Cold Seeps (perembes gas sejuk ) : penemuan kawasan terbaru dasar laut : Apakah yang dimaksudkan dengan cold seeps? Cold seep merupakan tempat di dasar laut di mana air yang kaya dengan hidrokarbon sejuk dirembes keluar dari dasar tanah. Ia berlaku paling kerap di sempadan plat tektonik (kawasan kerak bumi). Komuniti organisma yang hidup di kawasan ini ialah bakteria kemosintetik. Mereka menggunakan hidrokarbon yang dirembeskan di cold seep sebagai sumber tenaga mereka.

dasar laut
cold seeps: sumber : wikipedia.org
cold seep didasar laut
Corong yang ada di kawasan cold seeps untuk mengeluarkan gas hidrokarbon.
Simbiosis hidupan laut dalam di kawasan ini

Simbiosis ialah perkaitan antara dua bentuk kehidupan yang mana kedua-dua organisma ini mendapat manfaat dan saling memerlukan antara satu sama lain(contohnya, satu dapat memberikan perlindungan dan yang lain dapat memberikan makanan).

Lihat saja contoh dalam filem venom, anda boleh lihat alien yang masuk kedalam tubuh manusia. Alien tersebut akan mati jika manusia tersebut. Mereka adaah simbul simbiosis.

Di kawasan cold seeps, terdapat banyak hidupan laut dalam akan mencari makanan dikawasan itu. Organisma invertebrata (tidak bertulang), seperti spesies cengkerang, kerang dan tubeworms tertentu, dapat bakteria kemosintetik ke dalam tisu mereka. Di sini, bakteria menjadi sumber tenaga kepada organisma invertebrata kerana bakteria ini menggunakan metana dan hidrogen sulfida yang terdapat di air sekitarnya sebagai sumber tenaga. Sebagai balasan, organisma invertebrata akan memberi perlindungan di kawasan cold seep.

Lihat ringkasan rantai makanan dibawah :

Cold seep menghasilkan gas hidrokarbon —> Bakteria kemsintetik menggunakan gas ini sebagai sumber tenaga —> hidupan laut dalam menyerap bakteria sebagai sumber tenaga —> Organisma invertebra memberi perlindungan dikawasan cold seep. —> hidupan

dasar laut
sumber : wikipedia.com
Penerusan rantaian makanan

Organisma hidupan laut dalam seperti udang dan ketam akan memakan detritus (hampas dari organisma yang sudah mati) yang dihasilkan oleh cengkerang, kerang dan tubeworms. Seterusnya organisma pemangsa seperti sotong gurita, ikan dan krustasea kemudian tertarik kepada komuniti yang sini ini menjadi sumber makanan.

Dengan penemuan kawasan cold seep ini, saintis dapat menemui lebih banyak lagi spesis hidupan laut dalam yang lain. Sehingga kini, lebih daripada 400 spesies hidupan laut dalam kini dapat dikenal pasti.

Sehingga kini, dasar laut yang mempunyai kawasan cold seeps sangat jarang dijumpai walaupun dasar laut itu sangat luas tempatnya. Salah satu penemuan baru adalah di dasar laut New Zealand.

Cold Seeps : penemuan kawasan terbaru dasar laut

Baca juga :

sumber : marinebiologi.org, sciencelearn.org,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like