Cara daftar ASB online : Kalau sebelum ini, ASB biasa kita guna buku warna biru untuk proses keluar masuk pelaburan anda. Tetapi sejak tahun 2017. PNB sudah mula membuat perubahan dengan memperkasakan urusan atas talian.

Cara daftar ASB online
  1. Layari laman web rasmi ASB online di www.myasnb.com.my
Cara daftar ASB online

2. Klik pada bulatan merah yang bertulis ‘klik disini’

3. Baca terma dan syarat. Kemudian tekan pada kotak setuju.

4. Pilih jenis kad pengenalan. Kemudian masukkan nombor pengenalan anda tanpa sebarang tanda.

Cara daftar ASB online

5. Pilih salah satu pproduk ASNB yang anda miliki. Contoh Amanah Saham Bumiputra 1 atau 2. Kemudia klik seterusnya.

6. Halaman seterusnya akan menunjukkan nombor telefon bimbit yang sudah didaftarkan secara automotik. Jika betul klik pada butang ‘Permintaan TAC’.

7. Selepas menerima TAC, masukkan nombor TAC anda. Selesai itu, klik pada butang ‘seterusnya’.

*Amaran, anda jangan sesekali berkongsi nombor TAC kepada orang lain*

8. Isikan segala alamat yang diperlukan seperti ID pengguna, email dan lain-lain. Selepas selesai, tekan pada butang ‘tamat’.

9. Halaman seterusnya akan memaparkan password sementara. Klik pada butang ‘log masuk’ kemudian masukkan password sementara.

10. Seterusnya anda hanya perlu mengikut arahan seterusnya untuk menukar password anda yang sebenarnya.

Kebaikan portal online ASB

Terdapat banyak kelebihan dengan menggunakan sistem online ASB ini. Ia bukan sahaja dapat menjimatkan masa, anda juga tidak perlu bersusah payah lagi hendak pergi jauh-jauh ke cawangan ASB semata-mata hendak berurusan tentang ASB.

  1. Sejak 20 April 2020, masa awal penularan covid 19, kerajaan telah memperkenal sistem urusan jual semula unit ASB secara atas talian.
  2. Di portal myASNB, anda boleh cek penyata tahunan anda dan download untuk apa-apa rujukan. Mudah kan? dah tidak perlu untuk ke kaunter.
  3. Di ASB online juga, terdapat platform untuk anda melabur secara automatik yang ditolak dari akaun bank anda mengikut percaturan anda sendiri.
  4. Anda juga boleh tahu jumlah terkumpul dari mana-mana unit ASNB anda.
  5. Selain itu, portal ini juga memudahkan anda untuk menukar dari satu unit ke unit yang lain

Baca juga :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like