Resipi tomyam | Tomyam paling sedap jenis tomyam campur dan makan style orang bujang dengan nasi panas dan telur dadar kan?? Hari tu terjumpa dalam facebook satu video viral dari tiktok cara masak tomyam pekat macam kat kedai tu. Jom tengok bahan dan cara dia. Sebab petang sekejap lagi cik na nak cuba resepi ini. Jom la pakat ramai-ramai cuba.

sumber : wikipedia.com
Bahan-bahan untuk resipi tomyam seafood/ayam/campur
- Udang segar dalam 10 ekor – diasingkan kulit
- 2 ekor sotong saiz sederhana – potong bulat-bulat
- 1 kiub ayam
- 1 labu bawang holland/ bawang besar – diracik panjang-panjang
- Pokok daub sup dan daun bawang
- 2 batang serai dititik
- 1 inci halia – dihiris kecil
- 2 sudu besar tomyam paste thai – saya pakai yang biasa apa yang ada kat rumah je
- susu cair – kuantiti agak-agak sehingga paste boleh digaul rata
- 1 cili besar – dihiris panjang-panjang
- 1/2 limau nipis
- 1 sudu sos ikan
- garam dan gula untuk diperasakan
- sayuran untuk tomyam seperti tomato, carrot, mushroom dan sebagainya. – Dipotong ekot kesesuaian
cara untuk membuat resipi tomyam seafood/ayam/campur
- Kopek udang daripada isi nya. Kemudian rebus kan kulit udang bersama sebiji kiub ayam. Air sederhana jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
- Blend air rebusan bersama udang. Kemudian tapis dan masukkan kedalam kuali. Serdak kulit dibuang ye.
- Masukkan hirisan bawang, hirisan cili, hirisan halia, serai, batang pokok daun sup.
- Sambil tunggu ia mendidihkan, bancuhkan dimangkuk lain tomyam paste bersama susu cair. Masukkan air sedikit untuk dihabiskan sisa paste dalam mangkuk tadi kedalam kuali. Gaulkan sebati.
- Kemudian masukkan kedalam kuali.
- Masukkan sayuran anda dan biakan dia masak sebentar.
- Masukkan sotong dan udang. Ni masuk lambat sikit sebab xnak lama sangat masak. Biar dia juicy dan lembut je.
- Masukkan perahan air limau, sos ikan, gula dan garam.
- Ketika mahu dihidang, bolehlah dihiaskan dengan daun sup dan daun bawang
Lihat videonya disini
Korang boleh rujuk video disini ye. Kalau tengok dia masak memang sedap. Tu yang cikna nak simpan resepi disini. FB/gdollyMooru.
Sebenarnya tomyam ni nak masak dia banyak versinya, ada yang bersantan, ada yang jernih. Korang boleh cuba macam-macam variasi mengikut kesukaan anda.
Selamat mencuba.
Baca juga :
[…] Baca juga : Viral tiktok : resipi tomyam seafood macam kat kedai […]