Alhamdulillah, masuk 6 bulan motivasinformasi.com bersama dengan google adsense. Blog ini pertama kali diluluskan beriklan dengan google bermula pada bulan April 2021. Hari ini cikna akan kongsikan hasil pendapatan daripada google adsense sebagai blogger pemula.
Perkongsian ini bukanlah untuk menjatuhkan semangat anda, tetapi ianya sekadar simpanan kenangan untuk cikna sendiri dan memberi inspirasi kepada anda untuk terus berusaha sehingga berjaya.
Hasil pendapat daripada iklan google untuk blog ini tidaklah memberangsangkan. Tetapi cikna tetap terus berusaha untuk cuba berjaya mendapatkan 100 dollar pertama daripada google adsense.
Gambar dibawah cikan kongsikan hasil google adsense sehingga september 2021.
Hasil yang tidak memberangsangkan tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba
Sehingga hari ini, latest pendapatan yang motivasinformasi.com dapat hanyalah 5.21$. Sedikit bukan? Purata pendapatan harian untuk adsense impression hanyalah 0.01$. Yang lain sekali sekala akan mendapat pendapatan daripada click.
Jika dilihat pada hasil blog ini walaupun selepas 6 bulan, kenkadang hati rasa mahu giveup. Tetapi, cikna suka baca perkongsian blog lain berjaya mendapat hasil blogging yang banyak.
Antara blogging yang selalu cikna baca ialah :
- sishawa.com : https://www.sishawa.com/2020/03/cara-buat-duit-dengan-blog-adsense.html
- siinurul.com : https://www.azhafizah.com/2015/11/buat-duit-dengan-google-adsense.html
- susahsenangblogger.com : http://www.susahsenangblogger.com/2018/04/buat-duit-dengan-google-adsense.html
- nothingtosomethings.com : https://www.nothingtosomethings.com/2016/10/cara-buat-duit-dengan-menulis-blog.html
- myrujukan.com : https://myrujukan.com/buat-duit-dengan-adsense/
Senarai diatas ialah antara para blogger yang sudah berjaya dan berkongsi hasil pendapatan daripada blog mereka.
Bila cikna rasa down dengan hasil berblogging, cikna akan recharge balik semangat dengan melihat hasil pendapatan daripada blogger yang sudah berjaya.
Jadikan blogging dan menulis sebagai minat
Hasil pengalaman selama 8 bulan bersama blogging sepenuh masa, cikna dapati, jika anda berblogging semata-mata hanya untuk cari duit, anda akan sentiasa rasa down. Kerana hasil pendapatan pemula blogger sangat rendah.
Selama berbulan-bulan anda hanya akan lihat 0.01$ sehari yang bersamaan 0.04sen Malaysia sahaja.
Jadi cikna nasihatkan supaya para pemula tukar persepsi mencari duit tuh kepada hobi dan minat yang sangat mendalam untuk menulis dan berkongsi pendapat.
InshaAllah, dari situ anda tidak akan rasa terlalu tertekan untuk mendapatkan hasil daripada blogging.
Lagi satu, anda kena yakin dan percaya, apabila anda melihat blog mereka yang berjaya mendapat hasil, blog anda juga mampu untuk berjaya.
Penutup
Alhamdulillah. Itu sahaja perkongsian cikna tentang pendapat daripada google adsense sebagai blogger pemula. Walaupun sedikit still rasa wow!. Tak sangka sudah berya ketahap ini. InshaAllah cikna akan update dari masa kesemasa tentang topik ini untuk menaikkan semangat anda untuk terus mencuba.
Pengguna turut membaca :
- Berjaya dapat google adsense semula selepas tukar nama domain
- Berjaya permohonan dengan Google Adsense
Pendapatan Google Adsense blogger pemula
- Sy berjaya dapat traffic blog 1000 pageview sehari dengan 5 tips berikut!
- Cara saya withdraw duit komisyen daripada involve asia 2022
- Pertama kali berjaya withdraw duit daripada affiliate marketing dengan involve asia!
- Pertama kali blog ini berjaya mendapat 1000 pageview sehari selepas setahun ditubuhkan!
- Cara memasukkan video tiktok kedalam wordpress : copy n paste
So What’s Your Point?
Google adsense sure can give u something if u do it correctly
[…] Pendapatan Google Adsense selepas 6 bulan blogger pemula […]