Cara cek duit palsu atau asli..| Bank Negara Malaysia dalam satu artikelnya berkongsi tentang 3 cara manual yang anda boleh gunakan untuk cek samaada wang yang anda terima adalah palsu atau asli.
Terdapat satu cara yang paling senang dan cepat untuk cek wang palsu iaitu dengan menggunakan alat “alternate ultraviolate radiation banknote detector”.
Lihat video dibawah untuk melihat bagaimana ia berfungsi.
Alat serba canggih ini boleh mengesan cahaya yang dikeluarkan oleh wang asli yang tidak mungkin ada pada wang palsu.
Jadi, kedai-kedai runcit, kedai makan dan mana-mana yang perlu berurusan dengan wang anda disarankan untuk memilik alat ini.
Cara cek duit palsu atau asli secara manual

1. Rasa
Rasai kualiti substrat wang kertas anda :
Wang asli biasanya memiliki kertas kasar dengan kesan cetakan timbul pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong pertama dan teks.
Wang kertas polimer aslinya diperbuat daripada plastik khas dengan kesan cetakan terangkat pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong pertama dan teks.
2. Lihat melalui cahaya
Lihat wang kertas melalui cahaya putih :
Wang asli jika dilihat diatas cahaya putih akan menunjukkan potrait watermark 3-dimensi dengan tanda pandang telus.
Barisan benang keselamatan berwarna gelap berterusan akan muncul. Ia disertai dengan teks mikro (rm10, rm20 dan rm50) berulang-ulang. Turut kelihatan ialah bentuk motif bunga raya.
3. Kesan apabila disendengkan
Untuk wang Rm10, rm20 dan rm50 yang asli jika disendengkan akan mengeluarkan warna yang berbewza pada bebenang keselamatannya.
Manakala wang rm100 akan menunjukkan bentuk motif bunga rasa yang bergerak ketika ia disendeng dan digerakkan.
Baca juga :
- Cara buat duit dengan Affiliate Marketing
- Cara keluarkan duit ASB secara online di myASNB
- Tips cara jimat bil air dirumah
- Tips penjimatan elektrik yang perlu anda cuba dirumah
Sumber info : bnm.gov.my/methods-to-check-banknote-security-features, xtra.com.my/ketahui-cara-untuk-kenal-pasti-ketulenan-wang-kertas-jangan-tertipu,
- 4 tempat menarik di singapore untuk bercuti bersama keluarga. Tiket online promo 2022
- Adakah passport diperlukan untuk bercuti ke Singapore? Trip satu hari ke Singapore dengan KTM
- Maksud BPA Free vs. botol minuman biasa
- Jenis kod botol plastik yang selamat digunakan
- Sejarah permulaan jenama minyak wangi Avon