Reviews

Apakah kesan pengambilan glucerna kepada orang tanpa diabetes?

Kesan pengambilan glucerna kepada orang tanpa diabetes..| Susu atau minuman Glucerna merupakan minuman yang direka khas untuk pesakit diabetes. Ia Ia diformulakan dengan nutrient yang khusus untuk menggantikan sebahagian hidangan harian bagi pesakit ini.

Baca disini : Info review susu Glucerna menurunkan paras gula dan berat badan

Susu Glucerna perisa Vanila shopee.com.my/ensure.os
Boleh ke orang tanpa diabetes mengambil susu Glucerna?

Sumber daripada laman web rasmi soal jawap tentang susu Glucerna (glucerna.com), jawapannya adalah BOLEH.

Orang yang tidak mempunyai diabetes boleh menggunakan produk Glucerna dengan selamat. Glucerna Shakes dan bar Glucerna direka khusus untuk penghidap diabetes atau orang yang cuba mengawal paras gula dalam darah mereka.

Tetapi, plan utama Produk Glucerna dihasilkan adalah bertujuan untuk digunakan di bawah pengawasan perubatan sebagai sebahagian daripada plan pengurusan diabetes.

Kesan glucerna kepada orang tanpa diabetes
Gambar sekadar hiasan

Lihat harga Susu Glucerna di shopee.com.my/ensure.os 👍👍🥛🥛😍

Apakah kesan pengambilan susu Glucerna kepada orang yang tiada penyakit diabetes?

Satu-satunya risiko mengambil Glucerna kepada seseorang tanpa diabetes adalah risiko yang dikaitkan dengan pengambilan terlalu banyak protein (sumber : Everyday Health).

Terlalu banyak protein boleh menjadi risiko bagi individu yang mempunyai buah pinggang yang tidak berfungsi dengan baik

Walaubagaimanapun, risiko mengambil terlalu banyak protein dengan meminum Glucerna adalah sangat minimum. Ini kerana didalam 8 auns hidangan minuman Glucerna mengandungi :

  • 200 kalori,
  • 10g protein,
  • 27g karbohidrat,
  • 7g lemak,
  • dan 6g gula.

Sumber daripada WebMD, jumlah pengambilan protein harian yang disyorkan ialah 46 gram untuk wanita dan 56 gram untuk lelaki. Jadi untuk melebihi keperluan ini, anda memerlukan minum sekurang-kurangnya lima Glucerna shake setiap hari.

Kebaikan susu Glucerna kepada tubuh anda

Meal replacement shake berguna untuk menurunkan berat badan atau untuk menyediakan hidangan yang cepat dan mudah semasa dalam perjalanan, tetapi ia tidak menghilangkan keperluan untuk diet seimbang.

Glucerna datang dalam empat perisa : Coklat Kaya, Vanila, Strawberi Berkrim dan Classic Butter Pecan.

Minuman ini mempunyai kandungan gula tetapi sarat dengan nutrisi. Ia juga bebas gluten, menjadikannya pilihan yang sesuai untuk orang yang tidak bertoleransi gluten.

Walaubagaimanapun, anda adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar nutrisi untuk pengambilan susu ini. 👩‍⚕️👩‍⚕️👩‍⚕️

Sumber info : abbottnutrition.com.my, glucerna.com, reference.com, Kesan glucerna kepada orang tanpa diabetes

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

You may also like