Menggali Emas dalam Telefon : Kandungan emas didalam Hp lama? Jangan buang Hp lama anda kerana ia mungkin mengandungi emas.

Telefon pintar lama yang rosak dan terbiar di rumah anda mungkin bukan sahaja menjadi barang yang tidak berguna, malah sebenarnya ia mengandungi elemen yang sangat bernilai, iaitu emas!

Seiring dengan pembangunan teknologi, bahan-bahan berharga seperti emas dan perak kini digunakan untuk sebahagian daripada komponen dalam telefon pintar anda.

“Artikel ini akan mengulas tentang kandungan emas dalam telefon lama, mengapa ia penting, dan bagaimana anda boleh menggali nilai tersembunyi dalam peranti yang sudah usang”

Emas dalam telefon

sumber : google image | akan menjadi bahaya kepada alam sekitar jika barang ini di buang merata | emas didalam hp lama

Di Malaysia, lambakan telefon mudah alih adalah lebih banyak daripada masyarakatnya sendiri. Malah, Sebilangan besar rakyat negara ini menaik taraf atau menukar telefon bimbit mereka setiap 18 hingga 24 bulan, sementara jumlah yang semakin meningkat ini telah memiliki telefon bimbit mereka selama lebih dari dua tahun. Hasilnya ialah terdapat sekitar 22.5 juta telefon bimbit yang tidak dipakai boleh memenuhi beberapa kediaman di Malaysia.

Kebanyakan telefon bimbit ini menggabungkan komponen menggunakan elemen dari sebarang jadual berkala, termasuk bahan berharga, seperti emas.

Tahukah anda, terdapat sejumlah satu gram emas di dalam 41 buah telefon bimbit. Dengan erti kata lain, kira-kira 1 metrik tan telefon bimbit boleh menghasilkan 340g emas, yang pada harga emas semasa lebih daripada RM 400

Terdapat beberapa perkhidmatan di Malaysia yang boleh mengitar semula telefon bimbit anda dan mencegahnya ke tempat pembuangan sampah. Rujuk website dibawah untuk mengetahui tempat-tempat di Malaysia yang membuat kitar semula hp lama.

Rujukan : http://mobileewaste.mcmc.gov.my/ms-my/where-do-we-recycle

e-Waste adalah salah satu aliran sisa yang paling cepat berkembang di negara maju dan juga di negara-negara membangun. Jumlah e-Waste di Asia telah meningkat hampir 63% dalam lima tahun. Manakala Malaysia menghasilkan 243 kilo tan e-Waste pada tahun 2015 sahaja dan jumlah e-Waste yang dihasilkan telah meningkat sehingga 39.7% dari tahun 2010 sehingga 2015

Pengenalan kepada e-wates mudah alih

Dilihat kepada video dibawah, cara-cara untuk mengekstrak emas di dalam hp lama anda. Komponen di dalam telefon perlu di leraikan sehingga hanya mengambil kepingan motherboard. Solution yang digunakan adalah 12% vinegar putih, 3% hydrogen peroxide, dan 100g garam laut.

Untuk pengetahuan pembaca, penulis hanya berkongsi, tetapi jika pembaca ingin mencuba proses ini, semua risiko adalah tanggungan sendiri. Barang dan keperluan keselamatan seperti sarung tangan, googled mata dan penutup muka hendaklah dijaga.

lihat video dibawah :

Proses mengekstrak emas dari telefon bombit

Secara puratanya, sebuah peranti telefon akan memiliki kira-kira 0.034 gram emas tulen. Bukanlah jumlah yang boleh mengejutkan anda bukan? Tetapi, bagaimana pula dengan pengeluaran “smartphone” yang mencapai jutaan setiap tahun? Anda pasti terkejut dengan penambahan kadungan emas didalam telefon lama ini.

Baca juga :


Dimana komponen keberadaan emas didalam hp?

Jika anda pernah membuka peranti anda, anda boleh lihat satu komponen yang dipanggil “motherboard“.

Motherboard” merupakan papan induk merupakan pusat otak kepada sesebuah telefon pintar. Disini, semua komponen yang menjalankan fungsi berbeza akan saling berhubung untuk menjalankan tugas mereka.

Jadi dimana letakknya emas yang dikatakan ini? Didalam papan litar ini, emas digunakan sebagai penyambung litar dan bahan yang dihasilkan untuk cip memori yang ada didalam papan ini. Ini kerana, buktu telah menunjukkan bahawa emas yang tidak mudah terhakis dan luntur dari masa ke semasa.

Emas didalam komponen telefon pintar ini bukan dalam bentuk yang asli, tetapi emas ini sudah dicampur dengan bahan lain seperti nikel dan logam untuk menguatkan lagi ciri fizikalnya.

Peranti manakah yang mempunyai kandungan emas paling tinggi?

Bukan peranti smartphone anda sahaja yang mempunyai kandungan emas didalam komponennya, setiap peralatan elektronik yang menggunakan papan litar pasti akan mempunyai emas didalamnya.

Sebagai contoh laptop atau komputer yang anda gunakan dalam seharian. Semakin besar sesuatu elektronik yang perlu menggunakan motherboard semakin banyaklah kandungan emas yang digunakan didalam peranti tersebut.

Lihat jadual dibawah perbandingan peranti yang berbeza dengan kandungan emasnya :

PerantiBerat emas
Smartphone0.034 gram
Komputer0.15 gram
Server1 gram
Dalam simcard pon ada kandungan emas?

Simcard merupakan sebuah cip kecil yang berfungsi sebagai penghubung antara satu peranti kepada peranti lain melalui sesebuah network. Tahukah anda kad sekecil ini juga ada menggunakan emas sebagai salah satu komponen pembuatannya?

Didalam sebuah simcard akan mempunyai 0.03g emas. Walaupon nilainya sangat kecil berbanding nilai emas didalam sebuah hp, tetapi anda bayangkan setahun berapa juta simcard telah dikeluarkan untuk pengguna.

kesimpulan

Telefon pintar lama anda bukan sahaja sebuah peranti yang sudah ketinggalan zaman, tetapi ia mungkin juga menyimpan emas dan bahan berharga lain yang boleh diekstrak melalui proses pengitaran semula.

Walaupun jumlah emas ini sangat kecil, tetapi usaha untuk mengitar semula peranti lama ini bukan sahaja memberi keuntungan kepada ekonomi, tetapi ia juga memberi manfaat kepada alam sekitar.

Oleh itu, sebelum membuang telefon pintar lama, fikirkan untuk mengitar semula atau menjualnya kepada pusat pengitaran e-waste. Anda tidak hanya membantu mengurangkan sisa elektronik, tetapi juga menggali nilai tersembunyi di dalamnya.

sumber : https://theconversation.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like