Cara keluarkan duit ASB secara online : Kerajaan telah melakukan inisiatif terbaru sejak April 2020 dengan membolehkan pengeluaran unit ASB secara atas talian. Inisiatif ini bagi membantu pengguna lebih mudah dalam menghadapi detik-detik sukar ketika negara dilanda wabak covid-19.
Perkaitan portal online ASB
Terdapat banyak kelebihan dengan menggunakan sistem online ASB ini. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa, anda juga tidak perlu bersusah payah lagi hendak pergi jauh-jauh ke cawangan ASB semata-mata hendak berurusan tentang ASB.
- Pemegang unit kini boleh melaksanakan urus niaga jualan balik melalui portal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB. Jika sebelum ini anda perlu kebank atau pejabat pos untuk mengeluarkan wang anda, kini tak lagi. Semuanya mudah online ASB.
- myASNB telah memulakan operasi penjualan balik secara atas talian bermula 20 April 2020. Waktu operasinya ialah Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan.
- Untuk urus niaga penjualan balik ASB, anda hanya boleh melakukannya dilaman rasmi myASNB : www.myasnb.com.my
- Anda tidak akan dikenakan sebarang caj untuk urusan jual balik.
- Jumlah minimum jualan unit ialah RM100 manakala Maximum RM1000 untuk ASB 1/2 sahaja.
- Urus niaga jualan balik dihadkan sebanyak maksimum 3 kali sahaja bagi setiap satu (1) bulan kalendar.
- Dengan ASB online, anda boleh menukar unit pelaburan contohnya anda mahu masukkan unit dalam ASB 1 kepada ASB 2.
- Untuk urus niaga penjualan semula, anda memerlukan nombor TAC untuk pengesahan. Jika anda menerima nombor ini tanpa sebarang aktiviti, anda boleh terus hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.
Cara keluarkan duit ASB secara online
Jom tengok cara-cara berikut. Semoga semua urusan anda berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
- Masuk ke laman rasmi myASNB disini : www.myasnb.com.my
- Kemudian masukkan ID pengguna dan klik seterusnya.
3. Cek kata keselamatan ada betul atau tidak. Klik kotak kecil bawah frasa kata. Seterusnya masukkan kata laluan anda.
4. Klik pada portfolia didalam butang merah dalam gambar dibawah. Seterusnya pilih unit amanah yang ingin anda jual.
5. Klik pada butang transaksi dalam bulatan kedua. Dan pilih Jualan Balik.
6. Seterusnya akan keluar paparan bank details anda. Cek jika sudah ok tekan seterusnya.
7. Baca dan tandakan kotak kecil penngisytiharan dan klik seterusnya.
8. Masukkan amount anda perlukan dan klik pada kotak kecil pengisytiharan. Dan tekan butang seterusnya.
9. Satu notifikasi details bank anda akan keluar. Semak dan tekan seterusnya.
10. langkahnya seterusnya, tekan pada butang permintaan TAC dan jika anda sudah menerima, masukkan keruangan yang disediakan.
11. Akhir sekali tekan butang seterusnya. Satu notifikasi yang menunjukkan transaksi anda sudah berjaya akan keluar. Wang anda akan dimasukkan kedalam akaun bank anda dalam masa 3 hari waktu berkerja. Sekerinya anda tidak menerima wang atau terdapat lain-lain masalah, anda boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899.
[…] Cara keluarkan duit ASB secara online di myASNB […]
[…] Baca juga : Cara keluarkan duit ASB secara online di myASNB […]