Dalam masyarakat melayu, jika mata bayi selalu pandang keatas memberi petanda yang berkaitan dengan alam mistik. Tetapi, kenapa mata bayi selalu pandang keatas mempunyai sebab tersendiri dari segi saintifiknya.
Comelkan mata bayi yang baru lahir ini kan? Mata bayi dikatakan tidak akan membesar sehingga mati. Tetapi sebenarnya perkara tersebut adalah auta ye. Mata bayi sebenarnya akan berhenti membesar sehingga berumur 20-26 tahun. Cuma peratus pembesaran yang kecil membuatkan ia kelihatan seperti tidak membesar seperti tubuh badan yang lain.
Fakta tentang mata bayi yang baru lahir
Mata bayi yang baru lahir selalu memandang keatas adalah sesuatu yang normal. Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu panik dengan keadaan tersebut.
Hal ini kerana, bayi merupakan makhluk yang baru nak mengenali alam dunia. Mereka juga sedang berada didalam fasa tumbesaran dan perkembangan yang pesat. Sama ada pada otak mereka, mahupun tubuh badan mereka.
Jom lihat beberapa fakta mata bayi yang baru lahir
- Mata bayi yang melihat ke silting, lampu dan kipas atas adalah sesuatu yang normal. Tetapi, selepas umur 12-16 minggu, ia akan menjadi sesuatu yang perlu anda risau kan.
- Jarak penglihatan pada bayi baru lahir ialah 6 ke 9 inci sahaja. Jadi mereka sebenarnya mempunyai pandangan yang kabur sehingga mata mereka berkembang sepenuhnya.
- Mata bayi yang baru lahir mungkin akak sering melilaukan mata dan pusing memandang atas. Hal ini kerana otot pada mata mereka masih lemah dan belum lagi berfungsi dengan baik.
- Kebiasaannya pergerakan mata seperti ini akan berakhir pada umur mereka 2-4 bulan.
Mata bayi yang selalu pandang adalah sesuatu yang normal
Ibu-ibu baru yang menjaga anak sulung mungkin akan panik dengan perubahan pergerakan mata pada anak mereka.
Tetapi, menurut doktor Kanak-kanak, ia adalah sesuatu yang normal kecuali ia berlarutan sehingga bayi anda mencapai umur 5 bulan. Jika itu terjadi, anda boleh consult terus dengan pakar pediatrician anda.
Mak cikna ajar, jika bayi selalu memandang atas, cuba untuk saou kepala dan dahi bayi supaya dia beralih fokus kearas lain.
Selain itu, anda juga perlu selalu berkomunikasi dengan bayi anda supaya bayi dapat belajar fokus kepada suara anda sekaligus menarik mereka daripada terus menfokuskan mata mereka memandang atas.
Baca juga :
- Kenapa pentingnya sendawakan bayi selepas menyusu
- Checklist barang bayi : persediaan awal untuk ibu mengandung
- 5 makanan untuk perkembangan otak anak anda
- Mencapai Kulit Licin dengan eosika IPL Hair Removal SIPL-22X: Review Lengkap
- Jangkaan Pengumuman Kadar Dividen ASB 2024: Bilakah Tarikh Kritikal?
- 6 tempat menarik di Kuala Lumpur 2022 untuk percutian kanak2 dan keluarga
- Cara beli Unifi BEBAS prepaid secara online sahaja
- Cara beli simkad unifi mobile prepaid tetapi kekalkan nombor lama
Sumber info : https://www.google.com/amp/s/hellosehat.com/mata/glaukoma/glaukoma-kongenital/%3famp=1, Kenapa mata bayi selalu pandang keatas, https://www.romper.com/parenting/baby-stares-at-the-ceiling-a-lot-experts-promise-its-normal-19206456