Makanan yang kaya dengan vitamin C : juga dikenali sebagai ‘ascorbic acid’, merupakan merupakan salah satu vitamin yang boleh meningkatkan sistem imun badan manusia.

Vitamin C merupakan vitamin yang boleh melarut didalam air, sayangnya, tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan atau menyimpan sendiri vitamin ini. Oleh itu, kita sendiri perlu menambah vitamin ini dalam tubuh setiap hari dan memastikan tubuh kita mendapat kadar vitamin C yang cukup.

10 makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin C

Kebanyakan vitamin C boleh didapati dalam diet sayur-sayuran dan buah-buahan harian kita. Tetapi setiap satunya mempunyai kandungan vitamin C yang berbeza-beza. Jom top 10 makanan semulajadi yang sangat kaya dengan vitamin C yang anda boleh amalkan dalam diet pemakanan seharian.

1. Jambu batu
buah jambu batu
sumber : healthjet.net

Buah Jambu batu merupakan salah satu buah tropika yang mengandungi kira-kira empat kali ganda jumlah vitamin C daripada buah oren. Ia juga kaya dengan vitamin A, asid folik, mineral kalium dan copper.

Makanan diet yang hebat ini, tinggi dengan serat dan rendah lemak tepu, kolesterol dan natrium.

Didalam sebiji jambu batu terdapat 200mg vitamin C per 100g.

2. Berry hitam (blackcurrent)
Makanan yang kaya dengan vitamin C
sumber : pixabay.com

Seperti buah jambu batu, blackcurrent juga mengandungi kandungan vitamin C sebanyak 200mg per 100g buah.

Buah berry hitam juga kaya dengan sumber kalium yang baik untuk tubuh. Selain mempunyai antioksidan dan flavonoid yang boleh melegakan keradangan dan jangkitan pada saluran kencing.

3. lada benggala
cili banggali
sumber : agro-food-feed.com

Capsicum atau bahasa melayunya lada benggala merupakan salah satu daripada kumpulan keluarga cili. Cili ini biasa orang buat hiasan kerana rasanya yang tidak pedas.

Cili atau lada ini sangat kaya dengan vitamin C dan tinggi dengan antioksidan. Kandungan vitamin C pada lada benggala yang mentah ialah 140mg per 100g lada.

Untuk pengetahuan anda, lada benggala berwarna merah lebih tinggi dengan vitamin C berbanding lada benggala hijau dan kuning iaitu 80mg vitamin C per 100g lada.

Kandungan vitamin C didalam lada benggala akan berkurangan apabila dimasak. Jadi anda disarankan untuk mengkonsum dalam keadaan mentah. Lada ini juga mempunyai rasa yang manis.

4. Brokoli
sayur brokoli
sumber : herworld.com

Brokoli sering kali dikategorikan sebagai makanan super yang mampu meningkan sistem imun tubuh badan manusia.

Tips untuk mendapatkan sumber vitaminnya yang terbaik ialah ia tidak boleh dimasak atau direbus terlalu lama. Kerana boleh mengakibatkan vitamin yang terkandung didalamnya mati.

Kandungan vitamin C didalam 100g brokoli ialah 89mg. Ia juga kaya dengan beta-karoten, karotenoid, vitamin B (termasuk folat), kalsium, zink, dan serat.

5. Strawberi
buah strawberi Makanan yang kaya dengan vitamin C
Sumber : britannica.com

Strawberi merupakan salah satu buahan yang menjadi kegemaran ramai. Ia mempunyai campuran rasa macam dan manis.

Untuk mendapatkan kadar nilai antioksidan dan kandungan vitamin C yang maximum, anda perlu memakannya secara fresh daripada pokok. Hal ini kerana, kandungan vitaminnya akan semakin menurun selepas ia dipetik.

Kandungan vitamin C didalam 100g strawberi ialah 80mg.

