Cara beli simkad unifi mobile prepaid..| Untuk membeli simkad unifi mobile BEBAS prepaid, anda boleh memilih untuk samaada mahu membeli nombor baru atau mengekalkan nombor lama.
Baca juga :
Membeli simkad unifi baru dengan mengekalkan nombor lama bermaksud anda akan terminate nombor pada network yang lama dan register nombor tersebut bersama Unifi.
Didalam artikel ini Admin akan tunjukkan step by step bagaimana anda boleh membeli simkad Unifi mobile #BEBAS prepaid.
Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama
1. Download applikasi unifi@mobile di apple store atau google play.
Untuk mendapatkan applikasi ini, buka applikasi Google Play anda dan type ‘unifi@mobile’. Atau terus tekan butang dibawah untuk ke playstore.
2. Selepas download applikasi, buka apps unifi@mobile, dan tekan pada butang “I want to get a sim”
3. Tekan pada kotak “i have read and agreed to unifi’s term and conditions”. Seterusnya tekan butang next.
Baca juga : Promosi dan plan Unifi mobile terbaru 2022 : postpaid dan prepaid
4. Masukkan kewarganegaraan anda (Malaysia) dan jenis ID anda (myKAD). Seterusnya tekan next.
Baca juga : Kebaikan dan kelemahan unifi mobile plan yang perlu anda tahu
5. Anda akan diminta untuk mengambil gambar IC bahagian hadapan, bahagian belakang dan gambar selfie wajah anda untuk disahkan IC anda.
6. Applikasi akan loading sekejap untuk membuat pengesahan. Jika didalam kes admin, 3 kali gagal dalam pengesahan dan disuruh ambil gambar selfie. Yang ke 4 baru berjaya.
*Senyuman yang sama juga sangat penting untuk pengesahan ini. Seperti IC admin senyum nampak gigi, jadi gambar selfie pun perlu senyum nampak gigi.
Selepas berjaya, ruang nama, address dan maklumat lain akan automatik keluar. Seterusnya tekan next.
7. Halaman seterusnya, anda akan diminta untuk melengkapkan alamat surat menyurat, gender dan Nombor telefon anda. selepas selesai tekan next.
8. Tekan pada butang “Tap to select number” untuk memilih nombor yang anda inginkan.
Selepas anda tekan butang diatas, satu butang yang menunjukkan “use my existing number”
Selepas selesai hanya tekan butang next.
9. Seterusnya, anda akan diberi 6 digit number pada nombor yang ada ingin tukar untuk pengesahan.
Masukkan nombor tersebut dan ikuti langkah seterusnya.
10. Anda akan diberi 2 pilihan samaada mahu self pickup atau delivery.
Jika anda memilih untuk self pickup, anda perlu memilih TM point yang berdekatan dengan anda.
Jika mahu delivery, anda akan dicas RM10 untuk delivery. (Admin menggunakan khidmat delivery sahaja, 3 hari dah sampai)
10. Seterusnya anda akan diminta untuk mengesahkan detail order anda.
11. Buat pembayaran anda dengan menggunakan methode yang disediakan. Harga bayaran seperti didalam gambar nombor 10 adalah termasuk tax dan penghantaran.
Tunggu sehingga simkad anda sampai untuk langkah seterusnya
Baca disini : cara deactivate network lama dan aktifkan nombor lama dengan unifi
Lihat disini semua artikel tentang unifi.
Laman rasmi : unifi.com.my