Jangkaan pulangan ASB 2021..| Tahun 2021 semakin melabuh tirainya.. Sehingga hari ini, 9 Disember 2021, rata rata pemegang unit amanah saham bumiputra pasti berdebar-debar menantikan pengumuman dividen untuk tahun 2021 ini.

Secara ringkasnya tentang Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan yang dikhususkan untuk kaum bumiputera sahaja ( termasuklah kaum melayu, sabah dan sarawak). Objektif utama dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia selain bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing kepada pelabur-pelabur.

Mengimbau kembali dividen tahun lepas, 2020

Sumber foto : mysumber.com

Dividen pada 2020 menunjukkan pada tahap yang paling rendah pernah direkodkan.

Umum mengetahui pada tahun 2020, negara dilanda pandemik covid 19 yang sehingga kini masih lagi menular.

Pandemik covid 19 ini telah memberi kesan yang buruk bukan sahaja kepada ekonomi negara, malah ekonomi seluruh dunia turut terkesan.

Dividen pada tahun 2020 juga menunjukkan penurunan sebanyak 1.25% berbanding tahun sebelum dengan kadar dividen terkumpul sebanyak 5.50%.

Jangkaan pulangan ASB 2021

Dipetik daripada artikel yang bertajuk ‘agihan pwmdapatam ASB lebih tinggi?, Daripada kosmo.com.my yang bertarikh 6 Disember 2021.

“Saya percaya pulangan pelaburan di pasaran global yang lebih baik akan menjadi anjakan untuk memberi pulangan minimum lima sen seunit pada 2021, dan ia adalah prestasi yang dikira tinggi dalam suasana sekarang.

“Saya menjangkakan kadar a­gihan pendapatan ASB tahun 2021 yang bakal diumumkan bulan ini adalah sekitar 5.00 hingga 5.25 sen seunit termasuk bonus, iaitu lebih tinggi berban­ding

4.25 sen ditambah bonus 0.75 sen bagi 30,000 unit pertama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Seorang Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff

Intinya, jangkaan ini dilihat berdasar pertumbuhan pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) di pasaran antarabangsa iaitu sekitar 12 peratus pada ­akhir tahun 2020.

Tarikh Pengumuman Kadar Bonus Dan Dividen ASB 2021

Sumber daripada asnb.com.my, urusniaga Amanah Saham Bumiputra akan ditangguhkan untuk memberi ruang kepada petadbiran melakukan pengiraan bagi tahun akhir 2021.

Penangguhan ini bermula pada 23 Disember 2021 sehingga 2 Januari 2021. Dan akan dibuka semula pada 3 Januari 2022.

Untuk Tarikh Pengumuman Kadar Bonus Dan Dividen ASB 2021 dijangkakan berlaku pada 23 Disember 2021 iaitu minggu terakhir bagi tahun 2021.

Jadi bagaimana dengan pelabur semua? Pasti debaran terasakan?

Mereka yang melakukan ASB financial diharap dapat menerima pulangan sehingga 2% keuntungam selepas ditolak dengan kos bayaran bulanan. Dengan kadar 3.65% interest loan yang paling terkini, diharap dividen yang lebih tinggi dapat memberi sedikit keuntungan.

Baca juga artikel berkaitan :

Sumber info : infosentral.my/bonus-dividen-asb, hmetro.com.my/pnb-jangka-pendapatan-asb-tahun-ini-sedikit-terjejas,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like