Tips supaya ikan talapia cepat bertelur..| Mereka yang membela ikan talapia ini terdapat dua kategori. Ada yang bela dengan hanya membeli anak benihnya. Dan ada pula yang bela dan membiakkannya. Jadi anda dikategori yang mana

Ikan talapia atau dikenali juga sebagai ikan nila merupakan ikan yang sangat mudah untuk membiak. Jika ikan ini hanya dibiarkan didalam sesebuah kolam, ia mampu untuk membiak dengan sendiri.

Tetapi, jika anda ingin mendapatkan hasil yang lebih maksimum jom lihat beberapa tips berikut yang dikongsikan oleh youtube/solehfarhan.

ikan talapia cepat bertelur
Kredit foto : google image

Tips supaya ikan talapia cepat bertelur

Encik Soleh Farhan merupakan seorang penternak ikan nila yang sudah berpengalaman lama dalam bidang ini. Berikut merupakan 5 tips supaya ikan anda cepat bertelur dan membiak.

1. Memilih indukan yang paling baik

Indukan yang baik mampu menghasilkan anak ikan yang banyak dan sihat. Pemilihan indukan yang salah boleh menyebabkan hasil anak ikan tidak berkualiti sekaligus melambatkan pembiakan ikan talapia.

Indukan yang baik harus dilihat pada ciri-ciri berikut :

  • Indukan ikan haruslah berumur 5 bulan keatas.
  • Sebaiknya dipilih indukan betina dan jantan yang paling besar untuk pembenihan.
  • Indukan jantan perlu lebih besar daripada indukan betina. Kerana ikan jantan perlu berpoligami dan memiliki beberapa betina untuk dikahwinkan.

2. Penyediaan kolam untuk pembiakan tidak boleh bercampur dengan ikan yang lain

Kenapa ikan talapia yang mahu dibiakkan tidak boleh bercampur dengan ikan lain?

Kebiasaannya penternak akan menampurkan ikan talapia dengan ikan lain seperti ikan carp, ikan gurami, ikan gapi, ikan keli dan sebagainya.

Pencampuran ini ada juga akan menghasilkan anak ikan. Tetapi hasilnya terlalu sedikit atau akan mati langsung kerana sejurus selepas anak ikan keluar daripada mulut ibu ikan, pasti akan dimakan oleh ikan lain.

Bahkan, ketika proses bertelur juga akan ada ikan lain yang mengganggu dan memakan telur sebelum sempat ibu ikan memasukkannya kedalam mulut.

Menurut encik Soleh juga, kolam untuk pembiakan ikan talapia juga tidak boleh terlalu dalam. Ini kerana kedalaman kolam juga boleh mengurangkan proses ikan bertelut.Ketinggian kolam yang paling sesuai ialah maksimum 1 meter dan minimum 4 cm.

3. Pengurusan pemilihan pemakanan

Untuk memiliki indukan yang senang bertelur, pemakanan yang diberikan haruslah memiliki protein yang sesuai dan secukupnya untuk indukan yang lebih dewasa.

Pemakanan yang baik akan menghasilkan indukan yang lebih sihat dan bertenaga. Hasilnya lagi ikan akan bertelur dengan lebih banyak dan jantannya akan lebih bersemangat untuk mengawan dengan lebih kerap.

Selain itu, kekerapan pemberian makanan juga harus dijaga. Yang terbaik ialah berikan makanan ikan selang 2 kali sehari. Dan ditambah pula dengan snek seperti daun kangkung liar dan lain-lain.

Baca juga : Bela ikan Tilapia : makanan semulajadi alternatif

4. Kualiti air

Menjaga kualiti air juga sangat penting untuk mempercepatkan proses ikan bertelur dan mengawan.

Kualiti air yang baik ialah memiliki kadar kelarutan oksigen yang tinggi dan ph yang natural.

Gunakan pam buih angin untuk membantu kolam anda mendapat lebih banyak oksigen.

Air yang tidak sihat dan berkualiti rendah dicirikan dengan warnanya yang sudah gelap dan lumpur yang sangat menebal didasar kolam. Air kotor ini menyebabkan ikan menjadi tidak sihat dan alat peranakan ikan menjadi kuncup.

Pastikan anda selalu mengecek tahap kualiti air dengan membersihkan dasar kolam dan menggantikan air yang sudah terlalu kotor.

5. Menjaga ketenangan kolam

Untuk mengawan dan memudahkan ikan talapia bertelur, sebaiknya tinggalkan kolam daripada sering mengganggu. Hanya perlu mengganggu ketika mahu dikasi makan sahaja.

Kolam yang tenang lebih mudah untuk ikan berkahwin dan bertelur. Sebaliknya jika kolam yang tidak tenang menyebabkan ibu ikan tidak mahu bertelur atau hanya membiarkan telurnya dimakan oleh ikan lain.

Bagi ibu ikan yang sudah mempunyai telur didalam mulutnya, jika sering diganggu menyebabkan ia stress dan melepaskan telurnya daripada mulutnya. hal ini mengurangkan peratus untuk anda memiliki anakan yang lebih banyak.

6. Bilangan induk jantan dan betina dalam sesebuah kolam

Tips yang keenam ini biasanya dilakukan oleh penternak-penternak yang menternak ikan talapia dala skala yang besar.

Untuk lebih membanyakkan dan mempercepatkan ikan talapa bertelur, dalam sesebuah kolam perlu ada indukan dalam nisbah 1:3. Dimana 1 ekor jantan dan 3 ekor betina atau lebih.

Baca juga : Bela : cara beza jantina ikan tilapia

Itu dia tadi beberapa tips untuk anda yang mencari cara supaya ikan talapia anda lebih bermanfaat. Semoga ia menjadi manfaat kepada anda.

Baca juga semua tentang ikan talapia disini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like