Alhamdulilllah, raya tahun 2021 bakal menjelang lagi. Rata-rata muslim pasti sudah teruja untuk menyambut raya. Carian google juga menunjukkan banyak nya orang yang mencari cara solat sunat aidilfitri ni.

Cara solat sunat aidilfitri
Sumber : Google image

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya.

Perkara sunat yang perlu dilakukan sebelum mengerjakan solat sunat aidilfitri
1. Melewatkan sedikit

Apakah hikmah melewatkan solat sunat aidilfitri? Ini untuk memberi peluang kepada mereka yang belum membayar zakar menunaikan kewajipan mereka.

2. Bersunat untuk makan dahulu sebelum kemasjid

Lebih afdhal jika mengambil tamar dengan bilangan ganjil. Jika anda tidak sempat makan di rumah, maka makanlah di jalanan, musolla dan sebagainya. Ia dapat membezakan antara Aidilfitri dengan hari sebelumnya iaitu puasa. 

“Nabi Sollallahualaihiwasallam tidak keluar pada Aidilfitri sehinggalah Baginda memakan beberapa tamar, Baginda memakannya dengan bilangan ganjil.”

(Riwayat Bukhari)
3. Disunatkan mandi dan membersihkan diri

Mandi sunat ini hendak lah dimulai dengan niat mandi sunat hari raya. Hari Raya merupakan hari berhimpunnya manusia untuk melakukan solat sunat hari raya. Mana-mana waktu atau tempat yang berlakunya perhimpunan manusia, maka disunatkan mandi. Bahkan disunatkan mandi kepada semua, sama ada yang ingin menghadiri solat Hari Raya ataupun tidak kerana mandi ini bertujuan untuk menzahirkan kecantikan. Disunatkan membersihkan diri dengan mencukur buku-bulu pada tubuh, memotong kuku, menghilangkan bau-bau yang tidak menyenangkan dari badan dan pakaian dan memakai wangi-wangian.

4. Disunatkan untuk memakai pakaian yang paling baik

Pakaian yang terbaik itu tidak semestinya yang mahal dan berkualiti tinggi. Cukup sekadar yang menyenangkan anda dan mengikut kemampuan diri. Carilah pakaian yang bersih dan cantik serta sopan. Perkara ini adalah untuk menzahirkan kenikmatan yang Allah kurniakan.

Tetapi pakaian yang afdhal adalah berwarna putih dan cantik.

Baca juga : Mencari baju muslimah dan baju raya di shopee ??

5. Disunatkan membawa anak-anak kecil yang sudah mumayyiz

Bagi anak-anak yang sudah baligh, ibu bapa digalakkan untuk membawa sekali anak-anak anda untuk solat hari raya bersama-sama dimasjid. Anda perlu mengingatkan anak-anak anda supaya menjaga adab dan perlakuan ketika dimasjid.

6. Digalakkan menggunakan jalan yang berlainan untuk pergi dan balik dari masjid

Hikmahnya supaya bertemu dengan ramai orang. Selain itu, memandangkan seseorang bukan selalu balik ke kampung, bolehlah melihat keadaan kampung. Barangkali rupa pun sudah berubah. Berkenal-kenalanlah kalau berselisih dengan orang. Tengok-tengoklah jalan kampung yang semak dengan lalang atau jalan berlubang, jambatan patah dan lain-lain. Hulurkanlah sedekah masuk ke dalam tabung masjid.

PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDILFITRI

Solat hari raya Aidilfitri dua rakaat hukumnya sunat, segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua, disertakan dengan bertasbih di antara tiap-tiap takbir.

1. Lafaz niat

أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Usalli sunnatan liAidil Fitri rak’ataini makmuman lillahi ta’ala.

Ertinya:Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Lafaz tasbih

[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر]

CARA MENUNAIKANNYA

Rakaat Pertama

1. Di mulai dengan lafaz takbirratul ihram dengan menyebut Allahu Akbar disertakan dengan niat di dalam hati.

Ertinya:Sahaja aku sembahyang sunat Hari Raya Aidil Fitri dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala.

2. Membaca doa iftitah

3. Lafaz takbir tujuh kali diselangselikan dengan bacaan tasbih

(setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar[ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )

4. Membaca surah al-Fatihah

5. Membaca surah al-Quran (di sunatkan membaca surah al-A’laa)

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama

Rakaat kedua

1. Di mulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua)

2. Lafaz takbir lima kali di selangselikan dengan bacaan tasbih

(setiap kali takbir diikuti dengan bacaan subhanallah, walhamdulillah, wa la ilaha illallah, wallahu akbar [ سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُُ وَاللهُ أَكْبَر] )

3. Membaca surah al-Fatihah4. Membaca surah al-Quran (di sunatkan dalam rakaat kedua membaca surah al-Ghaasyiyah)

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua

6. Memberi salam

KHUTBAH IDULFITRI

Khutbah Idulfitri sama dengan khutbah Jumaat dari segi rukunnya. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.

Rujukan : Wikipedia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Baca juga : Tahukah anda? Nikmat paling besar kurniaan Allah?

Cara solat sunat aidilfitri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like