Jantina Ikan Tilapia: Cara Membezakan dengan Mudah untuk Bela
Cara beza jantina ikan tilapia | Memahami cara untuk membezakan jantina ikan ini adalah langkah penting dalam pembelaan ikan ini, terutamanya jika tujuan anda adalah untuk pembiakan atau pengurusan stok yang lebih baik.
Ikan tilapia memiliki perbezaan kelamin yang jelas, namun ia kadangkala sukar dilihat oleh pembela yang baru terjun dalam bidang ini. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi dengan anda mengenai cara mengenal pasti jantina ikan tilapia dengan mudah.
Untuk menghasilkan pembiakan yang maksimum, anda disarankan untuk meletakkan kuantiti jantan dalam sesebuah kolam iaitu 1/3 daripada jumlah indukan betina. Tetapi bagaimana untuk membeza dua jantina haiwan ini?

Ikan talapia yang dibela didalam akurium | Google Image
Gambar yang menunjukkan perbezaan jantina ikan tilapia
Penulis bukanlah seorang yang pakar dalam bidang ternakan ikan ini. Penulis hanya belal ikan tilapia kecil-kecil dirumah sebagai hobi. Jadi perkongsian ini diambil daripada sumber yang dinyatakan.
Rujukan daripada kaizenunity92.blogspot berkongsi tentang bagaimana membezakan dua jantina ini.
Induk jantan dan betina dapat dibezakan melalui “genital papilla” di mana induk jantan mempunyai 2 lubang iaitu:
- lubang A : adalah saluran pembuangan najis dan,
- lubang B sebagai saluran pembuangan urin dan perembesan sperma.
Manakala induk betina mempunyai 3 lubang di mana :
- lubang A saluran pembuangan najis;
- lubang B sebagai saluran telur dan
- lubang C ialah saluran urin.
Secara moforlogikal, perbezaan warna dan siripnya juga dapat membezakan jantina keatas tilapia. Induk jantan mempunyai warna yang lebih terang da menarik berbanding dengan induk betina. Manakala,di bahagian sirip dorsal induk jantan mempunyai sirip dorsal yang panjang mencecah pada bahagian sirip kaudal berbanding induk betina.

Cara membezakan jantan betina ikan tilapia | terbeliak.blogspot

Perbezaan daripada saiz jantina ikan tilapia | terbeliak.blogspot

sumber : wikicell.org | perbezaan panjang sirip dorsal pada jantina ikan tilapia
Bentuk, warna dan alat kelamin jantina ikan tilapia
Perkongsian daripada laman FB Mata Ayaq Agrofarm Pokok Sena Kedah,
Cara nak mengenal jantina ikan. Beliau menyatakan perkongsian ini hanya boleh diaplikasikan kepada ikan air tawar sahaja. Berbeza dengan jantina ikan air masin.
- Tengok bentuknya : Ikan jantan agak kurus sikit dan nampak panjang sikit. Ikan betina badannya lebih gempal tapi pendek sikit.
- Warna : Ikan jantan warnanya lebih garang dan gelap. Ikan betina lebih pudar dan cerah.
- Alat Kelamin : Macam gambar di bawah. Ikan betina alat kelaminnya bulat saja . Ikan jantan alat kelaminnya ada bentuk panjang sikit macam belalai.

Beza bentuk alat kelamin ikan tilapia
Waktu yang Tepat untuk Membezakan Jantina Ikan Tilapia
Membezakan jantina ikan tilapia menjadi lebih mudah apabila ikan tersebut sudah mencapai usia matang, yang biasanya adalah antara 3 hingga 6 bulan.
Pada waktu ini, perbezaan fizikal dan tingkah laku menjadi lebih ketara.
Kesimpulan
Mengenal pasti cara membezakan antara jantan dan betina ikan tilapia bukan sahaja memudahkan pengurusan pembiakan, tetapi ia juga membantu anda dalam memastikan kesihatan dan kesejahteraan ikan yang dibela.
Dengan memahami perbezaan yang jelas antara jantan dan betina, anda akan dapat membuat keputusan yang lebih bijak dalam pengurusan ikan anda.
Baca juga :
- Bela ikan tilapia : fakta tentang ikan ini
- Cara bela ikan talapia : Hanya 4 asas untuk ikan membiak
- Fakta haiwan : ikan Dory
Rujukan seperti dinyatakan diatas : terbeliak.blogspot





No Comment