Kebaikan vitamin C kepada tubuh anda : Sejak virus covid 19 menyerang kami sekeluarga, cikna sekeluarga baru mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari.
Apa itu vitamin C? Vitamin C merupakan vitamin yang sangat penting untuk tubuh anda. Walaubagaimanapun, tahukah anda bahawa tubuh manusia tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C?
Vitamin C yang diterima oleh tubuh manusia diambil daripada sumber pemakanan harian seperti buah orange, sayur bayam, strawberies, buah kiwi dan sebagainya.
Selari dengan arus perkembangan teknologi, sekarang vitamin C kini boleh didapati dalam bentuk supplement yang lebih mudah untuk diambil.

Mengikut sumber tertentu, pengambilan vitamin C yang disyorkan dalam satu hari ialah 70mg untuk perempuan dan 90mg untuk lelaki. Lebihan vitamin C akan dikeluarkan daripada tubuh manusia.
7 cara terbaik vitamin C memberi kebaikan kepada tubuh anda
1. Boleh mengurangkan risiko untuk anda mendapat penyakit kronik
Vitamin C merupakan antioksidant yang membantu menguatkan sistem pertahanan semulajadi tubuh badan anda (sistem imunisasi). Dengan peningkatan sistem imunisasi tubuh, risiko terkena penyakit kronik seperti sakit jantung dapat dikurangkan.
2. Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi

Mengikut statistik di Malaysia, 1/3 daripada rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun keatas mengalami tekanan darah tinggi (hipertensi).
Penyakit tekanan darah tinggi yang tidak dikawal boleh menyebabkan strok, penyakit jantung dan sakit buah pinggang yang serius.
Para saintis yang mengkaji kesan vitamin C kepada pesakit tekanan darah tinggi mendapati bahawa ia dapat mengurangkan risiko penyakit ini. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pengambilan supplemen vitamin C mengurangkan tekanan darah sistolik sebanyak 4.9 mmHg dan tekanan darah diastolik sebanyak 1.7 mmHg.
Tetapi, pesakit yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak digalakkan dengan hanya bergantung pada vitamin C. Rawatan dan nasihat doktor diperlukan untuk merawat penyakit ini.
3. Menurunkan risiko untuk mendapat penyakit jantung

Analisis kajian mendapati bahawa pengambilan suplemen vitamin C boleh mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) sebanyak 7.9 mg / dL dan trigliserida darah sebanyak 20.1 mg / dL.
Jadi anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 500mg vitamin C setiap hari untuk mengurangkan risiko penyakit jantung.
4. Membantu mencegah penyakit gout
Penyakit gout berlaku apabila terdapat terlalu banyak asid urik dalam darah. Asid urik merupakan produk buangan yang dihasilkan oleh badan. Asid urik yang terlalu tinggi menyebabkan mendapat pada saluran sendi anda.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa vitamin C mampu mengurangkan asid urik dalam darah sekaligus melindungi daripada mendapat serangan penyakit gout.
5. Membantu meningkatkan penyerapan zat besi dalam diet seharian
Zat besi merupakan nutrient yang sangat penting untuk menghasilkan sel darah merah. Manakala sel darah merah sangat penting untuk menghasilkan dan mengangkut oxygen dalam tubuh manusia.
Terdapat kajian yang mendapati bahawa pengambilan 100mg vitamin C setiap hari dapat meningkatkan penyerapan zat besi dalam tubuh manusia sebanyak 67%.
Zat besi biasa didapati dalam sumber makanan daripada daging. Jadi, mereka yang mengamalkan diet sayuran sangat digalakkan untuk mengambil supplement vitamin C.
6. Meningkatkan imunisasi tubuh
Bagaimana vitamin C membantu tubuh melawan virus covid 19? Terdapat 3 cara vitamin C membantu meningkatkan imunasi tubuh anda.
- Pertama, vitamin C membantu mendorong pengeluaran sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit dan fagosit, yang membantu melindungi tubuh daripada jangkitan
- Kedua, vitamin C membantu sel darah putih ini berfungsi dengan lebih berkesan sambil melindungi mereka daripada kerosakan oleh molekul yang berpotensi berbahaya, seperti radikal bebas.
- Ketiga, vitamin C adalah bahagian penting dalam sistem pertahanan kulit. Ia diangkut secara aktif ke kulit, di mana ia boleh bertindak sebagai antioksidan dan membantu menguatkan sistem pertahanan kulit.
7. Meningkatkan memori otak semasa pertambahan usia

Demesia bermaksud gejala pemikiran dan ingatanyang rendah seiring dengan pertambahan usia. Demisia biasa berlaku pada manusia dewasa yang lebih tua.
Terdapat kajian yang menunjukkan penghidap demensia mempunyai larutan vitamin C yang rendah dalam badan mereka. Jadi anda digalakkan untuk mengambil vitamin C yang secukupnya pada usia yang lebih muda untuk untuk mengurangkan risiko penyakit demesia pada usia yang lebih lanjut.
Baca juga :
- 3 kesan pengambilan vitamin C yang berlebihan kepada tubuh
- 10 makanan semulajadi yang kaya dengan vitamin C
- 5 makanan untuk perkembangan otak anak anda
- Pengalaman menjadi contact rapat pesakit covid 19
Sumber rujukan : healthline.com, bharian.com.my
- 15 Jenama Baju Raya Paling Laris di Shopee 2025 – No. 3 paling ramai dah jangka!
- STR 2025: Cara Semak Kelayakan, jumlah mengikut kategori, tarikh bayaran & kemaskini maklumat anda
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- Info Review Wardah Crystal Secret: Mencerahkan Kulit Secara Semula Jadi