Blogging

Dari 0 ke 1000 Pageview Blog Sehari: 5 Tips Yang Boleh Anda Cuba Sekarang!

Berjaya dapat trafik blog 1000 pageview sehari dengan 5 tips berikut | Mendapat trafik blog yang konsisten dan tinggi ke blog adalah impian setiap blogger. Namun, ramai yang masih sukar untuk mencapai jumlah pageview yang memuaskan, apatah lagi untuk sampai kepada 1000 pageview sehari.

Jangan risau, kerana dalam artikel ini, kami akan kongsikan 5 tips yang telah membantu kami untuk mencapai 1000 pageview sehari. Apa yang penting, tips ini mudah untuk diikuti dan boleh anda cuba sekarang juga!

1000 pageview sehari

Contoh gambar trafik dalam masa sehari | blog 1000 pageview sehari

Tips trafik blog 1000 pageview sehari

1. Buat content yang evergreen dan viral dalam satu-satu masa

Evergreen ni macam mane?? Dulu kami pon keliru tentqng content evergreen ni macam mana. Tetapi setelah belajwr sendiri daripada Google baru kami faham.

Evergreen content tu ialah content yang sentiasa fresh, sentiasa dicari pengguna walaupon dalam jangka masa yang panjang.

Contoh dia macam topik kesihatan, topik tentang pokok, bandar dab bermacam lagi. Benda ni tak lekok, akan sentiasa dicari orang.

Yang bukan evergreen tu macam mana?? Contoh bukan evegreen macam berita-berita semasa, benda-benda yang viral sekejap lepas tu orang dah lupakan.

Macam mana pulak dapat content yang sedang viral dan evergreen??

Kalau macam ni, biasa kami akan cari tengok-tengok dalam facebook tentang perkara-perkara yang biasa orang cari.

Contoh macam posting ini 👉🏻 Telur padi tu apa, Berasal dari mana. Masa ini terjumpa la kisah tentang telur padi ni. Ramai sangat yang share dan komen.

So, disebabkan tak tahu pon tentang kewujudan telur padi tu, kami Google untuk mencari jawapan sendiri dan kongsikan dalam artikel macam dekat atas tu.

Apa kesan dia?? post tersebut mampu mencapai 10-20 view sehari. Kerana artikel seperti ini ini sentiasa orang share dan viralkan dalam facebook sekaligus pengguna akan turut mengkaji melalui Google.

2. jaga seo (search engine optimization)

Kalau yang dah biasa dengan blogging mungkin dah biasa dengan SEO2 ni. Tetapi macam blog yang baru nak membangun ini, untuk mencapai SEO mungkin agak sukar.

Mari kami kongsikan sedikit pengetahuan tentang SEO ini. Untuk faham lehih lanjut, terdapat banyak blog dan artikel yang hanya mengfokus tentang SEO sahaja. Kerana, SEO ni sangat-sangat penting untuk sesebuh blog mendapat view yang tinggi.

5 point utama untuk SEO :

  1. Untuk SEO yang baik, panjang text anda mestilah melebihi 300 patah perkataan. Kalau dapat lebih sampai 1000 tu, tu lagi baikkan, yang penting jangan sampai merapu-rapu sangat.
  2. Internal link. Internal ni anda perlu masukkan dalam artikel anda melalui link daripada artikel yang lain. Lagi baik masukkan link dengan artikel yang ada kaitan dengan apa yang pengguna sedang baca Contohnya macam ni : Baca juga : Pertama kali berjaya keluar duit daripada Google Adsense!
  3. External link. Link ni anda boleh masukkan sebagai reference artikel. Contoh seperti yang anda boleh lihat dekat bawah sekali dalam artikel ini
  4. Gambar. Gambar memang wajip untuk dimasukkn dalam setiap artikel. sekurang-kurangnya satu gambar untuk sqtu artikel. Biasanya kalau gambar ni, anda perlumasukkan sumber dia kalau ambil daripada sumber yang lain. Seperti Google, Pinteres dan lain-lain.
  5. Focus keyprhase. Macam mana nak cari keyword ni? Nanti anda baca pada point nombor 3. Berapa banyak keyword perlu ada dalam satu artikel? Itu bergantung kepada bilangan patah perkataan sesebuah artikel. Biasa standard 300 patah perkataan hanya memerlukan 2 kali ulangan keyword. Jika 600 atau lebih memerlukan keyword diulang sehingga 3 atau 4 kali.

