Cara cuci emas dirumah..| Emas kini menjadi tranding dimana ia merupakan perhiasan nombor satu kesukaan wanita di Malaysia. Mereka bukan sahaja memakainya untuk perhiasan, emas juga dijadikan sebagai aset simpanan kerana nilainya yang saban hati meningkat dengan sangat banyak.

Cuci emas dikedai

Kebiasaannya, kalau korang bawa emas untuk dicuci dikedai emas, pemilik kedai akan mengenakan cas antara rm5 – rm10 mengikut kuantiti emas korang.

Kebiasaannya, kedai emas mempunyai mesin khas untuk mencuci emas. Manakala pencucinya mereka menggunakan solution khas iaitu ‘gold cleaner’.

cara cuci emas
Ini dia rupa mesin cuci emas yang biasa ada dikedai. Kredit foto : shopee.com.my

Mesin cuci emas ini conform-conform akan memberikan hasil yang terbaik dan berkilau seperti baru.

Tapi kalau nak pergi kedai emas semata-mata nak cuci emas mesti malaskan? Why not korang cuba cara DIY berikut untuk mencuci emas dirumah sahaja.

5 cara cuci emas perhiasan dirumah

Sesetengah orang membeli emas untuk disimpan dan dijadikan aset manakala sesetengahnya digunakan untuk perhiasan.

Pemakaian emas setiap hari seperti rantai tangan, rantai leher dan cincin menyebabkan emas menjadi semakin pudar disebabkan oleh persekiran dan cuaca.

Selain itu, emas akan menjadi semakin gelap disebabkan kesan-kesan daki yang menempel pda emas kerana pemakaian yang terlalu lama.

1. Ubat gigi

Semua jenis ubat gigi korang boleh gunakan untuk mencuci emas.

Caranya mudah sahaja :

  • Gunakan berus gigi lama, taruk ubat gigi pada berus gigi tersebut.
  • Celupkan berus gigi tersebut didalam air kemudian beruskan pada emas korang.
  • Kemudian jangan dibilas dulu. Rendamkan emas tadi didalam air selama 15 minit.
  • Last sekali bilas dan keringkan dengan tisu dapur.
2. Sabun pencuci pinggan

Pencuci pinggan yang paling baik untuk mencuci emas ialah jenama ‘sunlight’. Cara-caranya ialah :

  • Didalam bekas kecil isikan air panas sedikit.
  • Masukkan sabun ‘sunlight’ dan aduk sebati sekejap sahaja.
  • Rendamkan emas anda selama 20 minit didalam air sabun tadi.
  • Gunakan berus gigi halus untuk menggosok emas korang.
  • Selepas korang dah puas hati dengan hasilnya, bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tisu dapur.
3. Cecair amonia

Dimana korang boleh dapatkan cecair ini? Untuk lebih senang, dapatkan cecair ini di kedai online seperti lazada dan shopee.

Kegunaan cecair amonia untuk mencuci emas tidak digalakkan terlalu kerap. Kerana pencuci ini mungkin akan menghakis barang perhiasan korang.

Gunakan ia jika emas masih tidak bersih setelah dicuci dengan sabun basuh pinggan. Juga pastikan emas korang tidak mempunyai batu permata dan mutiara jika dicuci dengan cecair amonia.

Cara-caranya ialah :

  • Didalam bekas yang kecil, campurkan satu bahagian cecair amonia bersama 7 bahagian air biasa.
  • Kacau rata dan pastikan campuran sebati.
  • Rendamkan emas korang didalam solusi ini selama beberapa saat sahaja.
  • Kemudian angkat menggunakan sudu. *elakkan tangan anda daripada terkena cecair ini.
  • Bilaskan bersama air yang mengalir.
  • Akhir sekali keringkan diatas kain yang lembut atau tisu dapur dan hasilnya membuatkan korang terpukau.
4. Air soda

Aiir minuman soda adalah larutan yang baik sebagai agen pembersihan. Air soda paling sesuai untuk membersihkan barang kemas daripada silver. Ia mampu memberikan kesinaran bak kemas yang baru keluar daripada kedai.

Pilihan air soda yang terbaik ialah soda 7UP. Cara-caranya ialah :

  • Rendamkan barang kemas korang kedalam bekas yang berisi air soda berjenama 7UP.
  • Tunggu sehingga 10-15 minit kemudian keluarkan.
  • Gosokkan sedikit dengan berus gigi halus jika terdapat daki dan kotoran yang degil.
  • Kemudian bilaskan bersama air yang mengalir dan bersih.
  • Last sekali, keringkan barang kemas korang dengan tisu dapur.
5. Air yang mendidih

Gunakan air yang mendidih untuk membersihkan barang kemas korang yang tidak mempunyai batu dan mutiara.

Caranya sangat mudah hanya perlu masukkan kedalam air mendidih tadi selama 3-5 minit. Kemudian toskan dengan tisu dapur.

Kenapa tisu dapur?

Sebenarnya korang boleh juga guna kain lembut yang biasa orang guna untuk polis. Tetapi jika tiada, guna sahaja tisu dapur.

Tisu dapur sifatnya lebih keras berbanding tisu biasa. Dan iaii tidak mudah terlerai dan berbulu.

Baca juga :

sumber info : mrgoldpawnblog.blogspot.com, www.bollywoodshaadis.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like