Pengalaman mohon i citra – cara : Assalamualaikum to all readers. Seperti yang tertera pada tajuk diatas. Saya akan simpan disini pengalaman sudah memohon i citra ini. Sambil saya berkongsi cara untuk mohon i citra ye.

Apa itu i citra ?

I citra telah diperkenalkan kerajaan sebagai salah satu alternatif untuk membantu rakyat Malaysia meneruskan kehidupan disaat kegawatn ekonomi yang sedang melanda Malaysia sekarang ini.

I citra ini dikeluarkan daripada akaun 2 KWSP pemohon. Jika tidak mencukupi barulah diambil daripada akaun 1. Maximum amaun yang boleh dipohon cumalah RM 5,000. Kira i citra ini sambungan daripada i-lestari dan i-sinar sebelum.

Untuk tempoh permohonan bermula hari ini 12/7/2021 sehingga hujung September 2021.

Cek amaun balance KWSP

Untuk cek amaun balance, saya hanya masuk ke aplikasi mobile i-akaun. Kalau yang belum ada anda boleh download di Play Store atau Apple Store.

12 Julai 2021, cek balance KWSP cuma ada RM4k dalam akaun dua. Tidak lepas pun RM5k, But its ok, saya apply je. Dapat tak dapat tu belakang cerita.

Tujuan nak keluar perhabis duit dalam KWSP

Tujuan utama dia adalah untuk membayar hutanglah. Hutang bank kan banyak. Walaupun sekarang masih ada monatorium 6 bulan, but still duit ini mungkin boleh membantu untuk lepas dah habis monatorium tu esokkan.

Lagi satu saya fikir, kalau nak keluar duit KWSP kene tunggu sehingga 55 atau 60 tahun. Mana tahu umur pendek tak sampai 60 tahun jadi next generation yang akan dapat enjoy duit tukan.

Bukan apa, dah alang-alang kerja takda, income takda. Hampir setahun lebih tiada income. Mungkin i citra ni sebanyaknya dapat membantu saya merancang kewangan yang lebih baik

Cara saya mohon i citra

Untuk cara mohon i citra saya menggunakan aplikasi i akaun mudah alih untuk android.

  1. Buka apps i akaun.

2. Tekan pada ikon yang tertulis i citra.

3. Selepas anda tekan untuk permohonan, dia akan keluar satu paparan yang menyatakan amaran bahawa anda perlu berhati-hati memohon. Kerana permohonan kedua tidak akan dilayan sama sekali.

4. Boleh lengkap maklumat untuk IC dan nombor telefon yang anda daftar dengan KWSP. Kalau nombor dah tiada atau hilang susah nak kene pergi kiost kwsp nak register nombor baru.

5. Tekan butang seterusnya, anda akan melihat paparan yang memerlukan OTP yang dihantar pada nombor telefon anda.

6. Seterusnya anda boleh ubah amaun yang anda pilih. Sama ada nak kurangkan. Jika tiada hanya klik butang seterusnya.

7. Akan keluar maklumat anda secara automatik. Kemudian anda hanya perlu semak dan tekan butang seterusnya.

8. Kemudian klik pada kotak kecil untuk pengesahan dan kotak robot. Secara automatik paparan terma dan perakuan akan keluar. Hanya tinggal anda tutup sahaja.

9. Akhir sekali akan keluar paparan yang menunjukkan anda sudah berjaya memohon. Tekan sahaja butang download dan screenshoot untuk rekod dan simpanan anda.

Cara mohon i citra

Akhirnya settle mohon i citra ini. Esok untuk cek permohonan saya akan update disini juga ye bagaimana hendak cek permohonan.

Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan semua urusan pembaca.

Lihat laman web rasmi i citra di : icitra.kwsp.gov.my.

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like