Punca bayi selalu tersedu selepas minum susu : Mungkin ibu-ibu sering melihat bayi akan tersedu selepas menyusukan? Mungkinkah ia berpunca daripada susu yang tidak masuk sepenuhnya kedalam perut bayi? Jom kita lihat puncanya dan beberapa tips atau cara untuk menghentikan sedu pada bayi.

Punca bayi tersedu selepas minum susu
Sumber gambar : google image
Punca bayi tersedu

Sedu yang berlaku pada bayi bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan. Tetapi, jika bayi anda terlalu kerap sangat tersedu dari masa ke semasa, ketika itu anda perlu untuk melakukan sesuatu.

Sedu pada bayi akan berlaku apabila organ diafragma bayi anda bergerak secara mengejut atau berlaku sedikit kekejangan.

Apa itu organ diafragma? Diafragma merupakan otot yang berbentuk kubah dibahagian bawah dada dan paru-paru. Fungsi ialah untuk membantu paru-paru bernafas dengan pergerakan mengembang dan menguncup.

Apabila diafragma menjadi terkejut, ia mungkin secara tidak sengaja menguncup dengan cepat sekaligus menyebabkan udara yang disedut sedikit lebih kuat daripada nafas biasa. Apabila kekuatan udara ini memukul pita suara bayi anda, ia akan bertindak balas dengan menutup pita suara secara mengejut. Itulah yang menyebabkan terhasilnya bunyi sedu yang kecil ini.

Diafragma bayi anda mungkin menjadi terkejut jika dia makan terlalu cepat atau terlalu banyak, atau mungkin jika dia merasa teruja atau gugup dengan sesuatu.

Kedudukan organ diafragma didalam tubuh manusia. Sumber gambar : Wikipedia.com
Cara untuk menghilangkan sedu bayi

Sedu adalah sesuatu yang normal kepada bayi. Kebiasaannya, sedu akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minit. Tetapi, terdapat juga beberapa untuk membuang sedu pada bayi dengan cepat.

1. Tersedu ketika sedang menyusu

Jika sedu berlaku ketika anda sedang menyusukan bayi, cuba anda berhentikan dulu penyusuan dan ‘burp’ kan bayi anda pada posisi yang sesuai.

Tunggu beberapa seketika sehingga bayi andad tenang. Kemudian barulah sambung menyusukan bayi. Cara ini boleh mengelakkan bayi anda dari tidak selesa ketika sedang menyusu.

2. Berikan susu jika mengalami sedu yang lama

Jika anak anda tersedu sehingga 5-10 minit, berikan susu semula untuk menenangkan bayi.

3. Bermain dan buatkan bayi anda berasa selesa

Cara lain untuk mempercepatkan sedu pada bayi hilang ialah dengan membuatkan bayi tenang dan selesa.

Bermain dan membuatkan mereka ketawa juga boleh membantu membuang sedu. Selain itu, tukar posisi dengan mendukung atau lain-lain juga mampu menghilangkan stress bayi.

Pastikan diapers bayi ditukar dan dibbersihkan supaya bayi sentiasa selesa.

Baca juga :

Sumber info : Punca bayi selalu tersedu selepas minum susu, https://www.pampers.com/en-us/baby/health/article/baby-hiccups, https://www.parents.com/baby/care/why-does-my-newborn-hiccup-so-often/, cara hilangkan sedu bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like