Tips cara jimat bil air dirumah..| Air merupakan salah satu keperluan asas kehidupan yang tidak boleh dinafikan kepentingnnya. Mengikut kajian, dianggaran purata penggunaan air oleh seorang rakyat Malaysia ialah 211 liter dalam masa sehari.
“Negeri Selangor ni sinonim dengan masalah air yang tidak berpenghujung. Kebanyakan punca ganggu air di Selangor ini disebabkan pencemaran yang berlaku disungai-sungai. Selain teknologi dalam bidang alam sekitar yang masih ketinggalan jauh. Gangguan air yang berlaku pada musim penularan virus covid 19 semakin menaikkan kemarahan penduduk selangor.”
sumber : bharian.com.my
7 cara jimat air yang perlu jadi amalan anda
Melihat bil elektrik tau bil air yang melambung tinggi pasti menyaitkan hati anda bukan? Jom cuba praktikkan cara penjimatan air berikut.
1. Kurangkan penggunaan air semasa mencuci pinggan
Cara yang paling senang untuk mengurangkan penggunaan air semasa mencuci pinggan ialah dengan mengumpulkan pinggan mangkuk didalam sinki.
Dengan menggunakan teknik seperti mencuci pinggan ketika rewang kenduri, air yang diperlukan tidak terlalu banyak.
“hmmm.. macam leceh jekan nak kena tadah air dulu. Cara saya ialah jika dirumah, cuci pinggan hanya selepas selesai masak atau makan. Buangkan sisa makanan terlebih dahulu. Gunakan air kecil untuk mencuci. Lalu bukakan air sederhana untuk membilas pinggan mangkuk.”
Cuba amalkan tidak membuka air yang besar hanya untuk mencuci tangan atau pinggan. Biasakan diri hanya membuka air kecil disinki rumah.
2. Kurangkan penggunaan air semasa didalam tandas
Kurangkan air bukan bermaksud anda seorang pengotor sehingga tidak mencuci langsung selepas membuang. Tetapi ia lebih kepada konsep kurangkan apa yang tidak perlu.
Toilet terkini disertakan dengan dua fungsi button flush. Yang kecil sebelah kanan fungsinya jika anda hanya membuang air kecil. Manakala yang sebelah kiri, fungsinya ialah untuk mengflush toilet jika anda membuang air besar. Dua fungsi button ini mengeluarkan tekanan air yang berbeza.
Bagaimana pula jika toilet anda tidak mempunyai fungsi diatas? Anda boleh cuba cara berikut.
Ambil botol kecil/sederhana masukkan batu kecil supaya ia berat. Selebihnya penuhkan dengan air. Kemudian masukkan kedalam flusher anda. Dengan cara ini, kapasiti air yang keluar dapat dikurangkan sedikit.
3. Air yang menitik keluar pun sebenarnya adalah duit yang mengalir
Jika anda selalu membiar kan air mengalir ketika sedang memberus gigi atau sabun badan, anda sudah membazirkan air yang berharga. Elakkan pembaziran dengan menutup paip yang tidak digunakan.
Lagi satu, jika terdapat paip yang rosak menyebabkan air menitik, cuba untuk anda usahakan membaik pulih paip tersebut. Kerana jika titisan air itu ditadah, mungkin anda sudah membuang 2 baldi air dalam masa sehari.
4. Gunakan shower head yang bertekanan rendah
Aktiviti seharian ada yang paling banyak penggunaan air ialah ketika anda mandi. Sebenarnya, ketika mandi pun anda mampu untuk menjimatkan air.
Ketika mandi, pastikan anda tidak malas untuk menutup air shower ketika tidak digunakan. Jangan membiarkan ia mengalir sentiasa.
Shower head dengan mode air bertekanan rendah lebih menjimatkan air berbanding mode yang bertekanan tinggi.
5. Tadah air hujan
Air hujan tidak elok digunakan untuk mandi? Ye betul, ini kerana, air yang hujan yang awal turun sudah dicemari dengan bahan kimia yang ada pada udara kita. Jika anda mahu mandi hujan, tunggu 10 minit hujan turun untuk mnegelakkan daripada hujan yang sudah tercemar.
Tadah air hujan untuk penggunaan luar rumah. Banyak kebaikan lain yang anda boleh manfaatkan dengan menadah air hujan.
Contohnya seperti, membasuh kereta, siram pokok bunga dan membasuh laman anda. Sekarang anda sudah menjimatkan berliter-liter air sekaligus akan menurunkan kadar bil air.
“bestkan dapat tadah air hujan nih??Macam-macam anda boleh buat dengan air hujan tadahan nih. Kalau yang duduk rumah tinggi macam mana pula?? Haa..cuba anda cari alternatif untuk anda tadah di balkoni anda.”
6. Kurangkan kekerapan membasuh baju
Jika dibanding masin basuh baju semi auto dengan automatik, mesin basuh automatik lebih banyak menggunakan air berbanding mesin semi auto. Tetapi rata-rata rumah sekarang hanya memiliki mesin basuh automatik. Mesin basuh automatik lebih memudahkan dan menjimatkan masa.
Untuk menjimatkan air ketika membasuh baju, anda perlu kumpulkan dahulu baju yang mahu dibasuh. Jika isi rumah tidak ramai, anda boleh basuh baju 3 hari sekali.
Kesimpulannya..
Mungkin terdapat banyak lagi tips untuk anda jimatkan air. Jika ada, tinggalkan dibahagian komen dibawah.
Cuba amalkan tips diatas, dan bandingkan pada bil bulanan anda. Selamat beramal!
Baca juga :
- Tips penjimatan elektrik yang perlu anda cuba dirumah
- Tips membersihkan lantai daripada rambut gugur!
sumber info : https://www.mysumber.tv/tips-jimat-air/, Tips cara jimat bil air dirumah