Kenapa pentingnya sendawakan bayi selepas menyusu : Selama sebulan ini, cikna ditugaskakn untuk menjaga anak buah yang baru nak masuk umur 3 bulan. Jadi terdapat sedikit sebanyak persoalan tentang bayi yang cikna ada buat research. Jadi, beberapa artikel akan ini akan merungkaikan semua persoalan tentang penjagaan bayi. InsyaAllah.

Kepentingan sendawa kepada baby
Gambar sebagai hiasan. Sumber : google image

Anak buah cikna ketika dalam penjagaan cikna sering tersedak susu atau termuntah susu. Tersedak dan termuntah susu terjadi kerana angin yang masuk kedalam badan bayi ketika menyusu.

Yang sudah biasa menjaga bayi perkara paling utama selepas menyusukan baby ialah mem ‘burp’ kan baby atau menyendawakan baby. Persoalannya, kenapa pentingnya menyandawakan baby selepas disusukan?

Kenapa pentingnya sendawakan bayi selepas menyusu

kebiasaannya, bayi yang menyusu ketika baring akan tertelan sekali dengan u darah. Samaada menyusu dengan botol mahupun ‘breastfeeding’. Udara yang ditelan ini akan masuk kedalam perut, seterusnya terperang didalam usus bayi ketika proses pencernaan.

Apa kesannya jika tidak mengeluarkan udara ini daripada perut baby? Baby anda akan berasa ketidakselesaan, sakit perut dan meragam. Selain itu, udara yang tidak dikeluarkan selepas menyusu menyebabkan baby anda berasa cepat kenyang dan akan menyebabkan sakit perut.

Tanda baby anda tidak disendawakan dengan betul

Jika anda lihat baby anda menangis 3 malam berturut-turut, ada kemungkinan baby anda mengalami kembung perut yang berpunca daripada udara yang terperangkap ketika menyusu.

  1. Senang termuntah susu – Perut yang penuh dengan angin boleh menyebabkan ketidaksesaan pada perut baby sekaligus menyebabkan baby senang memuntahkan balik apa yang mereka sudah konsume.
  2. Perut yang mengeras – jika lihat pada mak-mak yang lebih berpengalaman menjaga baby, mereka akan mengetuk-ngetuk sedikiit perut baby denga tapak tangan. Perut baby yang kembong dan keras akan mengeluarkan bunyi yang agak keras.
  3. Mempunyai GERD (gastreophagus reflux disease) – GERD juga membawa maksud reflux asid dimana perut baby akan menghasilkan atau merembeskan asid perut yang berlebihan. Baca disini untuk melihat simptom simptom penyakit GERD : www.doctoroncall.com.my/tanya/amp/apa-maksud-gerd-simptomnya/126485.
  4. Meragam ketika sedang menyusu – Baby yang sedang sakit perut ketika sedang menyusu akan kelihatan seperti menolak botol dan menangis. Jika ia terjadi, cuba anda stopkan dulu susu dan burpkan baby sehingga baby senyap dan selesa. Kemudian baru sambung beri susu.
3 pilihan cara untuk sendawakan baby

Posisi yang betul ketika sendawakan baby sangat penting untuk memberi keselesaan kepada baby dan ibu. Jadi anda boleh menukar-nukkar posisi berikut untuk sendawakan baby anda pada tahap yang lebih maximum.

sendawakan bayi selepas menyusu
Sumber gambar : pampers.com

1. Duduk tegak atau dirikan tegak pada dada anda.

Dukung dan letakkan dagu bayi anda pada bahu. Tegakkan kedua tangan bayi keatas bahu yang sama. Sambil itu, gunakan tangan anda untuk menyokong belakang baby anda, dan tangan lagi satu tepuk perlahan belakang bayi.

Untuk lebih selesa, gunakan kerusi goyang dan bergoyanglah dengan lembut sambilmenepuk lembut belakang baby.

2. Tiarapkan bayi di pangkuan, peha atau lutut.

Gunakkan satu tangan anda untuk menyokong dada dan kepala dalam keadaan terbalik. Tangan lagi satu tepuk atau usap perlahan belakang dan punggung baby anda.

3. Dudukkan badan baby pada pangkuan anda

Sambil itu sokong dada baby dengan tangan sebelah. Gunakan tangan sebelah lagi untuku menepuk lembut belakang baby.

Baca juga :

Sumbe info : https://kidshealth.org/en/parents/burping.html, https://www.pampers.com/en-us/baby/newborn/article/how-to-burp-a-baby

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like