Sejak 2019, bermulanya penularan virus berjangkit covid-19, negara kita, Malaysia telah mempraktiskan PKP. Perintah Kawalan Pergerakan ini ramai daripada kita terkejut dengan peningkatan kos elektrik yang menaik mendapat sehingga 2 atau 3 kali ganda. Jom lihat perkongsian tips untuk penjimatan elektrik dirumah ini.

Tips penjimatan elektrik
sumber gambar : pertaibu.com

“Berpeluh-peluh huiiii tengok bil elektrik dekat rumah ini mencanak naiknya. Daripada 300RM sebulan naik sampai 500 600. Dah lah musim PKP nih gaji kena tolaklah, kena tolak separuhlah”

monolog penulis

Kenali dua waktu yang berbeza dalam pengiraan skim elektrik

Tahukah anda pengiraan elekrtik daripada TNB berbeza mengikut jenis hartanah dan waktu tertentu.

Untuk tarif elektrik untuk hartanah jenis komersial seperti rumah adalah lebih rendah berbanding takrif elektrik untuk kilang dan pejabat.

Kadar tarif pembacaan bil elektrik juga berbeza pada dua waktu berikut iaitu waktu puncak dan luar waktu puncak. Waktu puncak akan dikira bermula 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Manakala luar waktu puncak dikira bermula 10.00 malam sehingga 8.00 pagi esoknya.

Sangat penting untuk kita tahu dua waktu ini kerana takrif elektrik untuk pengiraan luar waktu puncak adalah lebih rendah berbanding pada waktu puncak.

Jadi lepas inim bolehlah anda plan untuk lebih beraktiviti yang memerlukan penggunaan elektrik pada waktu malam untuk penjimatan elektrik.

6 Tips penjimatan elektrik untuk seisi rumah

Bil elektrik yang tinggi adalah sangat membebabkan. Terdapat beberapa tips dan cara yang anda boleh praktik seharian untuk penjimatan elektrik yang lebih maximum.

1 – Cabut plug yang tidak digunakan sebelum tidur

Seorang pengguna dalam laman facebook telah berkongsi pengalaman beliau dalam tips untuk menjimatkan elektrik. Caranya ialah sebelum tido unplug semua perkakas elektrik yang tidak digunakan kecuali peti ais dan wifi.

Cara ini mampu menjimatkan bulanan bil elektrik sehingga RM50.

“Rupanya walaupun kita tidak on power suiz, elektrik tetap berjalan didalam kepala wayar”

2- Tukar setting aircond daripada ‘dry mood’ kepada ‘cold mood’
sumber gambar : hardwarezone.com

Pada setiap remote aircond pasti ada beberapa function mode seperti dry mood dan cold mood.

Untuk penjimatan elektrik yang lebih maximum, anda digalakkan untuk kerap menukar aircond kepada dry mood. Bagaimana dry mood ini mampu untuk menjimatkan elektrik?

Didalam keadaan dry mood, kompresor aircond tidak bergerak. Ia akan mengurangkan kelembapan udara dan menurunkan suhu bilik.

kesan lainnya pula, ia akan menyebabkan udara bilik anda menjadi sedikit kering.

3 – sleep mood untuk PC/komputer anda
shortcut keyboard untuk mood sleep. sumber gambar : google image

Fenomena work-from-home terus dijalankan selari dengan penularan covid 19 yang semakin meningkat di negara kita.

Oleh itu, setiap isi rumah pasti memerlukan laptop/PC untuk meneruskan pekerjaan mereka. Bayangkan jika isi rumah ialah 10 orang. Termasuk anak-anak yang memerlukan laptop untuk sekolah mereka.

Penggunaan laptop/PC yang banyak juga boleh menyumbang kepada peningkatan bil elektrik.

Untuk penjimatan elektrik yang maximum, sentiasa letakkan laptop yang anda gunakan pada mood sleep walaupun anda hanya mahu rehat selama 30 minit.

Sebelum tidur, pastikan anda mencabut plug battery laptop.

4 – Amalkan tabiat menutup suiz selepas penggunaan

Contoh peralatan elektrik yang biasa kita gunakan seharian ialah blender, microwave, kipas angin dan sebagainya. Anda digalakkan untuk mempraktikkan tabiat menutup suiz perkakas elektrik ini sejurus selepas digunakan.

Amalan ini perlulah dibiasakan dan dipraktikkan. Supaya tiada lagi perkara seperti terlupa dan malas. InshaAllah bika sudah terbiasa, anda mampu untuk menjimat elektrik sekaligus menurunkan bil TNB anda.

5 – Tukar lampu mentol lama anda kepada lampu LED
lampu LED wireless menghasilkan cahaya yang lebih terang

Pastikan anda menukar lampu mentol rumah anda kepada lampu mentol jenis LED.

Antara kebaikan penggunaan lampu LED ialah ialah ia menggunakan energi yang sedikit. Mampu LED mampu menjimatkan penggunaan elektrik dari 20-50 peratus penggunaan elektrik berbanding lampu mentol biasa.

Selain menguntungkan dalam aspek bil elektrik, lampu LED juga mampu menerangi ruang dengan cahaya yang terang. Ia sangat sesuai untuk penggunaan domestik dirumah bahkan didalam pejabat kerja.

6 – Tukar perkakas atau peralatn elektrik anda yang lebih jimat tenaga
Tips penjimatan elektrik
sumber gambar ; impiana.my

Jika anda mampu, usahakan untuk menukar peralatan elektrik pada peralatan yang paling latest. Peralatan elektrik yang terlalu lama tidak mempunyai alat untuk penjimatan elektrik berbanding penciptaan elektrik yang lebih terbaru.

Baca juga : Kipas berdiri rosak tak berpusing : ganti motor kipas

Kebanyakkan peralatan elektrik yang dijual sekarang mempunyai sticker yang menunjukkan level penjimatan elektrik. Semakin tinggi bilangan bintang, semakin sedikitlah penggunaan energi untuk peralatan tersebut.

Itu dia beberapa tips untuk penjimatan elektrik yang boleh anda cuba. Jika anda tahu cara jimat lain bolehlah dikongsikan di ruangan komen.

sumber info : https://www.kompas.com/homey/read/2021/05/03/193358376/lampu-led-lebih-terang-dan-hemat-listrik?page=all,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like