Kenapa bayi anda selalu menggosok mata : Sepanjang tempoh cikna menjaga anak buah cikna, satu kelakuan yang kerap dilakukan oleh bayi ini menggosok mata nya. Kadang-kadang sampai calar-balar terkena dengan kukunya.
Bayi yang menggosok mata mereka terasa seperti sesuatu yang normal seperti orang dewasa yang menggosokkan mata mereka. Tetapi sebenarnya, terdapat tanda pada perlakuan bayi ini.
Ini sebabnya kenapa bayi anda selalu menggosokkan mata mereka
Kebiasaannya jika cikna melihat bayi gosok mata mereka mungkin sebab matanya masuk habuk dan membuatkan mata bayi gatal dan tidak selesa.
Terdapat juga kemungkinan sebab lain yang membuatkan bayi anda menggosokkan mata mereka. Jom lihat 5 sebab berikut.
1. Bayi penat atau keletihan
Bayi yang baru lahir biasanya akan membuat pergerakan pada yang melilau dan menfokus terlalu lama. Semua pergerakan kecil ini membuatkan bayi menjadi keletihan.
Menjadi habit bayi untuk memberitahu kepada penjaga mereka bahawa mereka sudah keletihan dan bersedia untuk masa tidur.
Jadi, dengan menggosokkan mata sebenarnya adalah salah satu signal bahawa mereka sedang keletihan dan memerlukan tidur.
2. Mata bayi sakit atau gatal
Sebagai manusia dewasa yang normal, gosok mata adalah pergerakan yang disebabkan ketidakselesaan daripada kawasan sekeliling. Ia juga menjadi tanda perubahan emosi dalam diri.
Begitu juga dengan bayi, mereka akan menggosokkan mata mereka jika mata mereka gatal disebabkan habuk atau lain-lain.
Perhatikan pada mata anak anda. Mata yang sakit pada bayi memberi tanda seperti kemerahan, berair dan kekerapan mereka menggosok mata.
3. Berlaku infeksi pada mata
Virus dan bakteria juga boleh menyerang mata bayi. Ia mungkin berpunca daripada gosokan pada mata melalui tangan yang terdedah kepada bakteria lalu terkena mata bayi.
Mata bayi yang terinfeksi tidak semestinya akan mengalami ke gatal an, tetapi kebiasaannya tanda-tandanya akan ditunjukkan sama seperti tanda mata berhabuk diatas.
Jika anda merasakan mata anak anda terinfeksi, segeralah mendapatkan consultation daripada doktor untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.
4. Percubaan untuk fokus melihat terlalu lama
Sebagai contoh jika seseorang terlalu lama bersenam pasti akan merasa sakit pada otot. Kemudian, secara automatik tangan akan menggosok pada bahagian otot yang sakit dan kelebihan.
Sama halnya dengan bayi. Appabila mata mereka terlalu lama untuk mencuba fokus kepada sesuatu, otot pada mata akan menjadi sakit dan keletihan. Maka secara automatik, tangan mereka akan menggosok bahagian yang sakit tersebut.
5. Pertumbuhan gigi
Menggosokkan mata ketika proses pertumbuhan gigi adalah mungkin atau mungkin tidak akan terjadi.
Kebiasaannya, ketika pertumbuhan gigi, bayi akan merasa sakit dan panas badan. Untuk mengurangkan rasa sakit ini, bayi akan menggosokkan mata mereka untuk cuba mengurangkan rasa ketidakselesaan ini.
Tips untuk menghadapi habit bayi gosok mata
Kekerapan menggosok mata kepada bayi adalah sesuatu yang perlu dibimbang walaupun ianya adalah sesuatu yang normal jika tidak terlalu kerap.
Tangan yang kerap digunakan untuk menggosok mata meningkatkan peratusan untuk mata bayi terkena infeksi, Jadi, anda perlu cuba kurangkan kekerapan ini dengan mencuba mengalih perhatian mereka daripada melakukan habit ini.
Contoh nya, kerapkan bermain dan berkomunaksi dengan bayi sehingga membuatkan bayi terlupa dengan habit mereka.
Selain itu, pastikan sarung tangan bayi sentiasa di pasang. Hal ini kerana, ketika mereka menggosok mata memungkin untuk kuku tercakar pada kulit sekeliling mata.
Jika bayi anda menggosok mata kerana keletihan, cuba untuk anda pastikkan bayi mendapat tidur yang panjang dan cukup. Tambahan pula tidur yang cukup juga membuatkan mata bayi lebih segar dan selesa.
Pengguna turut melihat :
- Kenapa mata bayi selalu pandang keatas ?
- Kenapa pentingnya sendawakan bayi selepas menyusu
- Pusar kepala : fakta dan mitos bilangan pusar
Sumber info : https://www.google.com/amp/s/my.theasianparent.com/bayi-gosok-mata/amp,, https://www.healthline.com/health/baby/baby-rubbing-eyes#treatment, Kenapa bayi anda selalu menggosok mata