Nikmat Allah..|

Tahukah anda?

Pemuda Al kahfi yg ada 7 orang telah tidur selama 309 tahun. Bersama mereka ada seekor anjing. Surah Al-kahf ayat 17.

Tahukah anda?

Allah membolak balikan badan mereka supaya tidak berkulat. Allah hentikan segala mcm bulu yang tumbuh di tubuh mereka. Allah kukuhkan pakai mereka supaya tidak reput.

Tahukah anda?

Nabi Uzair tidur selama 100 tahun. Bersama beliau terdapat seekor keldai. Keldai yg tulang pon da hncur jd debu. (selepas 100 tahun) Maha suci Allah, Allah tunjuk debu jd tulang di balut daging dan bulu. Kemudian Bercantum semula menjadi keldai.

Tahukah anda?

Amalan yang di lakukan oleh Bilal bin Rabah sehingga kedengaran tapak kaki beliau di dalam syurga adalah solat sunat dan wuduk.

Tahukah anda?

Malam sebelum isra’ mikraj dada Rasulullah saw di belah untuk kali ke dua. Kali pertama ketika berusia 5 tahun. Kemudian hati baginda saw di basuh dengan air zam zam.

Tahukah anda?

Perihal burraq ialah berwarna putih lebih kecil dari kuda dan lebih besar dari keldai. Kelajuan sejauh mata memandang.

Tahukah anda?

Bila sampai di masjid Aqsa, Rasulullah saw solat dua rakaat dan baginda saw menjadi imam kepada para nabi. Sesuai dengan pangkat beliau iaitu penghulu segala nabi dan rasul.

Tahukah anda?

Selesai solat Rasulullah di datangi 2 bekas. 1 berisi susu dan 1 berisi arak. Rasulullah memilih susu.

Tahukah anda?

Rasulullah saw dan jibril AS menaiki langit yang pada nya belum ada manusia selain nabi pernah sampai.

Jibril memberi salam lalu di jawab malaikat penjaga langit dan bertanya “siapa engkau”. Kemudian jibril menjawab “aku jibril”. Kemudian di tanya lagi “siapa bersama engkau dan adakah dia telah di utuskan?” Jibril menjawab “Dia Muhammad dan dia telah di utuskan” (berlaku pada setiap pintu langit)

Tahukah anda?
  • Di langit pertama ada nabi adam as.
  • Di langit kedua ada nabi isa as dan nabi yahya as.
  • Di langit ketiga ada nabi yusuf as.
  • Di langit keempat ada nabi idris as.
  • Di langit kelima ada nabi harun as.
  • Di langit keenam ada nabi musa as.
  • Di langit ketujuh ada nabi ibrahim as dan juga baitul makmur.
  • Di atas langit ketujuh syurga dan sidratul muntaha.
  • Di atas syurga ada air.
  • Di atas air ada arasyh. Di atas arasyh ada kursi. Di kanan arasyh ada lauh mahfuz.
  • Semua nabi mengucapkan salam Selamat datang nabi yg soleh dan rasul yg soleh. Kecuali nabi adam mengucapkan anak yg soleh dan rasul yg soleh.
Tahukah anda?

Ketika Rasulullah saw smpi di lngit ke 7, Beliau mendapati lelaki yg muka nya sama seperti baginda sedang dduk bersandar manakala malaikat yg lain sedang sibuk bertawaf. Rupa-rupanya amalan ibadah ini ketika dia hidup di alam dunia sahaja. Yang memakan msa 50 60 70 tahun bergntung kepada usia masing-masing. Kmudian tiada dah.

Tahukah anda?

Rasulullah pergi ke syurga dan dia dapati kebanyakan ahli syurga itu adalah dikalangan mereka yang miskin.

Tahukah anda?

Rasulullah saw melihat kebanyakan penghuni neraka adalah di kalangan wanita.

Tahukah anda?

Neraka ada 7 tingkat manakala syurga ada 8 tingkat.

Tahukah anda?

Selepas semua itu Rasulullah naik ke sidratul muntaha dan jibril menunjukan rupa sebenar beliau utk sekali lagi. Surah an najm ayat 13. Dan bila Rasulullah ingin mengmbil perintah solat. Berpisah lah dia dgn jibril. Jibril yg semulia mulia makhluk pon tidak dapat maju kedepan kerana takut kebinasaan. Hanya Rasulullah ke seorangan ketika itu.

Tahukah anda?

Umat islam semakin tidak mempercayai Rasulullah saw selepas peristiwa Isra’ mikraj. Tetapi Abu Bakar ra tetap membenarkan kata-kata Rasulullah saw.

Tahukah anda?

Ayat pertama surat nabi sulaiman kepada balqis ialah Bismillah’irahmannilrahim Surah al-naml ayat 30. Buatlah apa pon, Bismillah. Amik kunci, bismillah. Tekan alarm, bismillah. Bukak pntu, bismillah. Masuk kan kunci, bismillah. Duduk bismillah. Start enjin, bismillah. Masuk gear, bismillah. Kalian akan rasa kemanisan Basmallah tadi. Percayalah. Kalian tidak akan faham kemanisan gula itu sehingga kalian ambil gula tersebut dan letak di dalam mulut. Memang manis.

Tahukah anda?

Masa nak pindahkan istana balqis, ifrit boleh bawa istana itu sebelum nabi sulaiman bangun dari tempt duduknya. Surah al-naml ayat 39.

Tahukah anda?

Mulia nya manusia ini, ada yang boleh angkat istana itu dalam sekelip mata. Surah al-naml ayat 40. Mulia lagi kita ini dari jinn.

Tahukah anda?

