Cara tukar nombor telefon TAC RHB bank terbaru. Jika sebelum ini anda mahu tukar nombor TAC untuk bank RHB, hanya perlu tukar dimana-mana ATM RHB Bank. Tapi kini, anda tidak lagi boleh menukar nombor TAC untuk RHB online banking di ATM. Tetapi anda perlu ke kaunter untuk penukaran.
Jom saya kongsikan bagaimana untuk mmbuat penukaran nombor TAC untuk RHB online banking.

Document yang diperlukan sebelum ke kaunter RHB
Untuk menukar nombor telefon online banking RHB bank, anda tidak boleh ke kaunter dengan tangan kosong. Pengalaman saya yang tidak tahu proses dia dah lah datang kena beratur Sop. Sampai depan pintu dia suruh print sendiri pula dokumen yang diperlukan. Last-last giveup, balik rumah je. Kan dah penat tu nak kena tunggu-tunggu.
OK. Ini dia dokumen yang anda perlu bawa untuk menukar nombor telefon TAC korang.
- Ic. Bukan salinan ye. IC biru anda tu.
- Bil nombor telefon yang anda nak tukar tu. Atau
- E-statement yang korang boleh download dari mobile apps yang korang pakai.
Kalau macam saya hanya guna maxis prepaid, korang boleh download maxis/hotlink apps di play store.
Selepas dah register profile semua, anda boleh ekot step berikut untuk mendapatkan e-statemen anda.

Buka maxis / hotlink apps – – – > Pergi ke setting (seperti dalam bulatan gambar diatas – – – > tekan e-Statement – – – > pilih mana-mana bulan – – – > masukkan TAC yyang dia dah bagi kat nombor baru yang nak ditukar – – – > print kan.

Dari dalam e-statement ini, bank akan tengok nombor yang diregister atas nombor tersebut.
Kenapa perlu bawa bil/statement ini?
Sebab pihak bank nak memastikan yang nombor baru yang anda nak guna itu, adalalh atas nama anda sendiri.
Untuk menukar nombor TAC online banking, anda tidak boleh menggunakan nombor yang diregister atas nama orang lain ye.
Diharap artikel ini dapat memudahkkan kerja anda. Cara tukar nombor telefon TAC RHB.
Baca juga :
- 15 Jenama Baju Raya Paling Laris di Shopee 2025 – No. 3 paling ramai dah jangka!
- STR 2025: Cara Semak Kelayakan, jumlah mengikut kategori, tarikh bayaran & kemaskini maklumat anda
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- Cuti Sekolah? Ini 6 Tempat Menarik di Kuala Lumpur untuk Keluarga Anda!