3. Cari keyword paling top dan teratas

Keyword yang paling top dalam carian Google adalah sangat penting kalau anda mahu artikel anda menjadi top 10 artikel yang teratas.

Kalau cara kami nak cari keyword mudah je. Anda boleh rujuk pilihan dibawah :

  1. Google search. Cara dia mudah sahaja, anda hanya perlu taip dalam colume Google, kemudian Google akan bagi suggestion keywords mana yang paling banyak pengguna lain buat carian. Keyword yang itulah anda boleh guna untuk diselitkan dalam artikel.
  2. Google trend. Google trend merupakan tempat yang Google sediakan untuk anda mencari perkara yang sedang trending pada satu-satu masa. Anda boleh masuk dalam ni 👉🏻👉🏻 https://trends.google.com/trends. Hanya perlu taip keyword apa yang sedang dibuat, kemudian hanya tekan butang seacrh. Nanti dia akan keluar yang paling trending ketika itu.

4. backlink

Backlink ialah link daripada website atau platform lain yang ada letak link daripada blog anda.

Backlink yang baik dan sihat biasanya akan sangat membantu menaikkan rating blog anda dalam Google trending. Contoh backlink yang anda boleh buat ialah dekat social-social media ke, masukkan sahaja link homepage dalam profile korang.

Selain tu, anda boleh juga tinggalkan komen dalam mana-mana artikel yang berkaitan dengan artikel anda sambil tu masukkan link untuk promosi artikel anda.

Satu mistake yang kami pernah buat berkaitan dengan backlink ni sehingga memberi kesan kesan Google adsense. Ketika itu kami meletakkan link pada bahagian komen dilaman facebook dengan sangat banyak. Mungkin Google menganggap itu adalah backlink dan spam, sehingga Google adsense memberi amaran. Jadi, pastikan anda tidak membuat kesilapan yang sama ya!

5. share! share! share! dan share!!

Berkongsi pada laman media pada setiap artikel anda akan dikira sebagai backlink. Biasanya facebook paling banyak pengguna kalau anda mahi share artikel ini.

Tidak susah, hanya perlu tekan copylink terus paste kedalam facebook kemudian tinggalkan sahaja.

Berkongsi artikel anda dalam social media ni dapat bantu artikel tersebut menjadi trend ye.

Selain facebook, pinterest dan twitter pon boleh dapat banyak traffic ke arah blog anda.

kesimpulan

Secara kesimpulannya, bagi kami terdapat 5 point penting untuk korang naikkan pageview 1000 sehari iaitu :

  1. Buat artikel yang evergreen dan viral dalam satu-satu masa
  2. Jaga seo (search engine optimization)
  3. Cari keyword paling top dan teratas
  4. Backlink
  5. Share! share! share! dan share!!

Dengan menggabungkan kelima-lima tips ini, anda boleh meningkatkan peluang untuk mendapat 1000 pageview dalam sehari dengan lebih konsisten.

Ingat, kejayaan dalam dunia blogging tidak berlaku dalam sekelip mata, tetapi dengan usaha yang berterusan dan strategi yang betul, hasil yang memuaskan pasti akan tercapai. Anda hanya perlu implementasikan tips ini dan lihat bagaimana trafik blog anda meningkat!

Baca juga : Pendapatan Google Adsense selepas 6 bulan blogger pemula

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like