6. Kiwi
buah kiwi
sumber : alimentarium.org

Kiwi merupakan salah satu buah yang mempunyai kadar vitamin C yang tinggi. Antara ciri lain buah ini ialah saiznya yang kecil dan isi buahnya berwarna hijau.

Sama seperti buah strawberi, kiwi juga perlu dimakan dengan segera kerana kadar vitaminnya akan berkurang jika dibiarkan terdedah lama apabila sudah dipetik.

Kandungan vitamin C didalam 100g kiwi ialah 70mg. Buah kiwi juga kaya dengan kalium, antioksidan dan asid lemak omega-3.

7. Betik
pokok buah betik
sumber : shopee.com.my

Pokok buah betik sangat mudah tumbuh pada iklim Malaysia. Anda hanya perlu semai bijinya didalam pasu dan biar ia tumbuh sehingga berbuah.

Buah betik juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan serviks. Ia mengandungi enzim yang membantu dalam proses pencernaan selain membantu tubuh meressap semaksimum mungkin khasiat daripada pemakanan yang diambil setiap hari.

Kandungan vitamin C di dalam 100g buah betik ialah 62mg. Buah betik juga merupakan salah satu buah tropika yang kaya dengan antioksidan, vitamin A, asid folic dan flavonoid.

8. Pucuk brussels atau kobis brussels
sayur kobis brussels
sumber : ms.womenexpertus.com

Pucuk brussles atau kobis brussels kelihatan seperti kobis biasa yang selalu kita makan. Cuma ia mempunyai saiz yang sangat kecil berbanding kobis biasa.

Pucuk brussels menjadi salah satu daripada sayuran yang tinggi dengan vitamin C. Pucuk brussels terkenal dengan masakan yang dipanggang bersama lada atau digoreng kering.

Pucuk Brussels mengandungi fitokimia yang bermanfaat, mempunyai kesan anti-barah dan merupakan sumber folat, zat besi dan vitamin C yang baik. Didalam setiap 100g penyediaannya mengandungi sebanyak 60mg vitamin C.

9. Oren
Makanan yang kaya dengan vitamin C
sumber : shopee.com.my

Buah oren memang tidak asing lagi dengan vitamin C. Buah ini sangat terkenal pada musim perayaan raya cina.

Oren dikatakan senjata yang paling baik untuk melawan penyakit seperti selsema dan demam sederhana. Ia dapat meningkatkan sistem imun dalam badan dan dianggap dapat mengurangkan risiko barah tertentu.

Antara kebaikan lain buah oren ialah ia dapat meningkatkan peredaran darah dalam tubuh dan menurunkan kadar kolesterol darah. Tips lain ialah pengambilan buah yang asli adalah lebih baik berbanding kebanyakan produk lain.

Di dalam 100g buah oren mengandungi 50mg vitamin C. Buah oren sangat sesuai diambil oleh pesakit yang mengalami demam, batuk dan selsema.

10. Kobis bunga
kobis bunga Makanan yang kaya dengan vitamin C
sumber : shopee.com.my

Kobis bunga termasuk dalam golongan keluarga brokoli dan kobis brussels. Rupa dan warnanya yang menarik sangat sesuai dijadikan sayur tambahan dalam makanan seperti sup. Ia juga sedap dimasak bergoreng.

Di dalam 100g kobis bunga mengandungi 46mg vitamin C. Ia juga mengandungi beberapa fitokimia anti-kanser, vitamin B (termasuk folat) dan vitamin K.

Kesimpulannya, semua sayuran dan buahan diatas tidak boleh dimasak terlalu lama untuk mengelakkan vitamin didalamnya hilang atau mati. Sebaiknya, ia di masak secara sederhana atau dimakan secara mentah.

Kebanyakan sayuran dan buahan mengandungi vitamin C tetapi 10 makanan semulajadi diatas adalah makanan yang mempunyai kandungan vitamin C yang lebih banyak berbanding yang lainnya.

Baca juga :

Sumber rujukan : healthline.com, geelongmedicalgroup.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like