Kesan pengambilan vitamin C yang berlebihan : Pengambilan vitamin C yang bersesuaian kepada tubuh manusia adalah sangat penting untuk memastikan sistem imunisasi kita sentiasa kuat. Selain ia membantu proses penyembuhan luka, memastikan tulang sentiasa kuat dan meningkatkan fungsi keupayaan otak.
Dalam artikel kali ini, akan menerangkan kesan jika anda tubuh anda mengambil vitamin C terlalu banyak sehingga boleh memberi kesan sampingan yang lain.
3 kesan pengambilan vitamin C yang berlebihan kepada tubuh
Vitamin C merupakan vitamin yang tidak boleh disimpan didalam tubuh manusia kerana ia bersifat larut air. Berbanding dengan vitamin larut lemak yang mampu disimpan didalam tubuh.
Justeru itu, setiap vitamin C yang terlalu banyak dan tidak diperlukan oleh tubuh akan dikeluarkan melalui saluran air kencing. Selain itu, dos vitamin C yang terlalu banyak menyebabkan ia terkumpul dan menghasilkan gejala overdos.
Berikut merupakan 3 gejala yang akan ditunjukkan oleh tubuh anda jika anda mengalami gejala overdos vitamin C :
1. Terlalu banyak vitamin C akan menyebabkan mengganggu sistem pencernaan
Kesan pertama jika tubuh anda mengambil vitamin C yang berlebihan ialah gangguan pada sistem pencernaan.
Khususnya, kesan sampingan ini tidak jika anda memakan makanan semulajadi yang mengandungi vitamin C, melainkan anda mengambil vitamin ini dalam bentuk supplement.
Terdapat kajian yang mengatakan bahawa, jika anda mengambil 2,000mg vitamin C sehari berkemungkinan besar anda akan mengalami gejala pencernaan seperti yang tersebut diatas.
Gejala pencernaan yang paling biasa berlaku ialah merasa loya, muntah dan cirit-birit.
2. Boleh menyebabkan penyerapan zat besi yang berlebihan
Salah satu fungsi vitamin C dalam tubuh ialah membantu penyerapan zat besi daripada pemakanan.
Antara kesan penyerapan zat besi yang berlebihan dalam tubuh ialah menyebabkan kerosakan serius pada jantung, hati, pankreas, tiroid, dan sistem saraf pusat anda.
Jadi anda dinasihatkan supaya tidak berlebihan dalam mengkonsumsi supplement vitamin C. Cukup dengan dos yang dinasihatkan oleh doktor anda.
3. Vitamin C yang berlebihan menjadi punca terbentuknya batu karang
Secaranya amnya, vitamin C yang tidak diperlukan oleh tubuh manusia akan akan dikeluarkan sebagai ‘produk buangan badan’ iaitu melalui air kencing.
Walaubagaimanapun, dalam beberapa keadaan, produk buangan ini boleh menghasilkan mineral lain yang menyebabkan terbentuknya batu karang.
Terdapat juga laporan yang menunjukkan kegagalan buah pinggang yang berlaku jika seseorang mengambil supplement vitamin C sebanyak 2000mg sehari. Tetapi ia sangat jarang berlaku kepada tubuh manusia yang sihat.
Pengambilan vitamin C sangat sihat untuk tubuh badan
Kesimpulannya, vitamin C sebenarnya sangat baik untuk tubuh manusia. Terutamanya jika anda mengambilnya daripada sumber semulajadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Yang akan menjadi masaalah adalah jika anda mengambil vitamin C dalam bentuk supplement. Ini memungkin untuk anda mengalami kesan sampingan gelaja overdos.
Jadi sentiasalah bersederhana dalam mengambil supplement anda atau ambil mengikut dos yang disarankan oleh pakar dietry anda.
Baca juga :
- 10 makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin C
- 7 cara terbaik vitamin C memberi kebaikan kepada tubuh anda
- Pengalaman menjadi contact rapat pesakit covid 19
sumber rujukan : healthline.com