Jenis emas di Malaysia dan penerangannya..| Emas yang paling terkenal di Malaysia yang biasa orang kumpul ialah emas 916. Emas ini biasa digunakan untuk pembuatan barang perhiasan seperti rantai, cincin dan gelang.
Di Malaysia terdapat 8 jenis emas yang biasa orang beli sama ada digunakan untuk perhiasan, simpanan dan pelaburan. Iaitu :
- Emas 999 = 24 karat
- Emas 950 = 23 karat
- Emas 916 = 22 karat
- Emas 875 = 21 karat
- Emas 835 = 20 karat
- Emas 750 = 18 karat
- Emas 585 = 14 karat
- Emas 375 = 9 karat
Kredit info : Hisham – misi bebas hutang
Kenali maksud KARAT
Korang dah tahu ke apa yang dimaksudkan dengan 24 karat, 22 karat dan sebagainya tu?
Karat ni ialah satu sistem yang membolehkan kita membuat pengiraan kandungan emas tulen. Kandungan karat akan dibahagikan dengan 24 karat (sebab 24 karat ialah 100% kandungan emas).
Sebagai contoh pengiraan :
- Emas 23 Karat bersamaan = 23K / 24K X 100 = 95.8% = Emas 950
- Emas 22 Karat = 22K / 24K x 100 = 91.6% = Emas 916
Jadi kalau korang ada emas yang ada stamp seperti 18K atau lain-lain, korang boleh kira sendiri dan tahu jenis emas tersebut.
Jenis emas yang popular di Malaysia dan penerangannya
Emas 999
Eemas 999 merupakan emas yang paling mahal kerana kandungan emasnya hampir 100%.
Emas ini biasanya digunakan untuk membuat pelaburan jangka masa yang panjang. Emas 999 biasanya dibentuk menjadi gold bar.
Eemas 999 bersifat sangat lembut jadi ia tidak sesuai dibuat sebagai barang perhiasan.
Emas 916
916 mempunyai kandungan emas sebanyak 91.6% peratus dan 8.4% campuran bahan lain seperti perak, tembaga dan aluminium.
Eemas ini sangat terkenal dikalangan wanita kerana ia biasanya dibuat sebagai barang perhiasan.
Emas 835
Eemas 835 mempunyaii 83.5% kandungan emas dan 16.4% campuran kandungan lain seperti tembak, perak dan aluminium.
835 ini juga dikenali sebagai emas 20K karat.
Emas 750
Emas ini mempunyai kandungan 75% emas tulen dan 25% bahan lain seperti perak, tembak, aluminium dan sebagainya.
Ia juga sikenali sebagai emas 18K karat.
Emas ini biasa orang buat sebagai cincin batu. Sebab campurannya lebih kuat dan lebih tahan.
Emas 375
Eemas 375 merupakan emas yang mempunyai paling sedikit kandungan emasnya iaitu cuma 37.5% sahaja.
Emas ini juga dikenali sebagai emas suasa atau emas 9K karat.
Emas ini biasanya digunakan untuk membuat cincin yang boleh mengikat batu pertama yang lebih besar.
Kesimpulan..
Sekarang korang dah tahukan serba sedikit tentang emas ini. Jadi bolehlah cek emas yang ada. Mana tahu ada yang jenis emas suasa.
Baca juga :
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- 6 tempat menarik di Kuala Lumpur 2022 untuk percutian kanak2 dan keluarga
- Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
- Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama