmail
  1. Masuk ke halaman login Gmail dan klik pada pautan “forgot password“.
  2. Selepas itu, anda akan diminta untuk memasukkan akaun email recovery kedua yang anda pernah daftar. Atau nombor telefon yang berdaftar dengan akaun Gmail tersebut.
  3. Seterusnya, anda akan menerima 6 digit kode yang mengesahkan email atau nombor anda. (Jika anda mnerima kode yang bermula dengan huruf “G-XXXXXX”, anda tidak perlu masukkan huruf tersebut, hanya masukkan 6 digit nombor terakhir)
  4. Masukkan kode dan tukar kata laluan anda semula.

*Sentiasa pastikan anda tidak memberi kode digit atau TAC ini kepada sesiapa.

Cara tukar password Gmail yang anda tahu kepada yang lain

Jika anda sudah mengetahui kata laluan semasa anda dan boleh mengakses akaun anda, menukar semula password tersebut adalah sangat mudah.

Jika akaun anda sudah tersedia login, ikuti langkah berikut untuk menukar password anda.

  1. Buka akaun Gmail anda dan buka pada “manage your google account
  2. Scroll menu ketepi dan buka pada “security
  3. Scroll kebawah bahagian “signing in to Google” >>> tekan pada password
  4. Anda akan diminta memberikan password semasa.
  5. Seterusnya tekan pada change password untuk memasukkan password yang baru.

Baca juga : 2 Cara logout gmail dari Hp atau laptop lain

2 Tips untuk memastikan anda tidak mempunyai masaalah semasa login Gmail

Nombor telefon : Pastikan anda tidak selalu menukar nombor telefon. Nombor telefon yang berdaftar dengan Gmail sangat mmudahkan untuk anda berurusan dengan Gmail. Pastikan sebelum anda membeli nombor telefon yang baru, anda menukar nombor telefon didalam akaun anda.

Recovery email : Masukkan recovery email yang anda selalu guna. Atau gunakan email emak atau ayah anda. Jangan sesekali memasukkan email recovery orang luar untuk akaun anda.

Baca juga : Pendapatan Google Adsense selepas 6 bulan blogger pemula

trends.google.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like