Kucing merupakan salah satu binatang ternakan yang paling popular di Malaysia. Warna, sifat dan kemanjaannya selalu menambat hati para pencinta haiwan. Kucing yang merupakan binatang yang tiada akal pasti akan kencing dan berak merata. Tetapi tahukah anda, kucing juga boleh dilatih untuk berdisiplin dalam menetukan tempat pembuangannya. Berikut merupakan cara untuk elak kucing daripada kencing dan berak merata.

cara elak kucing daripada kencing dan berak merata
sumber : google image
Kucing dan Islam

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan),” [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa’i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah].

Peluh dan bekas sisa jilatan kucing adalah tidak najis. Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, baginda bersabda, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju ke bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sehinggalah kucing tersebut berhenti minum lalu (baginda) berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis.”

Nabi Muhamad SAW juga telah memberi kepada ABu Hurairah gelaran ‘bapa anak-anak kucing’ kerana sifat beliau yang sangat menyayangi kucing.

Cara elak kucing daripada kencing dan berak merata
1. Menggunakan campuran wangian baju, cuka dan air

Didalam satu perkongsian seorang wanita didalam facebook nya yang bernama Ella Ahmad, dia telah menggunakan tiga campuran bahan diatas untuk mengelak daripada kucing kencing dan berak merata didalam rumahnya.

Caranya ialah dengan menyediakan satu botol penyembur. Tambah kan sehingga hampir penuh botol. Seterusnya, tambahkan 7-10 titik cuka dan satu penutup pewangi pakaian (Saya paling gemar dengan wangian Downy).

Seterusnya anda hanya perlu semburkan pada tempat-tempat yang menjadi favourite kucing anda kencing dan berak. Selamat mencuba!

2. Semburan produk berasaskan serai

Salah satu bau yang tidak digemari kucing adalah bau serai. Anda hanya perlu ketuk-ketuk perut serai dan letakkan ditempat yang kucing anda selalu kencing atau berak.

Tetapi sekarang sudah terdapat banyak produk yang menggunakan asas serai. Produk serai wangian ini bukan sahaja dapat membantu anda dalam mengatasi masalah kucing berak dan kencing merata. Malah masalah serangga perosak seperti tikus, lipas, lalat turut diselesaikan. Baunya yang harum juga tidak menjadi masaalah untuk anda sembur didalam rumah.

Penghalau serangga wangian serai daripada Mr DIY. anda boleh lihat di shopee.com atau klik pada gambar
cara elak kucing daripada kencing dan berak merata
Semburan serai wangi daripada swipel : lihat produk di shopee.com atau klik pada gambar
Kiub serai wangi daripada AFY Hanif : lihat di shopee.com atau klik pada gambar
3. Didik kucing anda menggunakan tandasnya

Anda perlu menyediakan peralatan tandas kucing anda seperti pasir kucing dan bekas pasir. Anda boleh lihat di petswonderland.com.

Petswonderland yang mempunyai 20 cawangan seluruh Malasia, nama yang jelas dalam sejarah peruncitan haiwan kesayangan di Malaysia, telah memantapkan dirinya sebagai salah satu kedai runcit haiwan peliharaan terbesar dan komprehensif di Lembah Klang sejak tahun 2001.

Pelbagai design bekas pasir kucing dan jenis pasir kucing anda boleh dapati di petswonderland.com.

Antara tips untuk mengajar kucing anda menggunakan tandas pasir adalah :

  • Membersihkan bekas-bekas tempat kucing anda biasa berak/kencing. Seperti menggunakan cara diatas, kucing anda akan mencari tempat lain untuk membuang.
  • Ketika inilah anda perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk tandas kucing anda.
  • Jika terlihat kucing anda hampir nak membuang, angkat dan letakkan dalam tandas pasir.
  • Tempat tandas kucing anda hendak tidak terlalu terbuka. Ini kerana kucing lebih suka membuang pada tempat yang terpencil.
  • Jangan anda tidak tahu yang kucing sebenarnya haiwan yang pembersih. Jadi anda perlu kerap membersihkan dan mengganti pasir tandas untuk mengelak kucing anda daripada mencari tempat lain untuk membuang.
  • Anda juga mencuba cara mengurung anda didalam tandas yang ada tandas pasir selama tiga hari untuk memberi kebiasaan kepada kucing. Pastikan anda meneydiakan makanan juga.

Anda mencari makanan kucing terbaik? Di lazada.com ada kedai yang menjual pelbagai makan terbaik untuk haiwan kesayangan anda. Iaitu Whiskas and Pedigree Official Store. Antara makanan kucing yang popular pilihan pengguna di Whiskas and Pedigree Official Store ialah :

JenisRating (star)Platform (lihat disini)
WHISKAS Pouch Multipack Mackerel Ocean Fish Mackerel & Salmon 85gm x 2 Wet Food (24 Packs) Wet Food Cat Food dengan481Lazada.com
WHISKAS OceanFish 7kg Dry food (1+ Tahun) Cat Food110Lazada.com
WHISKAS Dry Cat Food Junior Ocean Fish 1.1kg Cat Dry Food182Lazada.com
SHEBA Pouch Tuna Salmon 70gm x 6 pouches Cat Food103Lazada.com
WHISKAS Junior Ocean Fish 1.1kgx3 Dry Food Cat Food170Lazada.com
WHISKAS Pouch Multipack Cat Food Adult 1+ Ocean Fish, Tuna, Tuna & Whitefish 85gmx 12 Cat Wet Food264Lazada.com

Baca juga :

Rujukan : https://ms.wikipedia.org/wiki/Kucing, https://www.keluarga.my/wanita-ni-kongsi-petua-guna-3-bahan-ni-bantu-elak-kucing-kencing-berak-merata-tempat-di-rumah-1/, https://themamamiaow.com/elakkan-kucing-kencing-dan-membuang-najis-merata-tempat-dengan-tips-ini/, https://siakapkeli.my/2019/02/27/tips-cara-mudah-bagaimana-nak-ajar-kucing-anda-buang-najis-di-tandas/,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like