Makanan semulajadi bela ikan Tilapia : Ikan Tilapia merupakan ikan air tawar yang termasuk dalam golongan omnivor. Dimana ikan ini boleh makan apa sahaja antara daging dan tumbuhan. Makanan alternatif semulajadi ikan talapia sangat berguna untuk para penternak mengurangkan kos penternakan.

Pemakanan ikan terbahagi kepada dua fasa. Iaitu fasa ketika masih anakan dan fasa sudah dewasa. Terdapat dua jenis makanan semulajadi untuk anak ikan tilapia.

1. Cacing Mikro
cacing mikro
sumber : pelihara-ikanhias.blogspot

Cacing mikro ialah organisma halus yang berasal daripada keluarga nematod. Ia boleh didapati daripada sumber alam semulajadi seperti tumbuhan yang lembap seperti ubi dan pada pangkal pokok pisang yang sudah reput.

2. Alga
makanan semulajadi ikan Tilapia
Alga yang hidup pada hidupan air. sumber : owlaquascape.blogspot.com

Tumbuhan Alga memainkan peranan yang sangat penting kepada anak-anak ikan yang baru lahir. Kelihatannya, jika alga yang tumbuh dikaca-kaca akurium akan sangat menjengkelkan. Tetapi makanan jenis ini sangat berkhasiat untuk pembesaran anak ikan talapia.

Alga boleh terhasil dengan sangat senang jika anda mendedahkan kolam atau akurium kepada cahaya matahari. Alga yang tumbuh pada sisa makanan ikan akan ditambah cahaya matahari akan melakukn proses fotosintesis yang lebih cepat.

3. Kutu air
kutu air
Sumber : 99.co

Kutu air biasanya boleh didapati daripada longkang-longkang atau kolam yang terbiar. Anda juga boleh membiakkan sendiri kutu air didalam bekas kecil. Jika anda mahu mencari panduan bela kutu air, anda boleh lihat disini : ikanlaga.info.

Untuk makanan semulajadi ikan talapia dewasa adalah seperti berikut

1. Berudu

Selepas ni kalau anda jumpa dimana-mana longkang yang ada berudu, boleh anda ambil dan disimpan dirumah untuk dibuat stok makanan ikan Talapia anda.

Selain itu, sebagai alternatif lain, anda juga boleh menternak katak sehingga dapat menghasilkan berudu.

2. Kangkung liar

Kankung liar biasa boleh dijumpai dilongkang-longkang yang mempunyai air tidak mengalir. Atau daripada kelopak air yang sedikit besar.

Ikan Talapia sangat menggemari kangkung. Mungkin kerana teksturenya yang lembut dan mudah dihadam.

3. Tumbuhan air seperti duckweed dan azolla

Tumbuhan ini biasanya boleh didapati di kolam-kolam yang terbiar. Jika anda terjumpa air ini, anda boleh ternakkan ia supaya dapat memberi stock makanan kepada ikan anda.

4. Ulat kumbang (mealworms)
makanan semulajadi ikan Tilapia
Ulat kumbang. Sumber : allaboutfeed.net

Ulat kumbang secara semulajadinya boleh didapati di bijiran dan gandum yang sudah lama. Ulatt ini mungkin agak sukar untuk dicari secara alami. Tetapi ia banyak dijual dikedai-kedai pet shop atau kedai ikan hiasan.

5. ulat sampah (maggots)

Ulat sampah merupakan larva daripada telur lalat. Ia mudah didapati pada sisa makanan yang sudah terdedah lama. Ada yang mengatakan bahawa ikan Talapia yang makan ulat ini akan menjadi gemuk dan beisi tebal kerana ulat ini mempunyai kandungan protein yang tinggi

6. Daun ubi kayu dan ubi kayu
7. Nasi

Jika anda mempunyai nasi yang berlebihan boleh diberi pada ikan anda. Tetapi anda disarankan berhati untuk tidak berlebihan memberi nasi didalam kolam ikan. Ini kerana, Nasi yang tidak dimakan dan terdedah boleh mempercepat kan penumbuhan amonia. Sekkaligus menyebabkan air kolam menjadi busuk.

8. Roti

Roti yang tidak habis atau yang sudah berkulat anda boleh sahaja campak bagi ikan.

Penulis teringat ketika masa kecil, jika makan roti gardenia tu, mesti kulit dia nak buang sebab keras dan tidak sedap. Jadi, ayah akan suruh campakkan je kulit roti tu dalam kolam ikan.

9. Daun keladi
10. daun betik

Itu sahaja daripada penulis. Semoga bermanfaat kepada yang mencari idea makanan alternatif untuk ikan talapia anda.

Baca juga :

Rujukan : industriairtawar.blogspot, ternaktilapia.blogspot, ILHAMIC/youtube, makanan semulajadi bela ikan Tilapia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like