Tahukah anda. Hampir 0.5 juta rakyat Malaysia telah mengalami masalah kesihatan mental. Statistik ini yang dijalankan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada tahun 2019, merangkumi 2.3% daripada rakyat negara ini yang mengalami masalah mental adalah berumur 16 tahun ke atas. Malah, kehadiran penyakit covid-19 turut membantu dalam meningkatkan statistik kajian tersebut. Menyebabkan kebanyakan individu terkesan dengan masalah emosi seperti, isolasi, ketakutan, kebimbangan, ketidakpastian dan tekanan perasaan akibat perubahan norma baharu kehidupan. Punca lain yang menyebabkan pandemik covid-19 memberi kesan kepada kesihatan mental Malaysia ialah, Perintah Kawalan pergerakan (PKP). Dimata rata-rata rakyat Malaysia kehilangan punca pendapatan, perubahan suasana kerja, serta risau dengan kesihatan diri dan keluarga.

Baca berita penuh di : http://www.hmetro.com.my/utama/2020/10

Pengenalan kepada penyakit mental

Penyakit Mental, atau nama lainnya Kecelaruan Mental, boleh memberi kesan kepada sesiapa sahaja. Penyakit ini melibatkan perubahan dalam emosi, pemikiran dan tingkah laku (atau gabungan antaranya) yang sering
mengakibatkan kesukaran untuk menampung rutin dan tekanan harian. Statistik kajian daripada Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi 2015 menunjukkan 4.2 juta individu berumur 16 tahun ke atas (29.2 peratus) menghadapi masalah kesihatan mental.

Lebih daripada 200 jenis penyakit mental telah dikesan antaranya Kecelaruan Defisit-Perhatian/Hiperaktif, Kecelaruan Pemakanan & Personaliti, serta Penyalahgunaan bahan yang menyebabkan kemurungan dan Kecelaruan Jiwa yang Lain. Kecelaruan yang selalu dikesan termasuklah Keresahan, Kemurungan, Kecelaruan Bipolar dan
Skizofrenia.

Masalah kesihatan mental
sumber : google image
Penyebab kepada penyakit mental
Masalah kesihatan mental
sumber : google image. Antara faktor yang menyebabkakn masalah mental.

Masalah laluan sel saraf pada sesetengah bahagian otak juga turut terkait dengan masalah mental. Selain itu, faktor alam sekitar dan psikologi seperti pengabaian, kematian dan penceraian yang memberi tekanan, dan penggunaan bahan terlarang turut menjadi punca kepada masalah ini. Jumlah dan tempoh tekanan yang panjang serta tidak dirawat maalh boleh menyebabkan mental tertekan sekaligus melibatkan kematian/bunuh diri.

Antara tanda dan gejala tekanan mental.

Anda boleh baca dan memahami tanda gejala di bawah. Jika anda merasa anda mengalami salah satu sintom tersebut, perlulah anda mengambil tindakan selanjutnye.

  • Rasa yang tidak berdaya dan menyerah: Merasa semua perkara semakin teruk dan tiadadaya untuk memperbaiki keadaan tersebut.
  • Hilang minat dalam aktiviti harian: Hobi dan aktiviti sosial tidak dipedulikan. Rasa gembira dan seronok keseluruhannya telah hilang.
  • Berubah selera makanatau berat badan: Berat badan yang meningkat atau menyusut secara drastik -perubahan lebih daripada 5% daripada berat badan dalam masa sebulan
  • Mengalami insomnia: Sukar untuk tidur pada waktu malam, dan sentiasa bangun lewat siang.
  • Kemarahan atau keresahan: Rasa resah dan gelisah atau bahkan panas baran.
  • Lesu: Rasa lemah, malas,dan tidak bermaya. Seluruh badan mungkin terasa berat, tugasan kecil juga memenatkan atau mengambil masa lterlalu lama untuk diselesaikan.
  • Benci kepada diri sendiri: Merasaan diri tidak berharga atau rasa bersalah. Sentiasa mengkritik diri dengan teruk terhadap sesuatu kesilapan dan kesalahan.
  • Sentiasa bertindak melulu: Membuat sesuatu perkara tanpa berfikir kesan dan akibat serta bahaya yang mungkin dialami.
  • Hilang konsentrasi: Sukar untuk fokus, mengingati sesuatu, atau membuat keputusan.
  • Ketidakselesaan atau kesakitan yang sukar dijelaskan: Datang penyakit-penyakit seperti sakit kepala, sakit belakang, sakit otot, dan sakit perut.

Bagaimana anda perlu bertindak jika mempunyai sintom tersebut?

Pertama sekali anda haruslah mempunyai pengetahuan tentang penyakit ini untuk anda menilai tahap kesihatan anda. Jika anda merasa mempunyai salah satu daripada sintom tersebut, segerakanlah untuk mendapatkan bantuan. Sekurang-kurangnye, dengan mencari bantuan professional dapat membantu anda mengawal semula rutin kehidupan anda. Sentiasa lah beringat bahawa penyakit mental boleh dirawat.

Rujukan : http://www.myhealthmylife.com.my

Anda juga berminat : Gigi kuning sebenarnya lebih kuat dari gigi putih?

Anda juga berminat : Berjaya permohonan dengan Google Adsense

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like