Kesan covid 19 terhadap kesihatan : Bercerita tentang virus covid 19 yang melanda dunia sekarang, negara Malaysia sekarang sedang kuat dilanda pandemik ini. Setakat ini Malaysia mencapai 20 ribu kes baharu sehari. Ia sangat membimbangkan.
Sebagai bekas pesakit covid 19, simptom biasa yang dialami hanyalah demam, batuk, pening, tekak luka dan berkahak dalam masa seminggu. Tetapi bagaimana pula dengan pesakit yang mengalami sehingga stage 4 dan 5? Apakah yang membuatkan mereka sehingga tidak mampu bangun?
Organ yang paling teruk terkena kesan virus covid 19
Virus covid 19 sangat mudah untuk menjangkiti pelbagai sel dan sistem dalam tubuh. Organ pertama yang akan dijangkiti ialah hidung dan tekak. Ini kerana, hidung dan tekak merupakan dua corong yang digunakan untuk mengambil udara daripada luar masuk kedalam tubuh.
Selepas itu, organ dalaman yang paling teruk diserang oleh virus ini ialah paru-paru. Kerana, paru-paru lah tersambung daripada hidung dan tekak.
Bagaimana virus ini menyerang paru-paru? Mereka telah menggunakan permukaan khas yang dipanggil glikoprotein (“spike”) yang menyerang sel utama didalam paru-paru.
Akibatnya, sel didalam paru-paru yang digunakan untuk mentransfer oxigen yang dibawa melalu sistem pernafasan akan mati atau rosak. Ini menyebabkan darah yang melalui paru-paru tidak dapat mengambik oxigen secukupnya.
AKibat seterusnya, darah yang kekurangan oxigen menyebabkan ianya tinggi dengan asid sekaligus memberi kesan kepada organ yang lain.
Gambar menunjukkan paru-paru pesakit yang diserang dengan virus covid 19. Hampir 75% paru-paru ini rosak dan tidak lagi mampu untuk berfungsi.
Organ dalaman lain yang mendapat kesan daripada virus covid 19
Selain paru-paru, organ lain turut akan diserang oleh virus ini. Serangan virus ini terhadap organ-organ ini menjadi punca kepada kegagalan fungsi keseluruhan sistem badan manusia sekaligus membawa kepada kematian.
1. Sistem saraf
Tiada kajian yang dapat menunjukkan bahawa sistem saraf akan terkesan dengan virus ini. Tetapi, kebanyakan pesakit covid 19 menunjukkan masalah dengan sistem saraf dan mental.
Selain itu, sistem saraf terkait juga dengan kehilangan deria bau dan rasa akibat pada gangguan sistem saraf bau dan rasa.
2. Sistem pencernaan
Sistem pencernaan turut mendapat kesan daripada serangan virus covid 19. Salah satu daripada simptom serangan ialah cirit birit. Jadi bagaimana virus ini boleh menyerang sistem pencernaan anda?
Virus ini banyak mempengaruhi sistem pencernaan kerana enzyme yang ada pada permukaan paru-paru yang diserang virus ini akan dikeluarkan melalui sel kelenjar epitel gastrik, duodenum, rektum, serta usus besar dan usu kecil.
Hal ini akan menyebabkan sistem pencernaan terganggu sekali gus menyebabkan terjadi salah satu simptom serangan virus ini iaitu cirit-birit.
3. Sistem kardiovaskular (jantung)
Secara ringkasnya, virus ini telah menyebabkan sistem peredaran yang tidak seimbang. Selain ia memberi kesan kepada saiz saluran darah yang melalui paru-paru di mana pengoksigenan menurun bersamaan dengan penularan radang paru-paru virus.
COVID-19 juga didapati menyebabkan perubahan besar termasuklah perubahan pada sel darah, seperti peningkatan saiz. Yang mana ia mampu memberi kesan selepas berbulan-bulan dijangkiti dengan virus ini.
Kesimpulannya, kesan virus covid 19 kepada keseluruhan tubuh adalah sesuatu yang tidak boleh dibawa main. Tindakan dan rawatan yang cepat membantu mengurangkan kesan-kesan yang lebih teruk daripada virus ini.
Pengguna turut membaca :
- Benda yang dibenci oleh virus covid 19
- Kepentingan oximeter dalam musim covid 19
- Sejarah Permulaan Covid-19 di Malaysia
sumber rujukan : https://en.wikipedia.org/wiki/COVID-19, https://www.sfchronicle.com/health/article/The-insidious-coronavirus-can-invade-heart-lungs-15230192.php, Kesan covid 19 terhadap kesihatan.