Review beprosalic ointment : Dermatitis pada kulit membawa maksud proses keradangan yang berlaku pada kulit. Gejala dermatitis pada kulit boleh dilihat apabila kulit meradang, gatal, kemerahan, melepuh, berkerak dan mengeluarkan gelembung cecair dari dalam kulit.

kulit gatal dan berair
Dermatitis pada kulit cikna

Gambar diatas menunjukkan kesan kulit dermatitis yang disebabkan oleh alahan pada sesuatu makanan. (Selepas consult dengan ahli farmasi).

Antara lain penyebab kulit dermatitis ialah, faktor genetik, sistem imunisasi tubuh yang lemah, kesan alergi pada makanan, udara atau produk-produk lain dan alergi pada habuk yang terkena pada kulit.

7 jenis dermatitis yang berlaku pada kulit dengan gejala yang berbeza

  1. Dermatitis atopik : Berlaku kerana kerosakan pada lapisan pelindung kulit. Gejala yang ditunjukkan ialah keradangan kulit, kemerahan, kering, bergelombang, dan gatal.
  2. Dermatitis kontak : Kesan daripada alergi pada sesuatu. Gejalan yang ditunjukkan ialah kulit yang ruam, meradang, atau kemerahan saat bersentuhan dengan penyebab alergi.
  3. Dermatitis dyshidrotic : dermatitis ini sering terjadi di tepi jari tangan, telapak tangan, jari kaki, dan telapak kaki. Gejala yang ditunjukkan ialah lepuhnya terasa menyakitkan, nyeri dan rasa gatal.
  4. Neurodermatitis : Dermatitis jenis ini disebabkan berlakunya iritasi pada hujung saraf kulit.
  5. Dermatitis numular : Gejala dermatitis ini ditunjukkan dengan kemunculan bintik-bintik melingkar, gatal, atau luka terbuka pada kulit.
  6. Dermatitis seboroik : Kebiasaannya akan muncul di kulit kepala, belakang telinga, atau bagian tubuh lainnya. Gejala yang ditunjukkan berupa kulit merah, kering, bersisik, gatal di kulit kepala dan bahagian tubuh lainnya.
  7. Dermatitis statis : dermatitis jenis ini muncul berlaku jika aliran darah di pembuluh darah tersumbat. Gejala yang sering ditunjukkan ialah pergelangan kaki bengkak, kulit bersisik, gatal, nyeri, dan ada luka terbuka.
Menggunakan beprosalic ointment untuk merawat kulit dermatitis

Betamethasone + Salicylic Acid Ointment adalah antara bahan yang terkandung didalam produk beprosalic ointment. Ia digunakan untuk merawat keadaan kulit kering dan bersisik. Betamethasone adalah kortikosteroid yang membantu mengurangkan bengkak, gatal dan kemerahan. Asid salisilik tergolong dalam kelas ubat seperti aspirin yang disebut salisilat.

beprosalic ointment penggunaan
Beporsalic ointment untuk merawat penyakit kulit yang disebabkan oleh alergi

Cara untuk menggunakannya ialah dengan sapu pada kulit yang terkesan sebanyak dua kali sehari. Anda perlu urut pada kulit dengan lembut untuk 30 saat untuk memastikan ointment ini meresap dalam kulit yang terjangkit.

Penggunaan maksimum adalah 60g selama satu minggu. Bagi kanan-kanan pula tidak boleh disapu setiap hari melebihi 5 hari.

Untuk satu tube kecil beprosalin ointment mempunyai berat 15g. Anda boleh dapatkan difarmasi yang berhampiran dengan harga MR12.00 per tube sahaja.

Review kesan penggunaan beprosalic ointment untuk merawat kulit dermatitis

Menggunakan Beprosalic ointment pada dermatitis dikaki cikna menunjukkan hasil yang baik. Kulit menjadi semakin sihat. Dalam masa dua hari penggunaan beprosalic ointment, menunjukkan result yang positif.

Tetapi apa yang cikna perasan, Jika kulit kaki sudah baik, dan cikna tersalah makan pada sesuatu yang menyebabkan alergi, dermatitis pada kulit ditempat yang sama akan terulang kesan nya.

Jadi, cikna akan selalu standby beprosalic ointment untuk merawat masaalah kulit ini. Anda juga boleh mencuba menggunakan produk ini atau dapatkan dahulu nasihat daripada doktor atau pakar farmasi.

Caring Pharmacy Malaysia online store

Mesti anda pernah dengar kan dengan Caring Pharmacy. Caring Pharmacy mempunyai office utama yang terletak di Petaling Jaya dengan 13 outlet lain diseluruh Malaysia.

Jadi, jika anda tidak mahu susah-susah untuk keluar untuk ke farmasi, anda boleh lawat estore.caring2u.com yang merupakan kedai official Caring Pharmacy untuk anda beli secara atas talian.

Antara kelebihan lain di Caring Pharmacy Malaysia online store ialah :

  • Memberi perkhidmatan farmasi sepenuh masa 12 jam sehari, 7 hari seminggu.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling ahli farmasi yang mudah diakses, pemeriksaan tekanan darah percuma dan pemeriksaan kesihatan lain dengan bayaran minimum. Merancang kedai dengan konsep terbuka dan moden untuk memaksimumkan interaksi dengan pelanggan dan barang dagangan

Baca juga :

sumber maklumat : https://health.kompas.com/read/2021/05/21/180100668/kenali-apa-itu-dermatitis-jenis-dan-penyebabnya, https://pillintrip.com/medicine/beprosalic, https://www.mims.com/malaysia/drug/info/beprosalic,

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like