Benda yang dibenci oleh virus covid : Malaysia telah mencatatkan kes pertama jangkitan covid 19 pada 25 Januari 2020. Sejak dari tarikh tersebut, Malaysia ketika ini masih lagi berperang dengan pandemik yang melanda negara ini.

Benda yang dibenci oleh virus covid 19 lebih kepada perkara atau cara yang boleh mencegah atau menghapuskan virus ini. Apatah lagi sekarang ini dikatakan virus covid 19 ini sudah bermutasi sehingga membentu varian baharu. Varian baru ini sikenali sebagai varian delta yang lebih kuat dan memudaratkan.

sumber gambar https://www.hmetro.com.my/

Benda yang dibenci oleh virus covid 19

Virus covid 19 sebenarnya benci dengan perkara yang boleh menyebabkan ia mati dan terhapus. Untuk memastikan virus ini betul-betul terhapus, lakukan beberapa langkah pencegahan berikut bagi mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus ini.

Berikut merupakan 3 cara pencegahan covid 19 yang perlu anda praktikkan dalam aktiviti seharian.

1. Mengambil vaksin dengan segera
cara pencegahan covid 19
sumber : google image

Apakah yang dimaksudkan dengan vaksin? Vaksin ialah suatu bahan yang terbuat daripada persediaan biologi untuk membasmi sesuatu penyakit.

Vaksin terkandung agen yang menyerupai organisma penyebab penyakit tersebut. Apabila tubuh anda menerima agen ini, badan anda akan merangsang sistem imun yang menghasilkan antibodi yang akan melawan virus penyebab penyakit. Akhirnya, apabila badan anda diserang oleh virus penyakit tersebut, badan anda sudah tersedia dengan antibodi yang akan melawan terus virus tersebut.

Sehingga bulan Ogos 2021, Malaysia telah diperkenalkan dengan 5 jenis vaksin untuk melawan virus jangkitan covid 19.

Jenis vaksinKeberkesanan (%)
Vaksin CoronaVac Covid 19 (Sinovac)50.4 % – 91.25 %
Vaksin SARS COV-265.7 %
Vaksin Sputnik V91.6 %
Vaksin AstraZeneca62 % – 90 %
Vaksin Pfizer Biontech95%
sumber info : mypt3.com

Penemuan vaksin yang tepat terbukti mampu mengurangkan risiko penularan virus covid 19. Sehingga kini, kerajaan sedang giat untuk memperluaskan peratusan rakyatnya yang sudah menerima vaksinasi.

2. Sentiasa membawa cecair hand sanitizer

Sanitizer merupakan bahan atau produk yang digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan agen patogen (seperti bakteria) di permukaan. Sanitizer dikatakan berkesan sehingga membunuh 99% mikroorganisma yang tidak baik.

Mengapa pentingnya supaya sanitize tangan anda? Tangan merupakan salah satu anggota yang sangat penting. Tanganlah yang paling digunakan untuk menyentuh bahan asing yang lain. Selain itu, tangan juga selalu menjadi habit kita menyentuh muka tanpa sengaja.

Jadi, amat penting untuk anda sentiasa mensanitize tangan membasmi bakteria covid 19. Sanitizer juga amat mudah digunakan kerana tidak memerlukan air untuk mencuci.

Benda yang dibenci oleh virus covid
sumber gambar : britannica.com

Bahan utama pembuatan sanitizer ialah alkohol. Terdapat dua jenis alkohol sahaja yang boleh digunakan untuk membuat sanitizer iaitu ethanol atau isopropanol.

3. Sentiasa membasuh tangan dengan sabun dan kerap mandi menggunakan sabun

Sabun merupakan bahan yang paling dibenci oleh virus covid 19. Hal ini kerana, sabun terkandung bahan yang mampu menghapuskan virus ini.

Faktanya, virus covid 19 biasanya mempunyai satu lapisan yang dikenali sebagai lapisan ‘lipid’. Jika anda hanya membasuh tangan tanpa sabun, virus ini tidak akan dapat dihapuskan. Tetapi selaput ‘lipid’ ini akan terhapus dengan penggunaan sabun yang mampu melawan lapisan virus ini.

Sabun dapat menjadi sangat efektif dalam membunuh kuman atau virus jika dilakukan dengan betul. Berikut merupakan step yang penting untuk memastikan tangan anda dicuci keseluruhan.

Benda yang dibenci oleh virus covid
sumber gambar : ukm.my
  1. Basahkan tangan dengan air yang mengalir lalu oleskan sabun ketapak tangan.
  2. Gosokkan tapak tangan antara satu sama lain.
  3. Gosokkan kuku pada tapak tangan dengan sederhana
  4. Gosok celah jari antara satu sama lain
  5. Gosokkan belakang tangan dengan tapak tangan bahagian lain.
  6. Basuh tangan dengan air yang mengalir secukupnya
  7. Akhir sekali, dapkan tangan anda dengan kain yang bersih.
Kesimpulannya, 3 perkara ini adalah perkara atau bahan yang sangat dibenci oleh virus covid 19. Sebenarnya terdapat banyak lagi cara pencegahan covid 19. Antaranya ialah :
  1. Pastikan anda sentiasa memakai masker dengan betul jika berada diluar rumah atau ditempat-tempat awam
  2. Elakkan tangan daripada selalu bersentuhan dengan muka. Penggunaan face shield mungkin dapat membantu mengelakkan tangan anda daripada menyentuh bahagian muka.
  3. ‘Stay at home, ‘Work from home’. Dua perkara ini membantu menurunkan kadar peratusan jangkitan pandemik ini. Ia juga mengurangkan anda untuk berkomunikasi secara berdepan dengan individu lain.
  4. Elakkan daripada tempat orang berkerumun. Pastikan anda tidak menjadi salah seorang yang menyumbang kepada kerumunan orang
  5. Pastikan rumah anda mempunyai sirkulasi pengudaraan yang baik. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ruangan tertutup lebih mudah menyebabkan jangkitan dan penyebaran
  6. Sentiasa jaga jarak walau dimana anda berada. Kerajaan telah menggariskan panduan ini dengan menjaga jarak sehingga 1 meter setiap individu.

Pengguna lain turut membaca :

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Vaksin, https://www.cnnindonesia.com/gaya-hidup/20210819084219-255-682254/10-cara-pencegahan-covid-19-yang-efektif-dan-mudah-dilakukan, https://www.sinarharian.com.my/article/76503/KHAS/Covid-19/Semburan-air-sabun-memadai-bunuh-Covid-19-di-kawasan-awam, https://www.merriam-webster.com/dictionary/sanitizer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like