Bau perfume Victoria secrete yang paling wangi pilihan pelanggan..| Adake yang masih tidak tahu dengan jenama antarabangsa Victorias secrete? Dalam kalangan anak-anak muda, rata-rata sangat meminati produk jenama ini. Salah satu produk yang terkenal ialah minyak wanginya.

Apa yang bestnya pada perfume victoria secrete ini ialah anda boleh memilih bau daripada bau yang segar sehinggalah bau yang boleh memikat kesayangan anda.

Jom lihat 8 bau pilihan pelanggan ini yang paling best dan paling wangi.

8 bau perfume Victoria secrete yang paling wangi pilihan pelanggan

1. Victoria’s Secret Bombshell Bombshell Eau de Parfum Spray
review perfume victoria secrete paling wangi
Sumber : shopee.com.my

Tahukah anda perfume victoria secrete yang paling terlaris samaada di Amerika mahupun di Malaysia ialah Bombshell Eau De Perfume.

Bombshell Eau De Perfume mempunyai campuran bau buah-buahan dan bunga dan ia telah dicipta hampir sedekad yang lalu.

Apa yang lebih menariknya, baunya akan bertahan lebih lama kerana perfume ini mempunyai pati yang lebih pekat.

Bahan utama perfume Bombshell Eau De Perfume ialah : limau gedang, markisa, nanas, strawberi, peony, melati, kasturi dan oakmoss.

Bau Bombshell juga sesuai dipakai sepanjang tahun tanpa mengira musim dan ia memberikan kesegaran sepanjang hahri.

2. Victoria’s Secret Bare Vanilla
review perfume victoria secrete paling wangi
Sumber : shopee.com.my

Mungkin anda sudah boleh bayangkan bau manis vanilla. Sama seperti perfume Bare Vanilla ini, ia mempunyai bau yang ringkas, fresh dan sesuai untuk semua peringkat umur.

Selain vanilla, perfume ini juga mempunyai campuran sedikit gula perang dan kasmeran yang melengkapkan bauan ini.

3. Victoria’s Secret Tease
review perfume victoria secrete paling wangi
sumber : shopee.com.my

Satu lagi perfume yang sangat terkenal iaitu Victorias Secrete Tease.

Hampir sama seperti Victorias Secrete Bare Vanilla, Bau Tease adalah lebih kompleks dimana ia adalah campuran vanilla manis dan diseimbangkan dengan aroma bunga dan buah-buahan.

Jom cuba guna wangian Tease dari Victorias Secrete ini apabila keluar berdating dengan suami tercinta anda.

4. Victoria’s Secret Very Sexy Now Wild Palm
review perfume victoria secrete paling wangi
sumber : shopee.com.my

Bau minyak wangi ini adalah seunik namanya iaitu Very Sexy Now Wild Palm.

Baunya adalah campuran bunga putih dengan buahan, kayu dan tropika. Seperti bau lautan, ia sangat sesuai dibawa jika anda sedang bercuti ke Pantai dan pulau.

Sekalipun anda berkurung didalam rumah, bau ini mampu akan terus memberi anda bayangan pasir dan pokok kelapa yang indah.

5. Victoria’s Secret Very Sexy Now 
review perfume victoria secrete paling wangi
sumber : shopee.com.my

Bau Very Sexy Now yang memikat akan memberikan anda gambaran suasana tropika, tetapi ia lebih menggoda dan sensual daripada Very Sexy Now Wild Palm.

Bau ini terbuat daripada campuran oriental yang pedas, bau bunga dan bauan tropika yang menenangkan.

Kenapa tidak anda gunakan perfume ini untuk makan malam romantik bersama suami anda?

6. Victoria’s Secret Heavenly 
review perfume victoria secrete paling wangi

Jika anda seorang yang minat bau-bau bunga yang berkrim, anda boleh cuba perfume Heavenly ini. Ia sangat sesuai dipakai pada waktu malam dimana anda mahu berehat dan ketenangan.

Perfume ini mempunyai campuran bunga kasturi putih, cendana, vanilla dan peony yang memberikan anda aroma seolah anda baru lepas keluar dari mandi yang panjang.

7. Victoria’s Secret Crush
review perfume victoria secrete paling wangi
sumber : shopee.com.my

Ini adalah salah satu lagi minyak wangi bunga Victoria’s Secret yang sangat memukau. Motif utama minyak wangi ini dihasilkan adalah untuk menciptakan bau bunga yang segar disertakan dengan bau lembut dan pedas yang akan membuatkan anda kelihatan berprofil tinggi.

Perfume Crush daripada Victorias Secrete ini terhasil daripada campuran peony, lada merah jambu dan bunga ashoka.

Jika anda berkerja didalam pejabat dengan sut yang hitam, mungkin bau ini lebih sesuai untuk anda, terutmanya jika anda perlu hadiri mesyuarat lembaga pengarah.

8. Victoria’s Secret Love
review perfume victoria secrete paling wangi

Anda pasti akan menyukai minyak wangi Victoria’s Secret Love. Perfume ini berfungsi sangat baik sama ada untuk lelaki mahupun perempuan.

Ianya terbuat daripada campuran bunga juniper, aprikot dan bunga kapas sehingga menghasilkan bau yang kasual.

Baca juga : 9 bau pilihan pelanggan bath and body work

Official Store Malaysia Victoria’s Secrete

Jika anda lihat kebanyakan Mall Malaysia yang besar pasti mempunyai kedai asli Victorias Secrete.

Tetapi, jika anda mahu melihat pelbagai rangkaian produk mereka yang ada di Malaysia, anda boleh sendiri di Official Website https://victoriassecret.my

Sumber info : ms.wikipedia.org,11

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like