Kepentingan oximeter : satu keluarga satu oximeter. Ya sangat penting untuk satu rumah mempunyai satu pulse oximeter reading. Apatah lah dalam keadaan pandemik covid 19 yang sedang kuat melanda negara Malaysia. Apakah itu pulse oximeter?
Pulse Oximeter merupakan alat untuk pengukur paras oksigen dalam darah kita. Kebiasaannya alat ini digunakan untuk memantau keadaan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi tahap oksigen dalam darah. Sama halnya dengan pesakit yang dijangkiti dengan covid 19.
Kepentingan pulse oximeter kepada pesakit covid 19 yang berisolasi dirumah
Sejak kami sekeluarga dijangiti dengan virus covid 19 pada 27 Julai yang lalu, doktor telah menasihati kami untuk membeli satu pulse oxymeter reading untuk sentiasa memastikan kadar oxygen yang sentiasa normal.
Seperti gambar diatas kami telah membeli difarmasi berhampiran rumah dengan harga RM146.00. Kami juga turut memli oxymeter reading dengan harga RM 20.00 di shopee. Tetapi malang nya ianya palsu dan tidak berfungsi lang. Jadi saya nasihatkan anda supaya tidak tertipu dengan barangan yang murah yang dijual dishopee.
Jika anda mahu membeli dishopee / lazada, anda dinasihatkan untuk mencari pulse oximeter reading yang baik dan mendapat review yang bagus. Contohnya oxymeter reading berjenama xiomi berikut mempunyai warranty sehingga setahun. Anda juga boleh dapatkannya di shopee.com.my dengan harga RM 159.90.
Cara pulse oximeter berfungsi
Cara pulse oximeter membaca kepekatan oxygen dalam darah ialah dengan menggunakan satu proses yang melibatkan lintasan sinaran cahaya kecil ke dalam darah. Proses ini dapat mengukur perubahan penyerapan cahaya dalam darah beroksigen atau darah tanpa oksigen dan seterusnya, mengesan kadar kepekatan oksigen darah.
Cara penggunaannya hanya dengan menekan butang on dan masukkan jari anda dalam kepitan alat ini. Kebiasaannya alat ini akan menunjukkan bacaan untuk kepekatan oxygen dalam darah dan kelajuan nadi seseorang.
Lihat carta dibawah untuk bacaan yang normal dan tidak normal.
Dengan adanya pulse oximeter reading, anda boleh cek paras oxygen setiap ahli keluarga yang dijangkiti dengan covid 19.
Paras oxygen darah rendah (hypoxia) adalah ukuran kepekatan oxygen berpurata 94% dan ke bawah bagi mereka yang tiada penyakit paru-paru kronik. Jika bacaan pulse oximeter anda bawah daripada 94% anda dinasihatkan untuk terus ke klinik untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Untuk pengetahuan, bacaan oxygen dalam darah yang normal ialah 95% hingga 100%.
Faktkor-faktor yang boleh mempengaruhi bacaan pulse oximeter
Mengikut sumber daripada laman rasmi farmasi caring2u.com, bacaan pulse meter yang rendah menjadi tidak tepat kerana :
- Hujung jari tangan yang digunakan untuk bacaan pulse oximeter terlalu sejuk
- Masaalah kesihatan lain seperti darah tinggi dan sakit jantung yang menyebabkan peredaran darah menjadi lemah
- Mempunyai bendasing lain pada hujung jari seperti tatu, cat kuku dan lain-lain
- Mengukur dalam keadaan baring akan menyebabkan bacaan menjadi lebih rendah. Pastikan anda duduk dalam keadaan tenang sebelum cek menggunakan pulse oximeter
- Pesakit yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan sel darah.
Baca juga :
- Cara cek pulse oximeter asli atau palsu
- Pengalaman menjadi contact rapat pesakit covid 19
- Pengalaman menjadi pesakit covid 19 – part 2
- 7 cara terbaik vitamin C memberi kebaikan kepada tubuh anda
sumber rujukan : caring2u.com, https://www.alodokter.com/pentingnya-oximeter-bagi-pasien-isolasi-mandiri-covid-19, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/06/833985/guna-peranti-pintar-oximeter-pantau-pesakit-di-cac,