Resepi mudah daging ‘Harimau Menangis’ viral..| Baru-baru ini viral dengan trademark ‘harimau menanis’ dilaman-laman socmed.

Isu trademark produk makanan ‘daging harimau menangis’ membabitkan ibu kepada pengacara popular Noor Neelofa, iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohammad hangat diperkatakana sejak Januari 2021.

Ia susulan ahli perniagaan itu yang membuat permohonan untuk mendaftar trademark atau cap dagangan ‘daging harimau menangis’ di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengann tindakan itu, ini kerana nama tersebut sudah umu dipakai oleh orang ramai. Ok, cukup dengan viral trademark tersebut. Jom lihat resepi daging ‘Harimau Menangis’ viral paling simple.

Resepi mudah daging ‘Harimau Menangis’ viral..|

Resepi daging 'Harimau Menangis' viral mudah
Sumber : google image
Bahan Perapan Daging
  1. Daging lembu yang dipotong nipis
  2. sos tiram
  3. Gula kabung
  4. Serbuk lada hitam
  5. Bawang putih yang ditumbuk halus
  6. Sedikit minyak masak

Cara penyediaan daging

Campurkan kesemua bahan di atas. Dan perapkan selama paling kurang 2 jam.

Panaskan kuali non-stick, sapukan sedikit butter, masakkan daging.

Untuk sedap, daging dimasak medium, elakkan terlalu lama supaya daging tidak keras.

Bahan sos lada hitam pencicah
Sumber : google image
  1. 2 sudu marjerin
  2. 2 sudu tepung gandum
  3. 2 sudu serbuk lada hitam
  4. 2 cawan air
  5. 1 kiub ayam
  6. 1 sudu gula
  7. 1 sudu kicap pekat (sebagai warna)
  8. 1 tin mushroom hancur (pilihan)
Cara membuat sos lada hitam pencicah
  • Panaskan kuali dan carikan marjerin
  • Masukkan tepung gandum, kacau sebati dan tidak berketul dengan api sederhana supaya tidak hangus
  • Masukkan air, kicap dan kiub ayam dan biarkan mendidih seketika
  • Masukkan serbuk lada hitam dan cendawan (pilihan) dan biarkan sebati.
  • Akhir sekali, perisakan dengan garam, gula dan serbuk perasa mengikut kesukaan anda.
  • Biarkan sos memekat dan sipa dihidang.
Bahan sos pencicah versi 2
Sumber : fb syaa fikaa

Kacau sebati bahan-bahan berikut dan siap dihidang!

  1. Bawang putih (dicincang)
  2. Bawang merah (dicincang)
  3. cili merah dan hijau (dicincang)
  4. Gula kabung
  5. Daun ketumbar (dicincang)
  6. Sos ikan (any brand)
  7. Perahan limau

Rujukan asal : Remaja.my, mstar.com.my, rasa.my

Anda juga berminat :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like