Bahaya gula | Pernahkah anda dengar tentang makanan daripada gula boleh menurunkan IQ otak ? Dengan erti kata lain membuatkan otak anda semakin ‘bodoh‘?
Gula yang diambil secara berlebihan akan memberi kesan langsung terhadap kemampuan kognitif otak.
Gula, terutamanya fruktosa, boleh menyebabkan peningkatan paras insulin dalam darah. Keadaan ini boleh mengganggu proses pembelajaran, ingatan, dan kemahiran menyelesaikan masalah. Salah satu kesan jangka panjang yang lebih membimbangkan adalah pengurangan saiz hippocampus – bahagian otak yang bertanggungjawab untuk memori dan pembelajaran.
Gambar sekadar hiasan | sumber : Google Image | Bahaya Gula
Kajian pada tikus tentang diet fruktosa.
Penyelidik dari Univesiti California, Fernando Gomes, telah membuat penyelidikan terhadap tikus dimana diet fruktosa yang tinggi telah digunakan.
Kajian yang dijalankan selama 6 minggu itu melibatkan 2 kumpulan tikus dimana kumpulan pertama telah diberi minuman yang terkandung gula yang tinggi tetapi kumpulan ke-dua diberi Asid Lemak Omega-3.
Kajian ini dibuat pada tikus kerana penyelidik ini percaya bahawa bahan kimia yang terkandung didalam otak tikus hampir sama dengan kimia yang ada pada otak manusia
Pegkaji ini telah menggunakan permainan maze untuk mengkaji memori mereka. Sebelum diberi diet tinggi fruktosa, tikus telah diajar untuk melalui sebuah maze dan meletakkan tanda visual supaya tikus mengingati jalannya.
Hasil kajian
Setelah enam minggu, tikus-tikus diuji lagi sekali untuk menguji memori mereka pada jalan maze. Hasil dari kajian ini menunjukkan, tikus kumpulan kedua yang diberi diet tinggi fruktosa dan tambahan asid lemak Omega-3 lebih cepat menyelesaikan perjalanan maze.
Berbeza dengan kumpulan satu yang tidak diberi asid lemak Omega-3, tikus ini lebih lambat dan sangat keliru dengan tanda visual pada maze.
Hal ini kerana, rintangan insulin(hormon yang digunakan untuk mengawal kadar gula dalam darah) yang disebabkan oleh aliran fruktosa yang berterusan mungkin telah mengubah cara sel otak menggunakan dan menyimpan gula dan menggunakannya sebagai tenaga yang diperlukan untuk memproses pemikiran dan emosi. (Gula adalah satu-satunya bahan bakar yang sel-sel otak tahu bagaimana untuk menggunakannya.) Sel-sel otak tidak dapat berkerja dengan baik sekiranya ia terdedah pada kadar hormon insulin yang tinggi.
Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan gula boleh menurunkan IQ otak anda. Pengkaji percaya bahawa Omega-3 dapat melindungi otak manusia dari kerosakan. Malah ia membantu sel-sel pada otak untuk terus berhubung dengan baik. Mereka turut menyarankan supaya Omega-3 diambil setiap hari dengan kadar 1 gram.
Baca juga :
Mengapa badan manusia memerlukan Omega-3?
capsule minyak ikan | sumber gambar : Google Image
Asid lemak Omega-3 yang paling biasa dikenal sebagai DHA dan EPA. Untuk pengetahuna anda, badan manusia tidak boleh menghasilkan Omega-3. Ia dihasilkan daripada diet seharian pemakanan anda.
Lemak Asid Omega-3 memainkan peranan penting dalam fungsi dan perkembangan otak. Selain dapat menurunkan trigliserida (lemak yang dihasilkan dari hati) dan komponen kolesterol. Kekurangan Omega-3 turut dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan, seperti arthritis, penyakit kardiovaskular dan gangguan mood.
Asid lemak Omega-3 secara umumnya adalah selamat diambil, bagaimanapun kuantiti yang terlalu banyak boleh meningkatkan risiko lain seperti pendarahan dan menekan sistem imun anda. Anda harus mengelak daripada mengambil dos yang lebih besar . Disarankan untuk anda berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sebelum mengambil Omega-3.
Dimana anda boleh mendapatkan Omega-3?
Hampir keseluruhan ‘Drug Store’ seperti watsons, Guardian dan farmasi-farmasi yang menjualkan Omega-3.
Rujukan : wikipedia