Air di cicang tidak akan putus. Ketika laut merah di belah oleh nabi musa Ketinggian benteng laut itu setinggi gunung.

Tahukah anda?

Abu Jahal adalah manusia yang minta Rasulullah saw membelah bulan. Bila bulan terbelah kemudian bercantum. Dia herdik Rasulullah saw adalah bapak segala ilmu sihir. MasyaAllah. Makna kata ketika peristiwa itu ada musafir datang untuk berjumpa abu jahal, konon meraka akan jadi saksi. Esok nya bila mereka smpi mereka bercerita. Disitu dia mengherdik Rasulullah konon nya Rasulullah bukan saja boleh sihir dari dekat malah jauh pon boleh.

Tahukah anda?

Antara perkara yang paling menggembirakan Rasulullah saw ialah bila seseorang itu ingin memeluk islam.

Tahukah anda?

Abu Lahab adalah pakcik Rasulullah. Allah abadikan surah khas untuk dia. Surah al lahab..

Tahukah anda?

Surah al lahab tadi turun 6 bulan sebelum abu lahab mati. Makna kata confirm masuk neraka.

Tahukah anda?

Antara pakcik kesayangan Rasulullah ialah Abu Talib. walaupon tidak beriman dgn Rasulullah saw, dia tetap sokong dakwah Rasulullah saw.

Tahukah anda?

Abu Talib ni beriman dgn Allah, percaya neraka itu benar. Tetapi dia tolak Muhammad saw sebagai utusan. Ni nak kata hidayah milik Allah.

Tahukah anda?

Abu Talib mati dalam keadaan tidak beriman kepada Rasulullah saw dan Rasulullah saw bernekad akan terus mendoakan pakciknya. Kemudian turun ayat. “Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56)

Tahukah anda?

antara nikmat² besar Allah beri? Islam!Islam adalah nikmat terbesar. Sehingga orang terakhir yang keluar dari neraka itu ialah orang islam yang dalam hatinya ada “tiada tuhan selain Allah”

Tahukah anda bila kalian islam?

Bila mana mulut kalian menyebut shahadah dan di iring dengan solat serta beriman kepada rukun islam. Dah tu bila last kalian islam? Atau makna kata lain bila last korg solat? Solat ni Nabi ambil dari atas dari langit ke 7. Berasal dari 50 ssehingga memnjadi 5 rakaat. Mujur ada nabi Musa minta Rasulullah saw naik balik minta dikurangkan. Naik lagi minta kurang. Naik lagi minta kurang. Sampai Rasulullah saw malu tau x! “wahai Musa! Aku pun tahu malu dengan tuhan aku”

Tahukah anda tentang islam?

Korg terutama nya aku, hari ini dapat islam secara ‘percuma’ sbab tu aku tidak reti menghargai. Ambil remeh sbb bkan aku yg perjuangkan. Kemanisan tu tiada. Harap-harap kita bukan islam yang hanya di kad pengenalan.

Tahukah kalian tentang imam mahdi?

Imam mahdi atau nama sbenar beliau ialah Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah saw lelaki fasih berbahasa arab tampan akhlak baik mcm Rasulullah saw.

Tahukah anda imam mahdi ni?

Rasulullah saw pesan bila kamu mendengar imam mahdi sedang di lantik. Pergi dapat kan bai’ah dari beliau. Walau terpaksa merangkak dalam salji.

Kamu dan aku akan pergi tak?

Jap fikir dulu. Ada anak isteri, kereta, rumah tak habis bayar lagi. Sayang sgt ke kerja.. Ni aku lah ni.. Iman kulit bawang..

Tahukah anda kenapa ramai mengaku imam mahdi?

Dorg tidak akan mampu nak tiru Nabi Isa as sbb ketika nabi isa turun, Dia msih memegang sayap malaikat di tangan kiri dan kanan beliau.

Tahukah anda tentang nabi isa?

Antara manusia yang tidak di jadi kan dari air mani. Termasuk Nabi Adam dan Siti Hawa.

Tahukah anda tentang nabi isa?

Akan hidup 40 tahun berlandaskan syariat nabi Muhammad saw. Beruntung anak cucu kalian dapat jmpa Nabi. SubahanaAllah!Tetapi! Sebelum turun the last man standing ni. Dunia kena hadapi fitnah dajjal ni selama 40 hari.

1 hari bersamaan 1 tahun, 1 hari bersamaan 1 bulan, 1 hari bersamaan 1 minggu, Hari ke empat mcm biasa. Apa pon kalian jangan lupa solat.! Sbb solat adalah satu-satunya jambatan mendapat rahmat dan redha Allah.. Solat tidak turun wahyu, Rasulullah pi amik atas langit sana. Ingat ye solat! Baru berkat. Jangan smpi istidraj. Senang tapi tidak berkat. Sekadar renungan.

Kredit : Mohd Hasrul Hassan

Perkongsian dari posting facebook Sufyah’Aisyah Mu’min Syafyah’Aina Muhaymin 

Perkongsian diatas sangat memberi manfaat kepada diri saya dan semoga juga bermanfaat kepada diri anda. Jika ada kesilapan didalam perkongsian posting diatas, bolehlah ditegur dengan baik.

Baca juga :

Iklan :

Jom lihat dua promosi pizza hut yang paling banyak diorder dan menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Pelbagai promosi pizza yang menarik menanti anda. Jom usha-usha dulu disini pizzahut.com.my/doublebox

Nikmat Allah
pizzahut.com.my/doublebox atau klik pada gambar
pizzahut.com.my/hutmeals atau klik pada gambar

Nikmat Allah..| Nikmat Allah..| Nikmat Allah..| Nikmat Allah..| Nikmat Allah..| Nikmat Allah..|

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like